Detik kelahiran dan pengalaman pertama bersalin

by - October 14, 2014

Salam. Sudah lame i berdiam diri mungkin jugak blog ni dah bersawang. Hari ni baru terajin singgah dan bersihkn sikit2 sawang kt blog ni.
Lame kan? I xupdate sini. Bukanpe hari tu warded terus menerus sampai lah melahirkan cahaya mata terindah anugerah Allah swt.

Setelah 7 hari admitted di HUKM. I minta kebenaran untuk balik. Bosan kot duk spital lame2. Dah cam orang gile i rase. Dahla tak dibenarkn berjalan bersembang  atau ape2 selain ke tandas dan tido. Gile. Konon nak control bp i. Anyway to make sure  supaya x naik. Hurm...xda makna pun sedang tido diorg kjutkn utk amik bacaan bp pun tetap juga 150/100. Tah hape hape tah. So dapat balik ke rumah siapa tak seronok. Jadinya excited mintak  dtg jemput. Mkn tghari yg sgt menyelerakan..yumyum...blik rumah..wah..nyamannya bau rumah sendiri berbanding spital busuk! I diarahkan untuk berehat dan jangan buat sebarang kerja, bestnya tido katil sndri. Tilam empuk bantal gebu perghh..esoknya en suami g kje. I lak di arah stay ngn kak ipar. Masa ni i rase sonok sangat feeling dia lain macam nk kata tanda2 nk beranak pun xda. Baby cam biasa aktif sokmo..fuhhh..fenat jugak lah..dahtu mlm tu i dibawa  jumpa doktor Getha. Katanya nak make sure bp reading maintain. Cam biasa i steady je pning2 mual2 mmg xda. Sungguh tak disangka skali check bp reading tinggi ngko...trus doktor refer ke kecemasan..malam tu jugak bersamaan 11/4/13 10.00mlm . En suami terus bawa i ke O&G kecemasan dan akhirnya ako ditahan. Sekali lagi kisah  masuk ward. Stress betul smpi menangis dibuatnya sebab tak sampai beberapa jam sampai rumah dah kena warded balik.
Esoknya 12/4/13 8.00pg bp check 146/97 makna kata ako xdapat blik lagi lah dan mungkin terpaksa stay di ward smpi bersalin. Hakikatnya masa tu i tak terasa stress atau risau atau nk marah tp bp maintain tinggi. Spnjang hari i duk whatsapp ngn en suami...dan i hanya landing  atas katil smbil duduk dan balik sampailah kebam . Tepat jam 3.30ptg. Tiba- tiba kepala jadi pening teramat dan feels like melayang layang. Dan start  mula rase mual n akhirnya muntah..sangat sangat lah xselesa..Terus  mngadu kat nurse dan sekumpulan doktor n doktor pakar datang untuk check keadaan i,  jugak amik bacaan bp. Kali ini bp bacaan sangat tinggi 170/123 mata i mula rase blur2 kepala rasa melayan je. Datang seorang doktor terus terjah dan maklumkan  dan arahkan i untuk mula berpuasa. I tgh blur lagi dan tertanya tanya knp. Doktor cuma bgtau yg bayi terpakse dikeluarkn mlm ini jugak ( force labour) sb takut bb n ibu xsmpt di selamatkan. I  mmg lah blur time tuh. Doktor arahkn call husband untuk inform tang i akan ditukarkn ke unit kawalan rapi HDU dan terpakse melalui cser section mlm itu jugak. Tiba2 dtg salah seorang doktor Wani bg i injection drip dan amik darah lepas tu tiba2 satu cairan yg dipggil magnesium sulfat xsilap lah nama dia, dimasukkn dlm badan. Tuhan je yg tahu time tu ape rase ubat tu. Panas bahang. Terasa cam kena panggang panas giler. Segala lubang dan liang udara  kt badan  ni terasa haba panas. I terasa macam nak mati time tu.tak tahu nak gambarkan  nk cciter sakit bisa panas perit time tu.yg i ingat satu je mngucap kKhalimah Allah dan tiba-tiba teringat kt suami...huhu. magnesium dimasukkn ke dlm badan pesakit darah tibggi adalah supaya dapat menstabilkn tekanan darah yg tinggi juga tempoh 2 jam diperuntukkn untuk doktor ikhtiar supaya moga2 ada bukaan untuk i deliver normal. Dlm jam 7.30mlm 12/4/13 i dipindah ke unit HDU. Dimana hanya dibenarkn suami yg tunggu jugak 2 nurse akn jagadan kawal dan hanya seorang lawatan hanya dibenarkn selama 10minit. Bila masuk hanya ada 6 katil je dlm bilik tu. Dan i seorang dan satu2nya pesakit mlm tu. Pahtu tiba2 dtg kerumun doktor n 2 nurse masa ni ako dah lemah longlai mungkin kesan ubat panas tadi .dlm masa yg sama i dipabtau dan diperhatikan nurse n doktor melakukan pemeriksaan terhadap result ubat yang di jab untuk darah tinggi tadi. Time ni lah i sudah xberdaya nk lawan. Tangan kiri da kanan di cucuk jarum drip. Berselirat wayar kat tgn badan di bahagian kemaluan juga pun dimsukkn saliran pipe utk air kencing.memang dah takda rasa sebarang kesan disebabkan  ubat tadi. Ubat yang dimasukan tadi lagi sangat sakit dan apa yang diorang masukkan dan cucur wayar masa tu. Masa ni dr tambahkan lg dos magnesium tu dan masa tu jga en suami dtg smbil bawakn colek mangga sbb sehari sblum i teringin nk makan colek mangga tapi tak kesempatan dan bukan musim mangga. Tp masa tu i dah  terbaring kaku penat lemah xdaya. Yg i tau nk minum air, sebab badan terasa panas, kering pedih dan dahaga amat pada  air. Terasa dahaga yg amat. Ubat tdi terlalu pnas bahang 1 badan. Terase memang macam nk mati. I ckp ngn en suami yang i dah rasa macam giveup  rase cam nak mati..sakit tak boleh citer. Time tula  teringat mula mula diperkenalkan dengan die n kami kawen. I bagitau die jgn isau yang walau macam mana sekalipun  i akan cuba bertahan. Selepas 2 jam datang seorang doktor perempuan untuk check laluan ako ternyata sbb penglaman pertama utk anak pertama laluan ako sikit pun xda. Masa ni ako menangis xtahan sbb doktor tu korek saluran kemaluan untuk tengok keadaan laluan  mmg sakit sangat sangat. Tapi  xdaya nk melawan. 

Dgn serta merta nurse diarahkn tukarkan baju i dan pkaikan i  baju untuk ke bilik OT. Hati i time ni makin cekal..berserah untuk ape kemungkinan dlm kesempatan itu doktor minta suami untuk bagi kata semangat atau ape sahaja pesanan sbb ini pembedahan berisiko. Yg i tau n mampu ckp "jgnlah sedih ok. I ok..rase cam nk mati pun ado ni.mintak maaf klu slalu buat pangai k." Laki mane lah sanggup tgk mini die camtu time tu..bibir dan mulut merekah kering kesan dr ubat n akhirnya i  masuk dlm bilik bedah. 

Masa tu i masih sedar dan masih mampu senyum dan cuba tenangkan diri lg. I nampak dan tengok ada  dlm 10 org la tengah uruskn peralatan bedah jaga tempat sambut bayi kiri kanan i pula  dua doctor cantik. Diorg cuba melekakan i dan minta i doa dan zikir. Tpi tiba tiba bacaan bp makin naik..doktor terpksa delay waktu pmbedahan sbb nk tggu bacaan darah  trun sikit. Start jam 2.00pg 13/4/13 operasi bermula setelah tulang belakang di bius. Dlm khayal bole nampk doktor duk kelebet perut perut dan sikit takda rasa sakit, mungkin kesan ubat darah tinggi tadi buatkan sakit lain tak terasa. Terase badan bergoyang.doktor cakap hah kitaorg tgh keluarkn anak awak ni..tiba- tiba  kedengaran bunyi bayi mnangis..tu dia nyaringnya n doktor yg standby kata bayi dah keluar dan mereka uruskn anak i. I bole nmpk cmne doktor cuba selmatkn anak masa tu sebab diorang   sumbat tube utk sedut cairan..macam mimpi seorang bayi lelaki yg sempurna kejadiannya keluar dari perut  tepat jam 2.06pg 13/4/13 dgn berat 1.8kg. Sempat doctor yang sambut baby tunjukkan anak dan minta i kenalpasti jantina anak masa tu, betul tak macam yang discan. Hihi memang betul. Sebentuk “bird” hihi Alhamdulillah 

Lepas tu i dah tak sedar pengsan terus. Sedar sedar i  dah ada kat HDU unit selama 3hari xsedar sebab kesan ubat bius dan ubat darah tinggi. Dan i dpt tau bayi kami ditahan di ward NICU kerana paru2 belom matang dan terpkse bergntung dgn oksigen bantuan. Selepad 3 hari dan keadaan semakin stabil pihak hospital telah  pindakan i  ke unit ward biasa dan masih ditahan kerana bp belom stabil n masih tinggi. 

Hanya tuhan yang tahu sakit operate diperut. Memang tak rasa apa  mase tmpoh bius masih ada. Tpi selepas tu perghhh...batuk pun sakit wooo..trase cam di toreh toreh je perut. Tpi i kuat sebab pikirkn anak. Keluar je dari HDU i  trus bergegas ke nicu melawat bayi kami. Sedihnya hati.ibu mane sanggup tgk anaknya penuh dgn wayar dihidup mulut tgn berjarum drip sedangkn die masih kecil xtau ape..ako mngis je sbb xsanggup tgk...dlm masa yg sama mohon pada Allah supaya sembuhkn ank dan kuatkn semagat die untuk terus n cepat baik... strong baby boy. Anak mommy!!!

Hari makan hari bayi kami mnmpkkan peningkatan yg baik pada hari ke 5 tube oksigen tidak diperlukn lg. Bb dan boleh bernafas sendiri. Cuma tube pada mulut untuk mknan. Kerana bayi kami lahir tidak cukup bulan. Tpi alhmdulillah dlm nicu terdapat pakar penyusuan dimana mereka akn mngajar ibu yg bertama kali bf bayi mereka melalui kaedah simulation urutan rangsangan pada wajah bayi supaya bayi tau untuk menyusu dari nipple ibu terus.

Seterusnya bayi kami di tempatkn di NICU selame 7 hari alhmdulillah petang jumaat kami dibenar bawa bayi blik. Hureyyy!!!

Selepas 7 hari kelahirannya nama telah dipilih dan daddynya telah daftarkn untuk dapatkn MYKID nak tau ape nama anak kami?
ZAIRIEL AZRIEL HEZRY B ZAIRUL AZIZI.


P/S: Sayang kamu adalah pemberian terindah dari ALLAH swt kpd kami berdua. Mommy bersyukur dgn kehadiran kamu syg. Berharap kamu membesar dengan baik sihat n ceria. Moga kamu menjadi anak yg berjaya dalam hidup dunia akhirat dan mnjadi anak yg soleh. Amin....

Ingat lagi.. masa pendaftaran cert kelahiran pihak hospital letak nama anak Comel dan jantina Perempuan. Hahha..
Naseb perasan dan sempat ditukarkan sebelum pulang ke rumah. Adoiyaiii..


You May Also Like

11 Comments

Blog Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated. All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.