Kembalikan kesihatan bahagian intim dengan TensCare Kegel Trainer

Keinginan untuk cantik adalah satu lumrah buat wanita dan kecantikan pada seorang wanita bukan sahaja terhad kepada luaran, rupa yang cantik atau badan yang langsing namun ia juga memerlukan dalaman yang sihat. Senaman untuk tubuh badan luaran dan tumpuan kepada abdomen sudah menjadi kebiasaan bagi menjaga keterampilan. Namun ada segelintir wanita kerap mengabaikan kepentingan penjagaan dalaman terutama sekali otot lantai pelvik mereka.




Mengapa kekuatan otot lantai pelvik penting?

1. Menyokong organ-organ dalaman pelvik dan memudahkan proses bersalin.

Bagi wanita yang mengandung, ia dapat membantu untuk menampung berat bayi didalam rahim. Jika kerap melakukan senaman pelvik, ia akan memudahkan proses kelahiran secara normal.

2. Mengelak daripada gejala mudah terkencing dan organ “prolapse”.

Wanita lebih berpotensi untuk mengalami gejala mudah terkencing ketika ketawa, batuk,   mengangkat barang atau bangun dari tempat duduk. Jangan tidak tahu terdapat senaman khusus yang  dapat membantu mengurangkan dari inkontinesia urin iaitu pengaliran air kencing atau najis yang tidak disengajakan.

3. Meningkatkan keyakinan diri dan penting untuk fungsi seksual.

Dengan senaman yang bersesuaian ia  dapat meningkatkan kualiti kehidupan seseorang malah boleh memberi kesan yang baik kepada hubungan seksual dengan pasangan.

Otot lantai pelvis yang kuat dapat mengatasi gejala seperti:

i) Infeksi saluran kencing, ‘pruritus’ akibat dari kekerapan penggunaan tuala wanita dan lampin orang dewasa

ii) Pengambilan Ubat

iii) Rawatan pembedahan








Cara-cara menangani masalah kelemahan otot lantai pelvis

1. Senaman Kegel

i) Kempiskan perut dan lakukan proses ‘kemut-lepas-kemut’

ii) Lima kontraksi pantas

iii) Adalah disarankan untuk melakukan senaman untuk mengekalkan kekuatan otot lantai pelvis.

Tapi adakah anda akan berdisiplin mengikuti setiap langkah - langkah senaman yang dinyatakan di atas, ataupun adakah anda rajin untuk meluangkan masa (atau yang lebih tepat) adakah korang mempunyai masa yang cukup untuk senaman serta pantang larang semasa berpantang dikala sibuk menguruskan hal azali seperti bekerja dan keluarga? Disebabkan inilah wujudnya PEMULIHAN LANTAI PELVIK

Tidakkah anda ingin untuk kembali kepada kehidupan yang anda tanpa  kerisauan tentang kebocoran dan kurang kepuasan di dalam bilik tidur? Saya kongsikan sesuatu yang baru untuk pengetahuan anda semua.

TensCare ialah syarikat peranti perubatan daripada UK khusus dalam elektroterapi dengan pengalaman hampir 30 tahun, termasuk rawatan melegakan kesakitan dan pemulihan otot.

Alat Senaman Kegel TensCare menggunakan teknologi EMS yang selamat dan lebih berkesan daripada senaman kegel tradisional. Ia telah menjadi salah satu produk yang lebih dikenali di serata dunia.

TensCare bekerja dengan hospital dan farmasi di UK, dimana alat senaman kegel mereka amat disyorkan untuk pemulihan selepas bersalin.

TensCare menerima salah satu anugerah paling berprestij di UK tahun lepas- Anugerah Queen, yang diiktiraf oleh negara sebagai jenama yang boleh dipercayai. Bukan itu sahaja, malahan Produk  TensCare Alivia Kegel Trainer juga telah dianugerahkan ‘Parent’s Choice Award 2022’ sebagai alatan senaman Kegel yang terbaik di Malaysia.               



Sebelum itu, dua produk yang perlu anda ketahui:

TensCare Alivia Kegel Trainer

Alivia ialah versi premium yang direka khas untuk ibu-ibu tertumpu kepada pemulihan selepas bersalin. Untuk membantu menguatkan otot lantai pelvis dan pada keadaan yang optimum.

Ia didatangkan dengan 5 program = 3 Senaman, 1 Nada ’tone’, dan 1 meredakan kesakitan (dengan pad elektrod untuk rawatan melegakan kesakitan yang juga boleh digunakan untuk kekejangan selepas bersalin.)

3 mod senaman memberikan otot lantai pelvis senaman menyeluruh dengan frekuensi dan nadi yang berbeza, jadi otot tidak terbiasa dengan satu mod senaman.

Program melegakan kesakitan semasa haid juga boleh digunakan untuk kekejangan selepas bersalin, melalui teknologi TENS.



TensCare Kegel Toner

Otot lantai pelvis yang kuat bermakna peningkatan sensitiviti semasa hubungan seks dan orgasma yang lebih kuat untuk wanita. Menguatkan dan melatih otot lantai pelvis boleh membantu. Dalam kajian Sweden baru-baru ini, wanita berkongsi pengalaman mereka dimana peratusan keputusan ini diperoleh daripada tinjauan yang dilakukan;

43% wanita mengatakan bahawa masalah kencing mereka menjejaskan kehidupan seks mereka.

27% wanita berkata mereka mengalami kesukaran mencapai ‘orgasm’.

49% wanita bimbang tentang air kencing bocor semasa bersama.




menguatkan lantai Pelvik untuk mengelakkan masalah yang dikaitkan dengan “incontinence” seperti kebocoran pundi kencing

Kegel Toner membantu menguatkan otot lantai pelvis dengan menggunakan rangsangan elektrik untuk mengetatkan serta mengendurkan otot. Rawatan ini sangat berkesan jika dibandingkan dengan alternatif lain seperti pembedahan. 



Bagaimanakah Toner Kegel berfungsi? 

Hentikan kebocoran untuk selamanya dengan menggunakan Toner Kegel. Sesuai untuk anda yang baru mahu mencuba kerana Ia mempunyai 2 program dan terbukti secara klinikal berkesan. Toner Kegel membolehkan korang duduk dan berehat sambil memberikan otot lantai pelvis korang senaman yang sehingga 90% lebih cekap daripada senaman Kegel manual. Toner Kegel menggunakan rangsangan elektrik melalui probe faraj yang menyebabkan otot lantai pelvis mengecut. Ia mengecut dan mengendur bermakna otot pelvis sedang bersenam secara autopilot. Setiap sesi adalah 20 minit dan disyorkan menggunakan Toner Kegel sekali atau dua kali sehari. Tempoh program ialah 12 minggu secara keseluruhan hasil serta kesan adalah lebih cepat. Ramai wanita mendapat hasil yang menakjubkan dalam masa 1 bulan. 

Diuji secara perubatan dan diperakui terdapat beberapa ujian klinikal telah dilakukan ke atas program-program tersebut. 

Toner Kegel mempunyai langkah 1mA yang lembut. Membolehkan korang menyesuaikan intensiti dengan apa yang korang rasa selesa. Bemakna ia adalah tetapan yang bersesuaian dengan tahap keselesaan korang. Selain itu bersalin secara semulajadi akan melemahkan otot lantai pelvis dan menyebabkan kebocoran. 

Bagi TensCare keselamatan pesakit adalah yang utama dimana senaman kegel didatangkan dengan sistem keselamatan yang lengkap Sekiranya ia mengesan kehilangan sambungan antara kulit dan probe, mesin akan ditetapkan semula kepada 0 dan berkelip. ini adalah untuk mengelakkan sebarang kejutan buruk yang membolehkan anda terusan dengan yakin.


Ini adalah pengalaman I sendiri menggunakan Tens Care Alivia Kegel Trainer

Secara jujurnya I sangat risau untuk menggunakan alat ini buat pertama kali, mana tidaknya memasukkan sesuatu yang asing ke saluran sulit risau nanti apa yang akan jadi seterusnya. I biasa menggunakan tampon dan ia sedikit membantu untuk kali pertama menggunakan Tens Care Alivia Kegel Trainer. I pun ikutlah semua manual direction dan set meter untuk tentukan berapa lama untuk ia bertindak, untuk 5 minit pertama memang tak rasa apa-apa, hinggalah 15 minit seterusnya. Sedikit getaran dan percikkan voltan rendah mula dirasai. Seakan ada sesuatu sedang massage bahagian dalaman bahagian sulit. Malu nak cakap tapi ini yang I rasai. Kejap-kejap ada rasa tak selesa sebab kadang-kadang getaran kuat akan terasa. Tapi I maintain ok selama 20 minit masa yang di set pada device. 

Yang menariknya selepas tempoh perawatan tamat, TensCare Alivia Kegel Trainer dikeluarkan dan seperti biasa I mendapati ada kesan yang baik selepas penggunaaan device Tens Care Alivia Kegel Trainer. Jujur korang kena cuba tau sebab korang akan rasa banyak sangat kebaikkan. Ianya mampu milik dan portable. I ada dengar dan lihat sendiri treatment melibatkan perawatan bahagian intim wanita akan mencecah belasan malah ribuan ringgit. Tapi dengan TensCare Alivia Kegel Trainer tak perlu spent too much untuk kembali remaja seakan anak dara.

Nak tahu lanjut tentang TensCare Kegel Trainer boleh terus ke

Lazada Flagship Store: https://www.lazada.com.my/shop/tenscare-official-store

Bila dah beli mesti blur macam mana nak guna device ni, jangan risau kerana setiap kit Alivia ini didatangkan bersama panduan untuk rujukan korang ( Boleh tengok Rajah 1). Yang lebih menarik, jika anda beli melalui aplikasi Lazada, anda boleh berhubung terus dengan mereka untuk sebarang pertanyaan. Mudah sangat. 

 


Rajah 1 : Panduan Penggunaan







You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.