VIVO V17 PRO DIDATANGKAN DENGAN 6 KAMERA UNTUK PENGAMBILAN GAMBAR YANG MANTAP

by - October 06, 2019

Hasilkan gambar yang sempurna dengan dwi-kamera depan jenis pop-naik beresolusi 32MP dengan sokongan kuad kamera belakang beresolusi 48MP


Kuala Lumpur, 2 Oktober 2019 - Vivo dengan rasminya memperkenalkan peranti terbaharu V17 Pro ke pasaran tempatan pada hari ini. Peranti ini menyediakan 6 kamera utama di depan dan belakang untuk pengambilan gambar yang mantap, dengan sokongan dwi-kamera depan jenis pop-naik beresolusi 32MP yang terulung dalam industri, suatu pembaikan yang luar biasa bagi kamera jenis ini yang merupakan suatu ciri ikonik bagi peranti Vivo. V17 Pro juga tampil dengan Super AMOLED Ultra FullView™ Display, kuad kamera belakang beresolusi 48MP, bersama ciri-ciri yang ditambah baik khas untuk gaya hidup pengguna yang muda lagi bergaya.

“Penciptaan V17 Pro sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi kami yang mementingkan pengguna. Peranti baharu dalam siri V ini tersedia dengan sistem kamera yang menakjubkan pada kedua-dua muka peranti dan ia bertujuan untuk memperkasakan pengguna untuk pengambilan gambar melampaui imaginasi,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia. “V17 Pro merupakan suatu rekaan yang amat kami banggakan kerana ia memperkukuhkan kedudukan kami sebagai perintis dalam penyediaan pengalaman mudah alih yang terbaik di Malaysia.”


[V17 Pro dalam pilihan warna Knight Black dan Crystal White]

Dwi-Kamera Depan Jenis Pop-Naik Beresolusi 32MP Untuk Pengambilan Swafoto Yang Sempurna Pada Setiap Masa
Ciri ikonik Vivo iaitu kamera depannya kini ditambah baik. Peranti terbaharu ini tampil dengan dwi-kamera depan yang premium, earpiece, dan Selfie Softlight. Dengan reka bentuk aloi berbingkai penuh, sistem peranti yang baharu ini dibina untuk bertahan sambil menggabungkan aksi mekanikal dengan keanggunan artistik.
Kamera depan 32MP dan sudut lebar swafoto 8MP memastikan perincian yang jelas untuk setiap swafoto yang diambil. Sudut lebar swafoto 8MP mampu menangkap gambar dari sudut lebar hingga 105 darjah, menyenangkan lagi pengambilan gambar berkumpulan.
Untuk menyelesaikan masalah pengguna apabila mengambil swafoto pada waktu malam, V17 Pro menyediakan Selfie Softlight yang menerangkan kegelapan, dan ciri ekslusif Vivo iaitu Super Night Selfie pula menyediakan penangkapan pemidang yang berbilang yang kemudiannya digabungkan untuk menghasilkan imej terakhir yang menonjolkan wajah pengguna dengan hanya satu klik.
Penghasilan kualiti fotografi yang canggih dengan AI kuad kamera 48MP
Mantapkan lagi keupayaan penggambaran anda dengan kamera utama 48MP 6P. Dikuasakan dengan algoritma kecerdasan buatan, V17 Pro menjanjikan pengalaman fotografi yang lebih jelas. Peranti ini juga tampil dengan ciri Super Wide-Angle yang mampu memperluaskan lagi penangkapan lanskap.


Untuk melengkapkan lagi pilihan penggambaran profesional, V17 Pro juga tampil dengan 2 ciri yang menarik untuk kecantikan, iaitu Pose Master yang menyediakan lagak aksi yang semulajadi untuk dipadankan dengan pelbagai jenis pemandangan, dan juga Super Night Mode yang bertujuan untuk meningkatkan kejelasan gambar yang ditangkap pada waktu siang mahupun malam.
Pengalaman visual yang tidak terganggu dengan kamera, earpiece, dan sensor yang tersembunyi
Pengguna boleh menikmati kepuasan tontonan dengan rekaan ekslusif Super AMOLED Ultra FullView™ Display yang berukuran 6.44 inci dengan nisbah 20:9, dimana nisbah skrin-ke-badan adalah 91.65%. Paparan tanpa gangguan ini direka dengan bijak untuk menyembunyikan dwi-kamera depan jenis pop-naik, earpiece, nyalaan, dan sensor jarak ke dalam badan peranti. Ia merupakan ciptaan yang begitu cemerlang demi penghasilan kepuasan visual yang dapat meningkatkan pengalaman mudah alih para pengguna.


Peranti ini juga dilengkapi dengan teknologi pengimbasan cap jari dalam skrin. Dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang lebih canggih, pengguna boleh membuka kunci peranti dengan mudah dan selamat.
Prestasi perkakasan yang kukuh untuk penggunaan yang lancar pada setiap masa
V17 Pro juga direka khas buat peminat permainan video. Ia dilengkapi dengan Game Mode untuk menghasilkan pengalaman permainan video yang lancar. Teknologi pecutan Multi-Turbo akan secara aktifnya menaikkan taraf sistem operasi peranti untuk memastikan kepuasan pengguna.

Peranti ini juga dilengkapkan dengan Game Center yang membolehkan pengguna menyemak prestasi peranti untuk memastikan pengalaman permainan yang memuaskan. V17 Pro juga menyediakan Voice Changer untuk menyeronokkan lagi pengalaman waktu permainan dengan penukaran suara untuk menyamai watak-watak pemain.
V17 Pro dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon 675 AIE bersama 8GB RAM + storan dalaman 128GB yang memastikan kelancaran prestasi pengendalian aplikasi dan sistem pada bila-bila masa. Kapasiti bateri 4100mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas dwi-enjin memastikan peranti mempunyai ketahanan yang tinggi untuk penggunaan yang berpanjangan dan selamat.
Peranti ini tampil dengan 2 pilihan warna menarik iaitu Knight Black dan Crystal White.
Ketersediaan
V17 Pro yang didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Knight Black dan Crystal White boleh didapati di Malaysia mulai hari ini dengan harga RM1,699.



About Vivo
Vivo is a leading global technology company committed to creating trendsetting smart mobile products and services. Vivo is devoted to forming a vibrant mobile internet ecosystem, and currently owns and operates an extensive network of research operations, with R&D centers in San Diego, Shenzhen, Nanjing, Beijing, Hangzhou and Taipei. These centers focus on the development of cutting-edge consumer technologies including 5G, AI, mobile photography and next-generation smartphone design. Vivo has also set up 5 production bases around the world across China, South Asia and Southeast Asia. Vivo has over two hundred million users enjoying its mobile products and services around the world. Vivo features offline retail stores in over 1,000 cities worldwide.


You May Also Like

0 Comments

Blog Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated. All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.