Kismis California, Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia, Jadi Tumpuan dalam Sesi Sepetang Bersama Chef Emmanuel Stroobant

By suara dari telapak kaki comel - January 25, 2020



Kuala Lumpur, 9 Jan, 2020 – Jawatankuasa Pentadbiran Kismis (RAC) menyambut tahun baharu dengan sentuhan manisan berasaskan resipi yang dicipta khas menggunakan Kismis California di majlis ‘Samplings On the Fourteen Restaurant’ di Berjaya University College malam ini. 


Kesemua resipi dicipta oleh chef selebriti bertaraf 2 bintang Michelin, Chef Emmanuel Stroobant bersama chef jemputan Erich Anton Roos, yang meraikan 40 Tokoh Berpengaruh utama di Malaysia dengan majlis makan malam yang mesra. Mereka semua seronok bukan sahaja kerana dapat menjamu selera dan beramah mesra dengan chef selebriti tetapi juga kerana dapat memerhatikan pesona mereka menunjukkan kelebihan Kismis California dalam empat sajian makan malam yang lazat. 

Resipi sajian gourmet yang disediakan oleh dua chef tersohor ialah:


  • Chef Emmanuel Stroobant (3 resipi)
  • Kismis California, Ketam & Kubis Bunga
  • Pasta Kismis California dengan Jintan Hitam & Udang



Kismis California dengan Rusuk Lembu & Buah-Buahan Musim Sejuk Chef Erich Anton Roos(Manisan) Simfoni Kismis California yang terdiri daripada:

  • Mufin Kismis California dengan krim
  • Aiskrim Kayu Manis Kismis California
  • Paf epal








Chef Emmanuel Stroobant tidak perlu diperkenalkan kerana chef selebriti Belgium bertaraf 2 bintang Michelin ini telah melibatkan diri dalam dunia masakan sejak mula bekerja sebagai pembantu dapur pada usia semuda 16 tahun dan meniti kerjaya dalam dunia kulinari selama satu dekad. Paling menonjol ialah kemunculannya sebagai chef pengacara saluran AFC selama bertahun-tahun dan beliau membuka restoran pertamanya di Singapura yang dinamakan Saint Pierre. 

Chef Erich Anton Roos, warga Switzerland yang telah mengumpul pengalaman berkecimpung selama 40 tahun dalam dunia kulinari antarabangsa, meliputi banyak negara Barat dan Asia. Buat masa ini beliau berpangkalan di Bangkok, memainkan peranan yang lebih tertumpu kepada perundingan dan perancangan strategik untuk keperluan latihan dapur dalam rangkaian hotel antarabangsa.

Menurut Pengarah Promosi Perdagangan RAC bagi Malaysia, Encik Richard Lieu, bagi kebanyakan pengguna, terutama sekali kanak-kanak, Kismis California adalah makanan snek yang sihat berbanding makanan snek lain, kerana Kismis California manis secara semula jadi dan tidak mengandung sebarang gula tambahan. Kismis California juga merupakan bahan serba guna yang boleh mengilhamkan pelbagai sajian masakan – baik sajian pembuka selera dan sajian utama mahupun manisan dan minuman – lebih-lebih lagi dalam keadaan pengguna zaman sekarang lebih mementingkan kesihatan dan gemar mencuba sesuatu yang serba baharu. “Kami teruja dan berbangga dengan penghormatan yang diberikan untuk bekerjasama dengan Chef Emmanuel dan Chef Erich kali ini dengan mencipta resipi dan rasa yang menakjubkan dengan Kismis California bagi merayakan ketibaan tahun 2020 bersama tokoh-tokoh yang berpengaruh di Malaysia,” kata Richard. 

Kismis bukan sahaja lazat dan membuka selera, tetapi juga kaya dengan khasiat pemakanan yang menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam sajian masakan memandangkan isu-isu kesihatan yang semakin meningkat disebabkan diet tidak sihat.

Richard menjelaskan bahawa kismis sesuai untuk dimanfaatkan dalam banyak keadaan, kerana kismis sedia untuk dimakan, sihat dan lazat. Satu paket Kismis California boleh dimasukkan ke dalam beg tangan atau beg bimbit. Ia juga mudah diselitkan dalam bekas makanan tengah hari, beg gim dan laci meja tulis anda. Kismis California juga mampu dibeli, tidak mudah rosak dan senang digunakan terus dari kotak – tidak perlu dibasuh, dikupas atau dicincang – membolehkan seseorang mencipta sajian dengan mudah. 

Cik Tan Yen Sing, seorang pakar diet klinikal turut hadir untuk menerangkan khasiat kebaikan dan kelebihan Kismis California.

Menurut Cik Tan, hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan lebih banyak buah-buahan & sayur-sayuran, iaitu melebihi 5 sajian sehari, dikaitkan dengan pengurangan 17% penyakit jantung koronari. 

“Pemakanan yang baik sememangnya cara terbaik untuk mencegah penyakit dan menjaga kesihatan. Kismis, dengan antioksidan polifenol tinggi mengandungi kira-kira 3,037 unit ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity – satu kaedah mengukur antioksidan dalam makanan) dalam kira-kira 2/3 cawan. Bahan keperluan ini penting untuk perlindungan daripada tekanan oksidatif yang berkaitan peningkatan usia dan penyakit,” kata Tan. 

Sungguhpun kecil, kismis mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. Tan menjelaskan bahawa kismis mengandungi 35% fruktosa dan 35% glukosa yang merupakan gula buah-buahan semula jadi dan sumber tenaga yang tidak mengandungi lemak & kolesterol. Kismis ialah snek yang sihat dan boleh menggantikan gula dalam banyak resipi masakan dan roti serta kek.

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengesyorkan orang dewasa mengambil 1½ hingga 2 cawan buah-buahan sehari. Buah-buahan sedia untuk dimakan dan mudah dibawa ke mana-mana, seperti Kismis California, sesuai untuk mengisi kuota ini. Malah, pengguna hanya memerlukan ½ cawan kismis untuk mengisi keperluan harian berbanding 1 cawan penuh buah-buahan segar.

Antara pelbagai kelebihan Kismis California termasuk:

  • Semula jadi sepenuhnya
  • Manis secara semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan
  • Tidak mengandungi lemak dan kolesterol dan rendah natrium (garam) secara semula jadi
  • Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf) Sumber serat Sumber nutrien
  • Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi

Untuk maklumat dan resipi Kismis California, sila kunjungi www.calraisins.org dan www.caraisins.com. Ikuti kami di FaceBook: @RACAsean.


  • Share:

You Might Also Like

1 100 org jejak kaki

  1. omg that looks super good. baru je tgk the chef's table pastu tgk entry kak comel pulak.

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Total Pageviews

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

TQ Singgah