The Lost World of Tambun. 6-8 Mei 16 pt1
6-8 April lepas aku
ada terlibat dengan acara Family Day Cradle yang berlansung di Tambun “The Lost
World”. Kami di beri penginapan juga di Hotel The Lost World,and Spa, Sunway
selama 3 hari 2 malam. Merasa lah yer bercuti kat sini. Kalau saja-saja nak pergi
tak tahu bila, mengenangkan ia jauh dah kitaorang memang tak familiar jalan ke
arah Tambun ni. Last month aku ada pegi Ipoh kat The Heven untuk Teambuilding
punya aktiviti. Then come back again for family day ni. The week before tu aku
dari ke Melaka, kisah dan aktiviti yang sama, mandi manda jugak. Blom habis
kisah kulit gelap masuk lah ke Taman Tema Tambun ni. Memang karat lah kami anak
beranak.
Sampai je tengah hari
terus checkin siap ada welcome drinks lagi..fuhh trase macam tourist sangat
haha.. over.. Pahtu tanpa berlengah kami terus bergegas masuk ke Theme Park.
Taknak bazirkan masa yang ada, Hari pertama dengan lawatan sambal explore
kawasan sekitar. Yang bestnya tengok riaksi Azriel yang excited sebab dapat
tengok haiwan yang real depan mata. Paling tak leh blah dia Nampak air dan
merayu mintak nak mandi. Sungguh-sungguh mintak. Memandangkan dia dah 3 tahun
sekarang, bila kita cakap Alhamdulillah masih boleh dengar kata dan paham yang
day 1st ni kita just pusing-pusing dulu. Naik train dan layan
perminan yang ada di sekitar. Best!! Cuma paham-paham lah bawak anak ni
takdalah kau nak bebas macam bujang, nak-nak bila anak kau asyik merenget
mintak nak terjun pool. Parah mak kau.. adoiyaii.. (esok baru kita main air yer
sayang.. arini kita kering-kering basah peluh je dulu).
Malam BBQ tu acara
dimeriahkan dengan Fire Dragon Show (yela kot mandang duk muntah
api je) dan juga karaoke yang mana cradlelians yang super talented. Menyanyi
sampai lebam sampai hujan turun dengan lebatnya hahahahahah…balik lah kami
dalam kebasahan ala-ala memori daun pisang, Azriel macam biasa excited over
sebab boleh main hujan. Dahtu tahan plak badan dia tak deman atau selsema.
Malas nak citer lebih detail jom layan gambar lah yer sepanjang kami berfamily day kat sana.
Esok paginya kitaorang breakfast kat Garden Terrace
Bermula lah aktiviti air kami
Tapi time ni aku memang tak bawak hp dan xbawak camera sbb main air kan, kang basah lak gadget aku sebab memang tak rancang pun nak terjun masuk air basah-basah ni. Ngat nak mintak en asben je yang layan anak dalam pool hahah.. Tapi sekali dah masuk dengan aku-aku sekali over main air. Padanlah azriel suka sangat dengan air.
Nanti sambung next entry lak sebab lost idea trus bila citer pasal The Lost World ni ..kihkihkih
2 Comments