Nasi Ayam Kicap (N.A.K) Sambal Hijau Menu Ringkas Memikat Selera Dari NAK Resources


KUALA LUMPUR 8 APRIL – Mengorak langkah dalam bidang perniagaan berasaskan makanan bukan semudah disangka memandangkan persaingan dalam bidang ini juga bukan calang-calang sengitnya.

Ditambah pula pembabitan diri dalam bidang perniagaan tanpa ilmu dan selok-belok yang secukupnya, ia pasti menyukarkan lagi keadaan.

Begitupun, ia tidak mematahkan semangat rakan sepengajian Zainol Abidin Zakaria, 38, dan Haikal Zainal Abidin, 37, apabila memilih untuk berniaga Nasi Ayam Kicap walaupun dunia dilanda pandemik Covid-19.


Menurut Zainol, pembabitannya bersama Haikal dalam bidang perniagaan memberikan satu lagi perspektif baharu buat mereka berdua untuk terus memajukan diri selain menjadikan ia sebagai jaminan masa depan.




Justeru, menu ringkas pilihan ramai, Nasi Ayam Kicap Sambal Hijau menjadi taruhan mereka untuk disajikan kepada semua terutama di bulan Ramadan ini.

Tambah Zainol, Nasi Ayam Kicap dilahirkan daripada cetusan ideanya apabila melihat menu tersebut antara masakan rumah pilihan ramai dan mudah dimasak.

“Nasi Ayam Kicap yang kami hasilkan boleh dikatakan telah diberikan penambahbaikan dalam resipi seperti penggunaan rempah ratus.

“Selain itu kami turut menghasilkan masakan ini dengan bahan-bahan segar yang dibeli setiap hari terutamanya ayam.

“Jadi tiada apa yang lebih menggembirakan saya dan Haikal untuk memulakan perniagaan ini yang pastinya memberi cabaran baharu dan sedia bersaing dengan masakan-masakan tempatan yang lain,” katanya ketika ditemui di gerai jualannya yang terletak di Masok foodcourt, 49, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Membuat kajian corak dan pemilihan menu masakan orang ramai terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan, kedua-dua sahabat ini ingin popularkan masakan tersebut kembali.

Berbicara pula mengenai sambal hijau yang disajikan bersama makanan tersebut, Zainol menjelaskan ia merupakan ‘senjata’ utama dalam menu tersebut yang dihasilkan menggunakan resipi turun temurun.

Selain itu Nasi Ayam Kicap turut disajikan bersama nasi putih, telur mata dan juga timun sebagai ulam.

Dijual pada harga RM12 sepinggan, Nasi Ayam Kicap mula dijual pada pukul 6 petang hingga 12 tengah malam (hari selain Ramadan) dan 3 pagi pada (bulan Ramadan).



Dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan sedia ada, kini mereka dalam perancangan menyenaraikan menu tersebut di dalam perkhidmatan penghantaran Grabfood dan foodpanda.

Untuk itu, sedikit masa lagi orang ramai boleh menikmati sajian ini dengan pesanan hanya dihujung jari.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nasi Ayam Kicap, orang ramai boleh ikuti mereka di media sosial Instagram @nak_nasiayamkicap.

 

Disediakan untuk NAK Resources

Sebarang urusan media berkenaan dengan Nasi Ayam Kicap boleh hubungi

Mariatul Qatiah Zakaria

012-6998306 atau mqzakaria@gmail.com

 

You May Also Like

0 Comments

Blog Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated. All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.