Skytrex Sg Congkak port baru untuk "Back to Nature"

Assalamualaikum hi korang, semenjak kes Covid19 ni menghampiri endemik, alhamdulillah kerajaan pun dah membenarkan kita untuk merentas negeri. Alhamdulillah syukur. paling seronok adalah anak-anak lah, bayangkan mereka setelah hampir setahun tak keluar melihat alam, tak beriadah secara normal dan hanya berkurung dirumah, demi keselamatan. 

Korang pun tahu i seorang mommy yang aktif dan akan sentiasa memberikan pendedahan pd anak i untuk beriadah atau bersuka seperti mana kita menikmati segala pemberian Allah swt terhadap alam dan kehidupan.Bila kita enjoyed dengan sesuatu aktiviti semestinya ia akan menjadi titik minat dan seterusnya mengalakkan anak untuk melakukan apa yang baru sebagai pengalaman berharga mereka. Tentu saja anak i adalah peneman paling setia yang mana, kemana aktiviti i akan libatkan dia. Walaupun i terpaksa outstaion i akan tetap bawa dia. Alhamdulillah anak i seorang yang understanding. 

Oklah dah boleh merentas daerah dan negeri, kalini kita bagi die chill dan have fun di sekitar Hulu Langat yang mana ini adalah aktiviti dan pengalaman terbaru untuk beliau. Tak sangka dia sangat enjoy dan tetap bertanyakan bila akan kami repeat aktiviti ni.

Aktiviti yang di maksudkan adalah bercamping di SKYCAMP selama 2hari 1 malam. pengalaman yang tak dapat dilupakan. Sebab ada moment yang buat i sebagai ibu bangga memiliki anak yang berani dan sangat independent.kami bertolah dari rumah dalam jam 11 lebih dan sampai dilokasi SKYCAMP dalam jam 2 petang. Bukan sebab jauh tapi banyak pitstop kami berhenti dan memandu pun dalam mood chill je. Seronok kan dah lama tak keluar tengok alam.















Pengalaman flying fox yang tak dapat dilupakan meluntur diatas udara setinggi 3 tingkat bangunan dan lebih adalah pengalaman yang tida dimana-mana. Permulaan kami akan diberikan brief tentang penggunaan equiptments dan juga cara kendalikan paddle bila ingin meluncur dan melakukan terjunan. 

Mula-mula i memang bajet berani lah, sukan extreme memang favorite i dari zaman bujang. Tapi kalini berlainan perasaan itu. Maybe dah ada anak dengan faktor umur lagi. Tiba-tiba perasaan bimbang takut semua ada. Alhamdulillah anak i memang anak jantan. Dia lah bagi semangat untuk i completekan our trax tu. Alhamdulillah dari jam 2.30 kami start hike the height than we managed to finished at dlm 5.45 petang. Satu pencapaian yang besar bagi anak i sebab the spirit from him mommy dah tak fikir any fears. 

So korang kena bawa anak-anak datang sini, yang mana kebaikkan aktiviti lasak ini dapat melatih anak korang disiplin, sabar, tertib dan keberanian. I dah boleh nampak my anak punya character which is dia seorang yang overprotective. Since start lagi dia dah ingatkan i pakai baju labuh, nanti baju terangkat katanya nanti orang namapak malu. Masa i takut nak buat terjunan dan meluncur atas atas trax dia lah akan bagi semangat dan pesan mommy dont need to worry azriel ada. Baca bismillah, ingat Allah. OMG tu memang kelakar sebab dah terbalik plak i dengan dia. Bila setiap kali i completed my route mesti dia akan tanya. Mommy ok? ada sakit kat mana mana?. Plaing best ayat dia, jangan takut Azriel ada je ni tak tinggal mommy. Mommy perlu habiskan je sukan arini then kita boleh balik. Hahaha.. adoiyaii anak oii.

Apapun memang best. 

Habis je aktiviti skytrax kami dibawa ke camp site, view dia sumpah cantik sangat. Crew Camp site juga sangat friendly. Ni 1st time pegi camping tapi fasilities dia macam kat hotel. Yup you still use khemah tido dalam khemah. Tapi Skycamp Sg Congkak ni dia lengkap fasilities yang mana ia kids friendly dan siap ada pool. Untuk ayah ayah dan abng abang kaki fishing pun tak perlu risau, depan camp tu siap ada tasek yer. Fishing lah sampai lebam, Malam pula ada aktiviti BBQ. siap ada boyband yang akan menghiburkan malam malam sayu didalam forest. I suka sangat konsep yang digunakan untuk menarik pengunjung, sebab pada i, ia complete, best, tenang, the ambience sangat lah menyenangkan. Sambil santai sambil borak, sambil mancing sambil mengopi sambil layan jiwa dan tinggalkan kesibukkan dunia. 

Anak i sangat enjoy, siapa sangka staycation dalam forest untuk anak berusia 8 tahun pun mereka dah sangat happy. Bila anak -anak enjoy dan sukakan tempat yang dilawati maknanya tempat tu best. Dan paling penting lagi, tak perlu gadget sebab anak akan leka dengan new explorer dunia forest.Korang kena expose kan anak-anak dengan aktiviti hutan supaya mereka lebih dekat dengan nature. memang berbaloi dan sangat memanrik. Tak rugi sebab sambil berhibur anak-anak dapat berlajar.




Comments

Popular posts from this blog

REVIEW : NIVEA FACIAL CLEANSING WIPES

Cara Masak Sardin Ringkas dari SDTKC

Resepi Mi Sedap Goreng Pedas Kaw-Kaw!!