Petua kecantikkan Tradisional

by - September 22, 2015


Gambar sebagai hiasan. Amalan aku seminggu sekali guna pore machine ni. Guna hari-hari mau lah tipis kulit muka kang.


Setiap wanita menginginkan kulit yang cantik dan sempurna. Kulit sihat membantu dalam memberikan aura dan mood cantik dalam diri seseorang. Rejim dan gaya hidup menjadi faktor kepada tahap kesihatan kulit kita.

Antara faktor yang kuat mendorong kepada kelemahan kualiti kulit dan tekstur kulit adalah stress, kurang tidur, rendah nutrisi, pencemaran, kesan buruk sinaran cahaya matahari, rokok dan pengambilan alkohol.

Boleh kita lihat di luar sana, terlalu banyak produk penjagaan kecantikan dan kesihatan kulit yang menjanjikan kulit cantik sempurna dan berseri. Namun tidak kesemuanya mampu merealisasikan impian jelita seseorang.

Daripada korang membelanjakan lebih banyak wang kepada produk berunsurkan bahan kimia, adalah digalakkan untuk anda mencuba remedi mudah di rumah untuk meningkatkan kesihatan menyeluruh kulit dan penampilan.
Dalam banyak-banyak bahan petua ni satu je aku tak penah cuba, iaitu serbuk penaik, tak tahu lah apa hasil yang lain alhamdulillah kerap dan menjadi kebiasaan. Contohnya aku akan buat air jamu sendiri menggunakan asam keping, kunyit hidup, gula batu,halia dan kurma merah. rebus sampai jadi segelas air. dah pekat dan sejuk tu boleh minum setiap pagi sebelum sarapan. Ini adalah bahan makan untuk kesihatan dalaman, andai korang malas jugak nak buat sendiri beli je jamu yang dah siap yang banyak terdapat dipasaran. Tapi pastikan jamu-jamu tu mendapat kelulusan KKM dan Halal yer. So kat bawah ni antara bahan bagi penjagaan kecantikkan kulit terutamanya kulit muka yang kerap terdedah pada cahaya matahri secara terus. So kalau petua kat bawah ni pun korang malas nak buat. Beli jela musk yang terjual siap untuk dipakai terus. tinggal koyakkan packaging je.

Lemon

Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula. Sapu rata pada permukaan kulit wajah, leher dan kedua-dua belah tangan. Gosok rata dengan gerakan membulat dan biarkan ia selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan remedi ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit bersih berseri.

Madu

Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian kulit wajah. Biarkan ia mengering sendirinya dan bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak dalam memberikan kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan gebu. Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semulajadi pada wajah anda.

Kunyit

Gaul satu sudu teh serbuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Oles pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia mengering sepenuhnya. Cuci dengan air suam. Ulangi remedi dua atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan kesan tompok hitam dan parut pada wajah.

Serbuk penaik

Adun rata dua sudu teh serbuk penaik dengan satu sudu teh air atau air perahan jus lemon sehingga menjadi pes. Cuci kulit wajah anda dan sapukan pes secara menyeluruh pada kulit. Akhir sekali bilas wajah anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala. Amalkan cara mudah ini di rumah dua atau tiga kali seminggu.

Timun

Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi. Lakukan setiap hari sebelum tidur.

So harapnya lepas ni korang bangun tido badan segar dan kulit cantik segar bugar ok.

You May Also Like

2 Comments

Blog Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated. All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.