SAJIAN BERSAMA TELUR MASIN YANG MENAKJUBKAN! Telur masin ‘Egg-stra’ padu untuk para peminat yang ‘Egg-stra’ istimewa!

By suara dari telapak kaki comel - June 02, 2020



Masa yang dinanti-nantikan! Marrybrown kembali dengan memperkenalkan menu terbaru dengan gabungan Telur Masin yang menyajikan dua pilihan : Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken yang rangup dengan limpahan dengan sos Telur Masin yang padu! Wow sedap!!

 

Marrybrown telah berjaya mengilhamkan cita rasa tempatan dengan gabungan resipi kegemaran rakyat Malaysia yang mereka kini berminat pada sajian yang menggunakan Telur Masin sebenar.

 

Hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Bertepatan dengan sambutan luar biasa ini, sos MarryBrown akan menjadi kegemaran kita semua kerana ia diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dengan menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini.

 

Ayuh mari kita menikmati sajian bersama Telur Masin Marrybrown dan merasai sendiri pengalaman rasa sos telur masin yang padu yang penuh kelazatan.

 

Untuk promosi Telur Masin, para peminat Marrybrown mempunyai dua pilihan yang enak iaitu Salted Egg Burger yang dihidangkan dengan kentang jejari atau Salted Egg Ayam yang dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad. Kedua-dua pilihan ini diperkayakan dengan sos Telur Masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus yang istimewa bersama daun kari yang beraroma, sesuai dengan cita rasa tempatan.

 

Boleh didapati pada harga dari RM15.00, kedua-dua hidangan kombo dihidangkan dengan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea yang cukup menyegarkan.

 

Marrybrown sentiasa berusaha untuk menyajikan pelbagai hidangan yang berbeza untuk pelanggan mereka dari segi aspek makanan ataupun layanan demi mencapai impian dan matlamat untuk menjadi plihan nombor satu rakyat Malaysia..

 

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari :

 

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

Youtube: MarrybrownTV

Delivery: http://mbdelivery.com.my

 

  • Share:

You Might Also Like

2 100 org jejak kaki

  1. Sedapnya. Nell gigih g cari juga lepas tengok uols posting ni... 🤭

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Total Pageviews

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

TQ Singgah