Azriel 1 Tahun 8 bulan.
Kisah teruna kesayangan kami Zairiel Azriel Hezry. Sekarang usianya dah 1thun 8bulan. Alhamdulillah semakin sihat cerdik dan pandai mengambil hati. Paling best bila dalam tempoh sekarang dia dah boleh bercakap. Walau menggunakan bahasanya yang tersendiri. Paling terbaru Azriel dah pandai hafal ABC dengan lancar tapi dalam dailet dan pelat seorang toddler la. Sampai huruf G je. Selepas tu dia mesti diam ataupun ubah topik lain. Hahahah takpa anak oii mommy paham, jangan nak stress bukannya nak kena amik peksa. Ini jugak dibuktikan oleh pengasuh sendiri yang Azriel sangat aktif dan pandai menghafal ABG dengan lancar walau pelat tapi Pengasuh pun terkejut "kagum katanya sebab compare to salah seorang budak yang dia jaga usia tua setahun dari Azriel sangat ketara. Azriel sememangnya macam overdose atau lebih senang dikatakan hyperaktif. Memang sejak dari lahir, walau lahir tak cukup bulan tapi dia sangat aktif, kuat makan, kuat menyusu, aktif bermain, berlajar apatah lagi sangat mudah dan cepat paham bila kita instruct dia buat apa-apa.
Video last skali nilah yang buat aku akan gelak sendiri biladengar suara comel si Azriel. Hilang rasa penat dan stress tempat keje. Happynya la hai dia. cepatnya kamu membesar.. janganlah membesar cepat sangat mommy tak puas lagi tengok kamu sebagai baby.. huhu.. Bukan sebab mommy takut tua. Tapi sebolehnya mommy suka dan terlalu adore moment masa ni.melihat kamu membesar depan mata adalah satu anugerah yang sangat mommy syukur dan berterima kasih kepada Allah swt sebab bagi mommy dan daddy anak yang sebijak dan secomel ni. heheh.. sayang adik sangat-sangat muahhhh...
8 Comments