Food Review : Crab Factory Petaling Jaya SS2 Bagi Pengemar Makanan Laut.

by - January 22, 2017

Sekian lama blog ini sunyi tanpa sebarang posting terbaru. Maklumlah dah nama pun busy, aku terikat dengan banyak jadual yang mana terlalu padat jadual seharian. Untuk entry kali ni aku nak kongsikan tentang makanan laut yang kini menjadi trending. Dihidangkan secara terbuka beralaskan pelapik meja plastik. Makan beramai ramai dengan memakai bid,macam anak-anak kecil makan. Bila makan korang boleh makan secara bebas dan tak perlu control cun sana sini. Ini memang aku paling suka. Memang terbaik.

Bagi peminat ketam dan makanan laut seperti yabbies, sotong besar dan juga ketam terutamanya. Korang boleh lah cuba singgah dan rasai sendiri suasana dan citarasa yang didatangkan oleh founder T.Y. Crab Factory menghidangkan masakan makanan laut ini di Crab Factory : Original Louisiana Boil di SS2 Petaling Jaya, Selangor. Di restoran Crab Factory SS2 ini ada menyediakan menu yang unik untuk ketam, udang, sotong, yabbies dan beberapa menu lain yang akan membuatkan korang teruja dengan restoran Crab Factory ini. Yang pastinya hidangan ini jauh berbeza dari kedai makanan lauk lain.


Antara hidangan yang menjadi pilihan ramai pengunjung dan aku berkesempatan untuk merasai sendiri rasa dan kelainan perician tentang cara makanan lauk ini dimasak. A ntara jenis kuah-kuah yang menjadi permintaan tinggi pelanggan adalah :-


  • Creamy Lemak Source
  • Spicy Plum Source
  • Thai Sambal
  • Signature Southern Bang - boleh pilih tahap kepedasan/ketahan lidah korang (Mild, Medium, O’ly Crab, Death Valley)



Seafood set meat crab RM175.00 (mild)



Fried Enoki RM8.90


Garlic Bread RM8.90 (cicah dengan semua source seafood tadi memang layan)


Creamy Lemak RM55.00 - Malay cuisine style (rasa macam masak lemak cili api tapi ada letak cheese macam cabonara) kombinasi timur dan barat yang super ferfect!


Meat Crab - L 2pcs Medium RM120.00



Spicy Plum Yabbies RM83.00



Menu untuk rujukan pada yang bercadang untuk datang makan kat sini nanti.






Ok menunggu skandal aku pilih menu (kaki makan kalah pembela).. Tak rugi bawak bakan buffet dia ni.


Guava Soursop RM9.90 (untuk makluman kat sini tak ada air panas yer, semuanya berbentuk juice yang siap dibotolkan) dan ia sangat sedap dan menghilangkan rasa pedas dari kuah kuah tadi.


Ok posing lah sikit dengan menu booklet ni.


Ok dapat diskaun untuk next treat.


Sebelum ngap... Kena posing dulu. Perkara wajib kot.



Jom layan permandangan didalam kedai pula..





Harga setiap hidangan bergantung pada jumlah saiz dan gram, Jadi mudah untuk pelanggan membuat pilihan.





Licin.......... blurghhh.. alhamdulillah kenyang!!


Cozy sangat tempat makan ni. Sesuai untuk dijadikan tempat makan malam seleruh keluarga atau majlis sambutan istimewa seperti harijadi. Kalau boleh jika ada yang berniat untuk datang ke sini jangan lupa buat tempahan awal. Sebab yang pasti korang mesti tak sanggup nak beratur.


Info 
OPENING TIMES: TUE, WED & THURS  |  3:00PM – 11:00PM
FRI, SAT & SUNDAY  |  11:00AM – 11:00PM
CLOSED ON MONDAYS
ADDRESS: 21, Jalan SS2/64, 47300 Petaling JayaGET DIRECTIONS
TEL: +603-7865 5850 CONTACT US
CRAB FACTORY MALAYSIA © 2016
TAILORED BY BREWSPARK
ALL RIGHTS RESERVED
facebook-logo  instagram-symbol
P/S : Boleh bagi 10 bintang dari segi service layanan dan juga rasa setiap kuah adalah sangat berbeza dan sedap. Semestinya akan datang lagi untuk makan, kerana ia sangat berbaloi dan tidak akan menghampakan mereka yang datang berkunjung.

You May Also Like

0 Comments

Blog Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated. All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.