Nutrisi Khas Untuk Perubahan Yang Mengagumkan

by - January 21, 2018

 Anmum Materna jenama pertama  untuk memperkenalkan rumusan Tanpa Gula Tambahan*, Rendah Lemak dan Probiotik DR10


Karen Ong (Marketing Director of Fonterra Brands Malaysia), Dr Raman Subramaniam (Consultant Obstetrics & Gynaecology at Fetal Medicine and Gynaecology Center, Kuala Lumpur), Leong Lih Wei (Nutritionist at Fonterra Brand Malaysia), Irene Cheah (Marketing Manager at Fonterra Brands Malaysia), Jihan Muse (Actress and TV Host) and Ng Kar Yoon (radio announcer and celebrity host).

Kuala Lumpur, 6 Januari 2018 -- Tahukah anda bahawa kehamilan merupakan satu perjalanan hidup yang mengagumkan bagi   ibu hamil dan anak yang sedang membesar dalam kandungan? Ketika ibu hamil menyesuaikan diri secara fizikal untuk menyokong zuriat yang dikandungi, si anak akan melalui proses perkembangan yang pantas; bermula daripada sekelompok sel hinggalah menjadi bayi yang lengkap dengan jantung yang berdegup, wajah yang lengkap serta anggota-anggota lain  yang berfungsi semuanya hanya dalam tempoh 40 minggu?

Antara perubahan yang paling ketara bagi seseorang wanita hamil adalah peningkatan berat badan, yang disebabkan oleh  peningkatan dalam jumlah cecair badan untuk melindungi bayi dalam kandungannya. Bagi seorang wanita dengan berat badan yang sihat, berat badannya akan meningkat secara purata antara 11.5kg hingga 16 kg sewaktu hamil1. Selain daripada berat janin, peningkatan berat badan ibu hamil juga disebabkan oleh  peningkatan jumlah darah sebanyak kira-kira 30% hingga 50% atau 1.5 hingga 2 liter untuk membekalkan oksigen dan nutrien kepada janin yang sedang membesar2.

Dengan peningkatan jumlah darah ini, jantung ibu perlu bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ini menyebabkan degupan jantung ibu hamil meningkat sebanyak 10 hingga 20 degupan seminit walaupun semasa berehat2. Ibu hamil juga memerlukan anggaran 20% lebih oksigen untuk diri sendiri dan juga anak dalam kandungan3. Kadar pernafasan ibu juga turut meningkat.

Bayi dalam kandungan membesar pada kadar yang sangat pantas. Pada minggu keempat, anak yang sedang membesar  daripada sekelompok sel kepada  embrio sebesar benih kaskas – di mana ia adalah 10,000 kali lebih besar daripada saiz pada waktu mula-mula hamil (konsepsi)4. Pada masa yang sama, 3 bahagian otak utama akan terbentuk5.

Pada minggu ke-6 hingga ke-7, jantungnya sudah mula berdegup dengan kadar denyutan yang tetap6, dua kali lebih pantas  berbanding orang dewasa7. Bukan itu sahaja, deria sentuhannya sudah mula terbentuk  pada minggu ke-lapan8.

Pada minggu ke-10, wajah anak mula menjadi lebih ketara6 dan mempunyai ekspresi muka yang berlainan dan mungkin tersenyum pada minggu9 yang berikutnya.  Pada minggu 26, corak cap jari anak yang unik akan terbentuk6. Kira-kira pada bulan ke-4 hingga bulan ke-5, si manja dalam kandungan sudah berupaya  mengepam lebih daripada 28 liter darah sehari9.

Menyedari bahawa kehamilan merupakan antara perubahan yang paling mengagumkan yang  dilalui oleh ibu hamil dan si manja dalam kandungannya, jenama susu pra-natal terkemuka Anmum Materna memperkenalkan rumusan baharu yang dipertingkatkan untuk menyokong keperluan nutrisi ibu hamil dan perkembangan janin dalam menghadapi perubahan yang begitu mengagumkan semasa kehamilan ini.

Dalam upacara pelancaran rumusan baharu bersama dengan para ibu hamil baru-baru ini, Irene Cheah, Pengurus Pemasaran di Fonterra Brands Malaysia, berkata bahawa rumusan Anmum Materna dengan Mind-Q Connect™ membekalkan  nutrien-nutrien penting sewaktu kehamilan. Nutrien-nutrien penting ini termasuk Folat dan Kalsium yang memenuhi 100%^ keperluan nutrisi yang disyorkan sewaktu hamil dengan dua gelas sehari; dan Probiotik DR10™, sejenis probiotik unik berpaten yang telah diuji secara klinikal bagi membantu meningkatkan kesihatan usus yang baik. .

Penyerapan nutrien yang baik penting untuk wanita hamil untuk menyokong perubahan yang mengagumkan yang dialami oleh si manja dalam kandungan. Oleh itu, amatlah penting untuk wanita hamil untuk mempunyai persekitaran usus yang sihat bagi membantu penyerapan nutrien yang baik. ,Cheah menjelaskan.

Cheah menambah bahawa berat badan yang berlebihan sewaktu hamil juga merupakan salah satu kebimbangan di kalangan ramai wanita hamil. Berat badan berlebihan juga merupakan  salah satu faktor risiko bagi Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Justeru itu, ramai wanita hamil akan menjaga pemakanan mereka, terutamanya dalam segi pengambilan gula. Anmum Materna baharu dirumus tanpa gula tambahan*, rendah lemak dan antara jenama susu pra-natal yang mempunyai kalori terendah dalam setiap hidangan.

Sebagai peneraju pasaran dalam segmen susu pra-natal, Anmum Materna bangga menjadi jenama pertama yang melancarkan rumusan Tanpa Gula Tambahan* (untuk perisa biasa) dan Rendah Lemak serta manfaat tambahan dengan 100%^ kandungan Folat dan Kalsium serta Probiotik DR10™ dalam menyokong keperluan nutrisi ibu hamil dan perkembangan janin,tambahnya lagi.

Ibu yang sibuk dan aktif juga akan menghargai pek stik baharu, yang membolehkan mereka menikmati segelas Anmum Materna dengan mudah di mana-mana sahaja mereka berada.
Aktres dan hos televisyen Jihan Muse sangat berpuas hati dengan rumusan baharu Anmum Materna yang mengurangkan kerisauannya tentang pengambilan nutrisi dan kenaikan berat badan sewaktu hamil.

Saya rasa gementar ketika hamil. . Saya mahu memastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk si manja dalam kandungan dan juga diri saya. Ada kalanya sukar untuk mendapat hidangan yang berkhasiat disebabkan jadual kerja yang sibuk. Sebagai selebriti, saya perlu mengekalkan imej badan dan kesihatan fizikal yang baik.

“Dengan adanya rumusan baharu, saya cuma perlu menambah dua gelas Anmum Materna dalam pemakanan harian saya, untuk saya mendapat nutrien-nutrien penting yang diperlukan untuk menyokong tumbesaran bayi saya! Susu ini juga enak rasanya. Saya juga suka dengan rumusan Tanpa Gula Tambahan + Rendah Lemak ini membolehkan saya menjaga dan mengawal pengambilan tahap gula dengan senang supaya penampilan saya sebagai seorang ibu tetap menarik!kata Jihan sambil ketawa.

Ng Kar Yoon, seorang hos radio serta selebriti, juga merupakan peminat pek stik serba-mudah Anmum Materna.

Kehamilan tidak menghalang saya untuk kekal aktif Saya masih sibuk dengan jadual harian saya serta masih aktif dalam perjalanan. Saya cuma pastikan saya sentiasa ada sekurang-kurangnya dua pek stik Anmum Materna dan satu bekas berisi air di dalam beg tangan untuk memperoleh nutrien yang penting di mana-mana dan pada bila-bila masa supaya si manja saya turut membesar ketika ibunya sedang sibuk bekerja!  

Anmum Materna boleh didapati dalam pek serba mudah yang mengandungi tujuh stik pek bersaiz 36g (perisa biasa) dan 42g (perisa coklat). Setiap pek dijual pada harga RM19.90. Selain daripada pembungkusan stik pek baharu tersebut, jenama ini juga boleh didapati dalam format kotak dalam perisa  biasa dan coklat, saiz 650g pada harga RM42.00.

Dapatkan Anmum Materna baharu dengan formula yang dipertingkatkan di Lazada sekarang dengan diskaun 15% (gunakan kod N15MUM) yang ditambah atas diskaun yang sedia ada. Promosi berakhir 31 Januari 2018.

Susu formula Anmum Materna baharu yang telah dipertingkatkan kini boleh didapati di pasaraya terkemuka  di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang rumusan baru Anmum Materna serta produk-produk lain, sila layari www.anmum.com.my.


Rujukan

* Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih didefinasikan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah piawaian CODEX 212-1999 dan CAC/GL231997. CODEX mewujudkan dan meyelaraskan garis panduan dan kod amalan piawaia makanan antarabangsa. Di bawah Akta Pemakanan Malaysia 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa dan Madu didefinasikan sebagai bahan pemanis. Under Australia New Zealand Food Standard Code-Standard 1.1.2, Glucose Syrup, Maltodextrin and similar products are defined as ’sugars. Menuju kepada Anmum Materna biasa.
^Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia, 1997.

1.        IOM. (2009). Weight gain during pregnancy.
2.        Brown HL. (2017). Physical changes during pregnancy. Retrieved from: http://www.merckmanuals.com/home/women-s-health-issues/normal-pregnancy/physical-changes-during-pregnancy  
3.        Harding M. (2016). Physiological changes in pregnancy. Patient. Retrieved from: https://patient.info/doctor/physiological-changes-in-pregnancy  
4.        Sutter Health CPMC. (2014). Fetal development. Retrieved from: http://www.cpmc.org/services/pregnancy/information/fetal_development.html
5.        Hill, M.A. (2017). Embryology. Timeline human development. Retrieved from: https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Timeline_human_development
6.        MedlinePlus. (2015). Fetal development. Retrieved from: https://medlineplus.gov/ency/article/002398.htm
7.        Steinburg et al. (2013). What is the “normal” fetal heart rate? PeerJ 1:e82; DOI 10.7717/peerj.82
8.        Neuroscience for Kids. (2015). Brain development. Retrieved from: https://faculty.washington.edu/chudler/dev.html
9.        Society for the Protection of Unborn Children (SPUC). (2014). Pregnancy explained – a complete guide to the development of your unborn child.

TENTANG FONTERRA BRANDS
Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd merupakan syarikat multinasional yang berasal dari New Zealand dan merupakan antara pengeluar dan pemasar produk pengguna berasaskan tenusu dan makanan yang terbesar di peringkat global untuk pelanggan di seluruh dunia.  Sepanjang masa dan di seluruh dunia, para pengguna menikmati makanan bernutrisi yang dihasilkan oleh syarikat terkemuka menggunakan ramuan tenusu kami serta produk berjenama Fonterra kami. Sebagai sebuah koperasi milik peladang di mana ibu pejabat kami  di  New Zealand, Fonterra merupakan pemproses susu yang terbesar di dunia. Kami menghasilkan lebih dua juta tan metrik ramuan tenusu dan produk pengguna setiap tahun. Kami mengeluarkan dan memasarkan antara jenama tenusu yang paling terkenal di dunia, termasuklah Anmum Essential, Anmum Materna, Anmum Lacta, Anlene, Fernleaf (CalciYum), Chesdale, Anchor Butter dan lain-lain lagi.


Untuk maklumat lanjut tentang produk dan rangkaian ANMUM MATERNA, sampel atau imej produck,
sila hubungi: Derek Fong (derek@bridgespr.com.my) atau Zul (zulfadli@bridgespr.com.my)
Tel: 03 – 7982 1750/1
 

You May Also Like

33 Comments

Blog Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated. All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.