Review : Nature Bounty + Barefoot


Korang tahu dan pernah dengar tak pasal Nature Bounty + Barefoot ?
Pengalaman aku sendiri guna dua product ni akan aku sama sama kongsi dengan korang. Jom baca lagi..

Nature's Bounty Hair, skin & nails gummies.

Penyelesaian bagi waniat di luar sana yang menginginkan rambut kuku dan kulit yang cantik. Dengan Nature’s Bounty® Hair, Skin & Nails Gummies, mengandungi keseimbangan nutrien yang tepat untuk menyokong rambut yang berkilat, kuku yang sihat dan kulit yang bersemangat semuanya dalam gourmet rasa strawberi yang lazat. Memang sedap pun, direction untuk makan 2 biji selepas makan sekali sehari. Tapi disebabkan sedap kadang terlebih juga aku makan dalam sehari. hihi...

Nutrien yang terkandung didalamnya cukup untuk membaik pulih kulit serta kuku ditambah lagi bagi memberikan kesihatan yang optimum untuk rambut. Ia bagaikan supplement tambahan untuk berikan sokongan pada kesihatan kuku,kulit dan rambut. Semestinya korang mencari sesuatu yang bagus untuk diamalkan bagi mejaga kesihatan rambut. kulit dan kuku kan. So ini lah penyelesaiannya dengan gummies dari Nature's Bounty ini.

Vitamin E dan Vitamin C adalah antioksidan. Vitamin E menyumbang kepada kesihatan kulit, dan Vitamin C terlibat dalam pengeluaran dan pembentukan kolagen, yang menjadi asas kepada kulit yang bertenaga. Biotin membantu mengekalkan rambut yang sihat dan menyokong kuku yang sihat.

Kesan dari amalan pengambilan Nature’s Bounty® Hair, Skin & Nails Gummies ni, jelas kelihatan kulit aku mula kelihatan sihat. Yer memang kulit asal dah cerah. Tapi cerah kali ini. Cerah yang sihat dan nampak sangat ketara. Kedua, kuku mula nampak berkilat , jika sebelum ni kuku aku nampak sedikit kering dan pucat. Syarat untuk semua ini nampak kesan adalah dengan mengamalkan minum air putih yang banyak so dapat lah lihat hasilnya. Walau dalam tempoh 2 minggu. Sehinggakan aku perasan ada yang mula bertehur produk apa yang aku gunakan untuk jaga kulit sebab diorang kata kulit aku nampak cantik dan sihat.

Dari segi rasa jangan cakap lah sebab memang sedap ya amat.. rase straberry plum, masam-masam manis.Macam amakn Lot100 pun ya. hihi. So korang kalau nak cantik boleh cuba ok. Harga sebotol RM89.90 ada 60 gummies didalamnya.


Freeman Barefoot Scrub + Cracked heels foot treatment

Ok yang ni jangan cakap lah. Aku berani bagi review yang mampu convince korang supaya beli dan guna sendiri. Rasakan perbezaan selepas satu kali application ya. Sumpah best. Kenapa best?

Aku siap bawa Freeman Barefoot Scrub + Cracked heels foot treatment ke Posh Nails Spa TTDI untuk mereka gunakan keatas kaki aku sendiri masa pampering session. dan komen aku sejujurnya adalah selanjutnya dibawah. 



Kebanyakkan foot Scrub yang aku cuba, tekture bahan yang digunakan adalah bersifat lebut dan secara jujur aku katakan macam tak berapa hurmp.. Tak macam Barefoot foot scrub ni. Scrub dia ni macam krim yang ada biji-biji pasir bila sental kaki tu memang rasa tau. 


Nampak tak bagus tak bagus Posh Nails Spa pun guna Freeman Barefoot Scrub + Cracked heels foot treatment.



Bayangkan bila kau scrub kaki dan daki serta kulit mati, kulit lama keluar ikut sekali keluar. Bestnya nikmat. Kaki rasa bersih sangat-sangat. 



Ia dibuat dengan ekstrak plum dan peppermint, jadi kaki korang akan berasa segar sebab formula pengelupasan ini dapat membuang permukaan kulit kasar dan kering pada soles dan tumit korang.Kandungan tea tree oil yang mampu memberikan kelegaan pada kaki yang kepenatan seharian.

Bila dah scrub, mestilah nak rasa lagi lembut kena lah letak lotion kan? So selepas itu try apply Cracked heels foot treatment. Secara jujurnya lagi sekali aku akan sedaya upaya bodek korang untuk beli dan guna Cracked heels foot treatment lotion ni. Serious best weii. Sebab kan, lepas je korang scrub, cuci keringkan kaki. sapulah Cracked heels foot treatment ni. Nescaya korang akan rasai permukaan kulit selembut bayi. Formula yang terkandung didalam lotion Cracked heels foot treatment ni sangat lah bagus untuk kulit dipermukaan tumit dan sekitar kaki ni tau.



Nampak tak rasa dan nampak sangat bersih yer kawan-kawan.

Sapukan pade tumit pada waktu pagi untuk meningkatkan keanjalan kulit serta melembapkan tumit korang yer. Apa yang ada dalam Cracked heels foot treatment ni sampai bagus sangat kan?. ni hah baca dengan teliti . Didalamnya terkandung Water (Aqua), Caprylic/Capric Triglyceride, Glycerin, Cetearyl Alcohol, Urea, Petrolatum, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate, Ceteareth-20, Pongamia Glabra Seed Oil, Melia Azadirachta Indica Seed Oil, Butyrospermum Parkii (Shea Butter), Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Oil, Xanthan Gum, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Methylparaben, Propylparaben, Citronellol, Amyl Cinnamic Aldehyde, Limonene-D, Linalool, Butylphenyl Methyl Propional (Lilial), Fragrance (Parfum).


Cara guna adalah sangat mudah sapukan pada kulit yang tebal, kering pada kaki dua kali sehari, pagi dan petang sehingga hasil yang diinginkan telah dicapai. Sapukan seperti yang diperlukan untuk mengekalkan kaki yang sihat dan cantik.

Untuk yang tanya harga dua product Freeman Barefoot Scrub RM24.90 + Cracked heels foot treatment RM24.90-RM26.90.

Bila dah selesai haruslah berfoto foto kat Posh Nails Spa ni. Cantik deco spa ni.



Kaki rasa sangat selesa dan bersih.




Ok sebab dia dah tolong kita applykan Freeman Barefoot Scrub + Cracked heels foot treatment. Thanks Kate untuk service you yang awesome. U pun sangat bagus friendly dan banyak explain cara penjagaan kaki yang betul. Saya bagi kamu 10 star!


jom lawat dan like page diorang untuk keterangan lebih lengkap



  • Nature’s Bounty - #beautifulskin #beautythroughnutrition #NBWatsons
  • Freeman Barefoot - #MYBarefoot #natureinspired #footspa #restrelaxrevive #thebeautyofselfcare
  • Freeman Mask - #MYFreemanBeauty #natureinspired #gelmask #multimasking #thebeautyofselfcare

You May Also Like

19 Comments

Blog Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated. All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.