Shopping - Agra India Part 3

by - December 16, 2012

Ok kali nih, destinasi kita berubah tempat yer. Kali ini kitaorang akan check out dari Acura BMK Hotel kepada Howard Park Plaza Hotel yang terletak di Agra. Perjalanan kami melalui daratan dengan menggunakan perhidmatan bas perlancongan mengambil masa 5 jam perjalanan, (ini sudah cukup mampu buat otot sendi sesape sahaja akan sengal mengal..) lagi lagi orang pregnant cam ako ni kan..fuhhh...Tuhan saja yang tahu. Tapi nasib baik BB ako pun xda buat hal dan ako hanya menghabiskan masa dengan tido sahaja didalam bas. Hah Bukak2 mata dengar diorang duk bising bising....lah da sampai rupanya. cam biasa lah permandangan yang dapat kitaorg tengok jauh sekali berbeza dengan tempat sendiri..huhuhu.. dalam hati terfikir "Kenapa lah miskin benar negara ni..?kenapa lah diorang nih sangat kelihatan pape??kesiannya tengok dengan keadaan mereka..bayi kecil yang hanya berlapikkan pakaian nipis di musim sejuk yang bagi ako seorang dewasa pun tak mampu bertahan dengan suasana sejuk tu...Erm...Syukur Alhamdulillah ako dilahirkan dan dibesarkan di bumi Malaysia. Dan yang penting Warganegara MALAYSIA. 



Sampai sampai saje ke hotel..kitaorang lunch dulu dan kemudian seperti biasa aktiviti wajib "SHOPPING" sekali lagi kami cuba menghabiskan duit yang rasanya ada berpuluh puluh ribu rupee lagi ni...

Tour guide kitaorang bawak kitaorang g melawat tempat dimana craftman sejak menjalankan kerja2 pembentukan marmar. Teliti betul..kalau ako xda makna ako nak hadap benda tu berhari2 tengok sekejap pun dan bosan.

Cenderahati yang paling popular dari Agra, India, rumah kepada Taj Mahal, adalah marmar dengan reka bentuk bertatah serupa dengan apa yang korang akan dapati di Taj Mahal itu sendiri. Objek yang datang dalam pelbagai bentuk dan saiz, dari kotak pinggan dan barangan perhiasan kecil dan unik , dan sehinggalah menjadi  kepingan perabot. Dan harganya ..erm the vass lah semestinya Mahal kot...yang ni kalau nak beli kena betul betul ada duit yang cukup..mahal sangat sangat, kenapa ako cakap mahal, Bekas untuk sebentuk cincin pun harganya boleh mencecah RM70 dan keatas ikut design dan corak yang diterap pada bekas 
tersebut.

Kunci untuk mengelakkan marmar palsu adalah pencahayaan. Tanah marmar Agra adalah mendap, dan tidak akan membiarkan cahaya melaluinya. Kedai-kedai marmar akan sedaya upaya untuk menunjukkan barangan yang berkualiti mereka dengan beralih lampu kedai dan memegang lampu atau lampu suluh dan mengadakan demo terhadap produk mereka. Ini bagi memberi jaminan yang barangan mereka adalah asli dan bukan marmar tiruan.


Dalam ni juga terdapat satu port dimana kita boleh shopping kain baju.. seperti biasa lah sesiapa sahaja kalau bercuti memang tak sah lah kalau tak beli cenderahati untuk sedara mara atau kawan kawan. Dan ako memang tak pernah lepaskan peluang..


Tu dia susun baik punya kain kain sari yang semestinya menjadikan mata ko rambang..Nak tau lagi kalau kat Malaysia ni harga untuk sari sari yang cantik mewah lagi kualiti ni mau cecah RM500 - RM1000 dan ke atas lah.. Tapi kat sini dari harga RM80 ke RM300 sahaja dan sangat mampu dimiliki.


Heheheh sepasang lagi sari ako dah rembat,,seperti biasa masih xcam dengan warna Pink itu? Hah semestinya yang ini adalah untuk ako.. Untuk kaum famili  baik belah ako atau belah en suami telah ako dahulukan terlebih dahulu bila semua da settle baru ako pikir barang ako..syukor dapat lah selai kan dari takda....

Antara contoh contoh marmar yang terdapat di bangunan Taj Mahal. 






You May Also Like

2 Comments

Blog Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated. All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.