Review-Pelembab siang malam dari Cosmoderm

by - February 14, 2016

Haritu tengah belek-belek FB sekali tengok page Cosmoderm ada launch produk terbaru penjagaan kulit wajah. Memandangkan kebaikkan produk ni telah terbukti maka tak hairan lah kalau ramai yang memuji kesan terhadap kulit wajah selepas sekian lama mengamalkan produk ni. Seperti biasa, aku dan produk kecantikkan takkan pernah terpisah, taksubnya aku terhadap produk kecantikkan tanpa mengira harga dan brand. Janji hasilnya mempu memberikan kepuasan hati dan juga jadi cantik selepas guna. Bagi aku Cosmoderm tak pernah mengecewakan. Aku salah seorang pengguna tegar produk Perfect Sunscreen dr Cosmoderm. Kebaikkan kandungan dan tektur berasaskan air serta senang menyerap pada kulit. Untuk kali ni aku nak try plak Pelembab Siang Dan Malam. 


Kebaikkannya adalah ;

Menghalang kulit dari kesan penuaan awal dengan bahan-bahan aktif anti-penuaan yang boleh membaiki sel, menggalakan proses pembaharuan kolagen dan membantu melembabkan kulit.Pelembab yang merawat sambil melindungi dari sinar matahari yang boleh merosakkan kulit.


Jenis Kulit:

Sesuai Untuk Kulit Berminyak & Berjerawat
Diperkaya dengan ramuan minyak Tea Tree yang mengurangkan dan merawat kulit berminyak, jerawat degil dan juga 
mengelakkannya daripada tumbuh kembali. Ia menghilangkan minyak dan kotoran yang membantu menyembuhkan 
dan mencegah jerawat pada muka dan badan.



Review : Bagusnya tentang pelembab ni ia tidak berminyak, sapu pada kulit dan ratakan, kulit rasa gebu je. Paling ketara bila dan ratakan seluruh wajah tu, dan beberapa second je kulit bertukar jadi glowing. Korang kena cuba sebab kesan serta merta boleh nampak. Jerawat pelan-pelan kering yang bestnya parut jerawat pun pudar. Adik perempuan aku sendiri guna dia sememangnya kerja dibawah matahari seharian dahtu kadang muka dia cepat betul naik ruam dan bintik merah, selepas dia apply pelembab ni, semua masalah tu berkurangan. Boleh dikatakan keadaan kulit wajah berminyak terkawal dan kulit nampak sihat je. Dan di sebabkan itulah aku setia dengan Cosmoderm. Boleh dikatakan banyak produk aku dah cuba. hanya bagi suncreen protection memang aku maintain dengan Cosmoderm lagi, sebab berjemurlah panas seharian suntuk, muka dan kulit takkan berbelak ataupun kulit makan cahaya jadi gelap. Memang takkan. Bagus kan?? 

Harga pun hanya RM18.90 dan boleh didapati difarmasi berhapiran atau Guardian terdekat dengan ngumah korang.

Aku ratekan 10********** untuk kesemua produk dari Cosmoderm ni. (^^)v Happy customer.




You May Also Like

1 Comments

Blog Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated. All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.