Melawat Nursery Selepas sekian lama.

Setelah sekian lama, tak sangat nak lagi dah complete vaccine, terasa lapang dada dan minda bila diberi kelonggaran untuk keluar melihat alam. Takda lah kemana tapi ia satu peluang yang sesiapa sahaja pecinta pokok akan suka jejak.

kali ni i berpeluang ke nursery yang mana, hampir setahun tidak dapat melawat akibat dari perintah kawalan pergerakan MCO. Tapi kalini taknak lepaskan peluang. Seronok Allah je yang tahu. mana taknya selalu 2 minggu atau sebulan sekali i akan datang ke laman nursery untuk topup mana yang terasa mata nak grab, nak pulak bila tanam menjadi, lagi lah bikin hati berbunga macam pakai baja kualiti. Hihi









Nampak tak? Mau i tak giler, mentang mentang lah dah lama orang tak datang melawat dia, sakan dia berlibur dan meriah mengembangkan daun dan bunganya. cantikkan korang? Hobi i ni , mula berputik sejak MCO pertama lagi. Ini sebakan duduk rumah dan tak tahu apa nak buat, mula memikirkan idea yang boleh di isi sepanjang waktu lapang selain dari kerja hakiki. 

So dengan menghabiskan 2 jam di nursery i telah berjaya sambar pelbagai pokok dan tanaman sayuran, pokok cili pun i sapu. Sebab tak mampu tahan nafsu tengok pokok-pokok yang sihat dan cantik ini.


Takpe lemme finish my marathon dengan pokok-pokok cantik ni, while you all yang belum vaccine or complete vaccine nanti boleh survey-survey tempat nak lawat lepas dapat kelonggaran dari kerajaan rentas seluruh alam nt. hihi.


Last but not least, go get your vaccine ya, jangan tak nak pula, sebab nak masuk nursery pun kena complete vaccine dan complete iddah tau.

Bye guys,, Salam…







0 comments

Pinkygroupsaid