Gugur untuk ke kali ke 3. Bukan rezeki kami.
Assalamualaiku, arini baru aku masuk office setelah 10 hari
bercuti (berpantang act..) sebenarnya tempoh pantang aku kena 44hari
memandangkan aku baru sahaja mengalami keguguran di usia kandungan 3 bulan
lebih. Tujuan aku post ni adalah sebagai perkongsian serta pengalaman gugur kali ke-3. Juga ada yang bertanya detail macam mana punca keguguran. Takda niat nak aibkan arwah baby aku dan sape-sape. Hanya sebgai perkongsian semata. Selain pada Allah tempat aku mengadu dan meluahkan rasa rindu pada mereka. Sini adalah tempat ke-2 yang akan aku gunakan sebagai catatan kehidupan aku. Semoga selepas ni akan ada yang lebih baik yang telah Dia rancangkan untuk kami sekeluarga.


Pregnant tak sedar?
Ini keguguran ke 3 aku dan kesemua kandungan aku adalah
seusia. Kalau ikutkan aku dah ada 4 orang anak kalau semuanya dilahirkan secara
sempurna. Tapi tula bukan rezeki aku. Kalau ikutkan keadaan Rahim aku dari dulu
memang tak kuat, ditambah dengan hormone badan yang tak stabil + period memang
tak penah dating regularly macam wanita lain. Special case jugak lah ni. Masa
pregnant kan Azriel pun sedar-sedar janin dah membesar dalam perut. Bukan tanda
tanda Cuma cara pembawakan sikap dan mood aku tak ketara. Cuma akan letih dan
tak selera makan. Tapi bukannya aku tak check menggunakan banyak alat dizaman
moden ni kalua nak tau pregnant atau tak. Tapi tula dah beli dan dah check,
memang tanda tanda atau double line macam kebanyakkan wanita lain. Pasrah lah,
bila saja dapat tahu kandungan aku mesti gugur punya. Cuma keguguran kali ni
paling terasa paling sedih dan yang pasti kesakitan adalah yang paling sakit.
Sakit czer kan Azriel pun tak sesakit ni.
Camni lah pendarahan aku berterusan sehingga hari ke 3 dan sehingga kini masih lagi macam ni, cuma kadang selang sehari ia akan berkurang dan selang sehari akan berlaku pendarahan yang kerap. semuannya blood clog. disebabkan uri dan darah beku yang belum keluar sepenuhnya.
Camne boleh keguguran?
Rabu lepas bersamaan 25/5/16 pagi tu aku bangun macam biasa,
Cuma sakit seluruh badan rasa sejuk gigil je semacam, semalaman memang tido tak
berapa lena, sebabnya pinggang aku ke bawah sakit sangat rasa cramp. Tah kenapa
tiba-tiba. Rasa macam nak ke tandas so straight laju-laju ke tandas. Belom sempat
apa-apa. Tengah berjalan nak masuk tandas tiba-tiba satu ketulan boolat warna
merah kehitaman keluar, dan terus menerus darah keluar tak berhenti. Nasib
asben bukan tido mati.. Jerit-jerit panggil dia, tunjuk kat dia, sambal Tanya apa
ni? Takkan period keluar macam ni. Asben pun confuse. So kononnya perasaan
masih kata mungkin period, dalam masa yang sama dah lama period tak datang since
Feb 16. Asben minta aku ke klinik buat check up risau juga entah-entah aku
pregnant tak sedar lagi. So asben offer nak teman ke klinik. Tai aku tahu dia
banyak keje. S aku pergi sendiri jela. Kononnya lagi kalau lepas check up aku nak
terus masuk office. Awal-awal aku dah informed boss aku yang aku akan masuk
lambat sebab ke klinik. Sampai klinik terus register dan tunggu panggilan nama.
Ingat lagi, Dr Hana yang check aku, aku ceritalah detik keluar darah semua
pahtu dia buat kira-kira sejak bila aku tak dating period. Dia suspect aku
pregnant. Aku buat ujian air kencing dan bllod test tekanan darah rendah tapi
pregnancy test tanda tanda aku pregnant. Dr Hana mintak aku baring untuk scan
perut. Bila Scan MasyAllah dia kata keadaan Rahim aku memang menunjukkan aku
mengandung dan kalua ikutkan kira-kira mesin tersebut kandungan aku dalam 3
bulan lebih. Tapi takda plak image janin. Dr cakap mungkin aku gugur. Dr
tanyakan lagi kalua kalua aku ada bawa ketulan yang jatuh tadi. Kemungkinan janin
ada bersama dalam ketulan darah tersebut. Memang taklah sebab dah rupa darah
beku camtu aku siram masuk lobang tandas jela. So Dr bagi aku surat untuk refer
hospital in case darah aku tak berhenti selama 2 hari. Dr hanya minta aku
berehat jela. Dalam tengah tunggu nak amik ubat tu dan bayar bill. Aku memang
dapat rasa darah keluar macam air paip kot. Memang lancar banyak dan sangat tak
selesa. Rasa suam-suam air mengalir kat bawah. Tengok-tengok baju aku dah
berlumuran darah. Balik rumah dalam kedaan darah tu. Aku sempat mandi dan
bersihkan baju yang dipenuhi darah. So aku pun berehat sebab Dr dah cakap aku
gugur, so aku terus baring ,pakai stoking dan berehat ikut doctor nasihat.
Tiba-tiba kesakitan dating lagi seakan cramp seluruh pangkal peha dan terasa
nak ke tandas. Bila ke tandas aku baru nak mencangkung (masa tu dah siap-siap
pakai pad Overnite Kotex). Sekali teperanjat aku tengok sebujur tubuh bayi yang
sempurna sifat Cuma ahagian mata hidung dan mulut belom sepenuhnya terbentuk.
Tapi tetap rasa sangat kaku. Laju-laju amik gambar dan tunjuk kat asben. Asben
trus balik untuk periksa keadaan aku dan bayi yang keluar tu. Alahai kesiannya,
sedihnya, dah besar anak ni. Kenapa lah aku tak tahu. Dahlah aku makan tak
jaga. Kalau ikutan sepanjang tempoh tu aku Cuma perasan aku cepat letih,
mengantuk tak kira masa. Makan tak selera semua benda kat tekak tak kena
rasanya. Yang aku suka minum air cola. Uiks time tu nikmat betul. Memang sedap
je tekak aku. Bestnya rase. Bila dapat teguk tu rasa sangat heaven. Sampailah
yang aku teringin nak makan durian. Kena plak MIL jenis yang sporting belanja
ikut lah kemahuan menantu hantu ni. Bila
dah kepanasan + pening aku bantai makan Panadol. Yela mana aku tahu aku
pregnant. Dah pregnancy test pun tak proven.
pendarahan tanpa henti yang sempat aku rakamkan memandangankan nak sahkan pada Dr pendarahan yang aku alami.
Menyesal, rasa bersalah,sedih dan terkilan
Dalam mulut duk cakap belom bersedia nak tambah anak, asal
orang tanya je itulah jawapan aku, tapi aku tak menolak jika ianya adalah
rezeki yang Allah nak bagi. Yela memandangkan Dr dah nasihatkan aku untuk drag
tempoh untuk tambah anak memandangkan aku baru sahaja selesai jalani operation
ACL major surgery. Lutut mungkin tak kuat + bius serta ubat tahan sakit yang
kerap aku ambil. Lagipun Azriel pun masih lagi melasak tak hingat dan juga
manja terlebih. Semua nak ditumpu pada dia. Nak manja kat dia sorang dengan
kuat merajuk dan cepat memberontak. Tapi bila dah Nampak sekujur badan bayi
yang alahaiii.. kecik comel macam tu hati aku terus tersentuh. Rasa bersalah,
rasa insaf, selama ni dia bertahan sebab mungkin dengan kehadiran dia yang tak
disedari akan buat dia membesar dalam Rahim dengan baik. Tapi aku yang bersalah
sebab tak jaga diri aku sebaik mungkin. Sedih sangat. Anak kot.. tau-tau dah
bentuk semuanya. Alahai.. (nangis…) sedihnya…. Teringat lagi rasa dan ketika
dia keluar dari Rahim aku… Baby terasa dengan aku semestinya buat dia tak mampu
bertahan. Huhu…sedih lagi.
Anak syurga mommy. Mommy mohon ampun dan maaf sebab selama ni mommy tak jaga kesihatan dan jaga kamu sebaik mungkin. Mommy doakan kamu bahagia disana bersama kalangan orang beriman. Mommy tak tahu seadaikan layak untuk bersama kamu dan adik beradik yang lain kelak. Doakan moga kita bertemu suatu masa nanti dimana mommy adalah ibu dan kamu semua adalah anak anak yang menantikan mommy dari sana. InsyAllah. kalau dia masih ada EDD aku bakal end of November ni. :(
Rezeki baby
Mungkin aku tak sedar apa yang Allah kurniakan selama ni
adalah rezeki baby, mana taknya Aku dapat banyak tawaran dari nuffnang untuk
join campaign, dalam masa yang sama tahun ni kenaikkan gaji, dan juga baru-baru
ni aku dapat voucher habib jewels RM1500. Sape nak bagi?? Alhamdulillah syukur.
Tapi aku tak pernah nak sedar itu adalah rezeki baby dalam perut ni. Huhu..
maaf baby mommy rasa bersalah sangat. Boleh dikatakan tahun 2016 ni adalah
tahun penerimaan rezeki yang tak disangka-sangka.
Mr Mommy
Sepanjang tempoh berpantang ni, asben adalah orang yang
terapat dan terbaik pernah aku ada. Dia banyak berkorban masa dan tenaga. Jaga
semua makan minum aku. Uruskan anak walaupun tak sekemas aku buat tapi aku
bersyukur. Paling bagus dia belajar masak singgang tersedap penah aku rasa. 1st
trayer aku rasa gagal rasa tawar dan hanyir hahah. 2nd tryer so so
jela and 3rd finally sedapnya
tapi nasi yang dia masak tak cukup sebab azriel over lak makan lebih.. mommy
ngap biskut kering jela. Lepas tu dia masak ikan bilis goring sama halia dan
lada hitam.. OMG sedapnya.. Sebelum ni lauk pantang sepanjang zaman adalah ikan
selar bakar sama sayur sawi bersama nasi panas ditabur lada hitam kisar. Itu
jela sampai sekarang. Tapi tetap sedap. Thank you asben sebab sudi jaga wife
yang banyak hal dan peragai ni, terima kasih jagakan azriel sepanjang tempoh I tak
sehat, thank you sebab sentiasa bagi kami makan secukupnya walaupun kami dua
beranak jenis yang choosing. Apa-apa pun terima kasih tolong kemas umah
walaupun tak berapa kemas. Kiranya totally boleh declared you sebagai
suriumah+bekerja+ayah+suami yang complete!! Bravo!! (lama lagi mommy pantang
ni. Ini dah hari ke 13 hari (44-13=31 hari lagi) darah pun blom kering
sepenuhnya.. makin giat plak lepas berurut... Sementara tunggu uri keluar aku sedaya upaya lakukan segala pantang dan bertungku sendiri di rumah. Naseb baik Azriel sangat memahami.

5 Comments