JetSki Tours Bersama MegaWaterSports Langkawi

By suara dari telapak kaki comel - July 20, 2020



Betul orang kata pengalaman tak dapat dijual atau dibeli. lagi-lagi bila yang lalui pengalaman tersebut adalah diri kita sendiri. Setiap moment dicatat menjadi titik indah baik atau sebaliknya. dan ini adalah moment terindah yang dapat i kongsi kan bersama Azriel. tak sangka dia terlalu muda dan i pun melalui pengalamn ini yan pertama adalah di usia 19 tahun. lama sangat dah tu.


Excited mommy anak nak ride JetSki yer


Posing lagi selagi boleh hihi


Ok ini budak memang tak sabar dan dia lah yang paling berkobar nak masuk laut


Team yang menjayakan majlis merentas pulau pulau indah dilangkawi.

Memandu atau menaiki JetSki adalah tidak asing bagi i, bukan lah nak riak, tapi dulu dah biasa dengan kawan-kawan bila kami bercuti beramai ramai.Tapi kalini pengalamn adalah sedikit berbeza. Kalini berpeluang menikmati dan memandu JetSki dari MegaWaterSports Langkawi yang mana Azriel turut serta dalam sukan lasak ni. Bayangkan kanak-kanak berusia 7 tahun tu punya semanat kalah kita yang dewasa.



Mommy proud of him sebab dia berani mencuba dan paling penting di sini MegaWaterSports Langkawi kalini ingin mengetengahkan aktiviti sukan air ini adalah selamat untuk semua peringkat umur. Kanak-kanak terutamanya yang berani seperti Azriel digalakkan. Bukan sebab apa, kerana trip kalini mengambil masa lebih kurang 4-5 jam perjalanan menaiki JetSki yang dipandu untuk melewati pulau pulau menarik sekitar Langkawi. 



Pengalaman yang indah apabila berperluang beraksi di atas permukaan air, best bukan? Korang jangan risau kalau in future plan nak bawa anak-anak sebab memang MegaWaterSports ni friendly kids dan amat sesuai untuk pengalaman baru mereka. I am sure anak-anak akan enjoy the moment. Sambil meninjau pulau-pulau menarik, mempelajari asal silah susur galur kewujudan pulau pulau langenda akan jadi lebih menarik untuk pendidikkan anak-anak. I yang mak-mak pun excited jangan cakap lah. tapi semestinya Azriel had a great unforgettable experience when he ride the JetSki. 








Dalam 4-5 jam perjalanan meredah ombak badai lautan biru, kami telah dibawa ke Pulau pertama dipanggil sebagai Pulau Fjords yang mana pulau Kawasan yang dikenali sebagai "The Fjords" adalah nama yang diberikan kepada kumpulan pulau ini di SE Kuah. Perlindungan yang tenang dan terbaik dari cuaca buruk, ia sama dengan kawasan berlabuh "Hole In The Wall" di NE dari pulau itu.Pintu masuk terletak tepat di sebelah selatan tanda besar di tebing bertuliskan "Kilim Geoforest Park". Apabila melihatnya, jelas mengapa ia disebut "Lubang di Tembok". Pintu masuk jauh - 16 - 20 m, berkurung hingga 5 atau seketika setelah masuk, kemudian mendalamkan lagi. Ia akan turun dengan cepat tepat selepas cabang ke kanan dengan tambatan. Yang menariknya Pulau Fjords ni lagi adalah apabila korang melaungkan jeritan dan ia bakal disahut atau dalam erti kata lain jeritan tadi dipantul. 
Setelah itu kami ke pulau kedua iaitu Pulau Dayang bunting yang mana sedia maklum tentang sejarahnya. kalau tak tahu i citer lagi sekari ok?Pulau Dayang Bunting ini bebas daripada sebarang pembangunan kerana sudah diwartakan sebagai hutan simpan dan diletakkan bawah pengurusan Pejabat Hutan Langkawi. Tambahan, ia juga mendapat pengiktirafan UNESCO dan dikategorikan sebagai salah satu geopark di Langkawi. Semasa dalam perjalanan, kita dapat melihat bentuk muka bumi pulau seakan-akan seperti wanita yang sedang hamil sedang berbaring dan dari situlah pulau ini mendapat nama.


Terdapat mitos mengatakan wanita yang sukar hamil, jika meminum air tasik di sini akan dikurniakan anak. Pulau ini mempunyai dua mitos lain yang menjadi cerita rakyat berkaitan asal kejadiannya, iaitu pergaduhan antara Mat Raya dan Mat Chincang serta cerita jin bernama Mambang Sari yang mati ketika melahirkan anak. Tarikan utama di pulau kedua terbesar selepas pulau Langkawi ini semestinya tasiknya yang seluas hampir tiga padang bola sepak. Biarpun hampir dengan laut, air di tasik ini tidak masin dan menjadi tumpuan pelancong melakukan aktiviti air.


Pulau ke tiga adalah Pulau Singa Besar yang menjadi tempat untuk feeding Helang, so kat sini korang bolehlah melihat seluas alam sebanyaknya hidupan helang. Macam ada kat Zoo je, bebas beterbangan je diorang ok.







Dan Pulau terakhir adalah Pulau Beras Basah. Terletak di sebelah barat kepulauan pulau syurga Langkawi, Pulau Langkawi Beras Basah (Pulau Beras Basah) adalah surga yang indah, dengan pantai yang indah diapit oleh hutan yang menghijau. Sepenuhnya sesuai dengan Pulau Andaman yang tenang, perjalanan ke pantai Beras Basah adalah aktiviti yang popular bagi mereka yang mengunjungi Pulau Langkawi. Pulau Beras Basah (terjemahan harfiah: "Pulau Beras Basah") mendapat manfaat daripada kekal bukan komersial, namun masih mudah diakses dari pulau utama Langkawi. 


Memang best sangat pengalaman ni yang mana takkan dapat diperoleh dimana-mana. Terutama sekali bagi Azriel kerani langkawi adalah pengalaman pertama beliau dan semestinya korang melihat yang he was excited and sangat enjoy dengan pengalaman nya bersama MegaWaterSports Langkawi.Korang kalau berminat untuk tahu lebih lanjut dan berhajat untuk plan next holiday with MegaWaterSports Langkawi amatlah dialukan. Dan semestinya korang takkan menyesal.



Do check out the packages /or for more info, check out https://megawatersports.com
Thanks to our main sponsors – Mega Watersportsunderwaterworldlangkawi Crocodile AdventurelandTelaga Terrace Boutique ResortNadias HotelLangkawiwildlifepark



Jom lah layan gambar lagi. banyak sangat gambar ni. kalau boleh nak upload semua 1500 keping ni. hihi











Jom layan video lengkap sepanjang JetSki Tours kami 


  • Share:

You Might Also Like

0 100 org jejak kaki

Pinkygroupsaid

Total Pageviews

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

TQ Singgah