FGG GROUP JALlN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA FWDTAKAFULUNTUK TAWARKAN PELAN TAKAFUL LEBIH KOMPREHENSIF BUAT RAKYAT MALAYSIA.

by - August 04, 2019




Financial Genius Group (FGG Group) terus cemerlang memberikan perkhidmatan dalam perancangan dan perlindungan kewangan untuk pengguna di Malaysia dengan yang terbaharu menerusi kerjasama strategik yang dijalin bersama FWD Takaful Berhad (dahulunya dikenali sebagai HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad). 













Perjanjian persefahaman MoU ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif FGG GROUP; Dato’ Sri Mahadi BZ bersama Pengarah Eksekutif FWD Takaful Berhad Tuan Salim Majid Zain dan disaksikan olch panel shariah FGG. 



Sehubungan itu, hari ini FGG GROUP turut melancarkan entiti terbaharu yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan iaitu FGG WEALTH AL-KHASSAH (VIP Private wealth Islamic) dan FGG ISLAMIC ENTREPRENUR ACADEMY (seminar dan program motivasi), menerusi jenama terkenalnya FGG pada Rabu 31 Julai 2019, telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama FWD Takaful Berhad sebagai rakan strategik dalam memberikan perkhidmatan perancangan serta perlindungan kewangan takaful yang bersesuaian dengan undang-undang Islam untuk rakyat Malaysia. 


Sejajar dengan perkembangan ini, FGG Group telah melantik empat (4) panel shariah yang terdiri daripada tokoh-tokoh ilmuan dan agamawan negara iaitu Prof Madya Dato' Dr. Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Ustaz Dato' Mohd Zawawi Yusoh, Ustaz Shahul Hamid M.P.H. Seeni dan Ustaz Fauwaz Fazil Noor. Perlantikan para panel shariah ini adalah berlandaskan kepakaran dalam bidang masing-masing dan persetujuan atas dasar matlamat yang sama demi menjayakan revolusi industri takaful di Malaysia. Dengan itu, para shariah ini akan bertindak sebagai pemantau holistik dan penasihat keagamaan dalam setiap aktiviti serta halatuju FGG Group secara keseluruhannya. 


Majlis menandatangani perjanjian persefahaman MoU dan sesi memperkenal para panel shariah ini dibuat sempena pelancaran FWD Takaful Berhad bertempat di One World Hotel, Petaling Jaya pada Rabu 31 julai 2019. 

FGG Group yang beroperasi di Bukit Damansara dan telah berpengalaman lebih 16 tahun dalam industri kewangan ini.


Dikeluarkan di Kuala Lumpur pada 31 Julai 2019. 




Untuk pertanyaan lanjut media, sila hubungi Anne Farhana di talian +6012-897 7746 / Seri Sally di talian +6016-977 1351.

You May Also Like

0 Comments

Blog Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated. All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.