INDOASLI AUTHENTIC INDONESIA HOMESTYLE CUISINE

Assalamualikum hai korang, sekali lagi i munculkan diri dengan perkongsian topik makan makan yang tak sudah. Jangan tanya kenapa i jadi makin kembang, al maklum lah dengan keberkatan hidup yang mana rezeki mencurah curah bagai air yang tak putus putus. Syukur terima kasih Allah dengan segala rahmatMu. 


Oklah kai ni i nak share port makan best yang wajib korang singgah nak nak dah nak dekat bulan ramadhan ni, boleh lah dijadikan satu port wishlist wajib singgah untuk berbuka nanti.

Penah dengar Indo Asli tak? Yang biasa dengar oklah yang tak biasa korang mesti dah boleh cam dari perkataan awalan indo bermaksud INDONESIA . Betul, hidangan di IndoAsli menjanjikan hidangan enak unik dan asli dari indonesia yang bakal buat korang amazed dan kagum akan rasanya. Yela kita dah setahun lebih tak boleh merantau atau travel ke luar dari Malaysia mesti terasa rindu dan teringin dengan masakan hidangan dari negara Jiran ni kan.? So apa lagi nanti boleh lah ke Indo Asli. Bagi i hidangan meraka adalah unik dan cara sajian dipersembahkan juga sangat professional. Melihat pada rupa, rasa, warna dan semestinya bahan serta size hidangan takkan mengecewakan pelanggan yang datang.

Jom membaca lagi sambil telan air liur 




Chef IndoAsli ni bukan calabg calabg tau. Sebab kan terlalu cintakan dunia masakan dan the authentic flavor of the food lah beliau mengorak langkah dengan melangkaui serantau dengan mengenali dan mendapatkan rasa yang terbaik untuk disajikan. Tujuanya adalah satu, demi menyampaikan dan berkongsi  akan rasa cinta terhadap rasa dan masakan dari Indonesia kepada pelanggan. Dengan ini beliau berada matlamat beliau tercapai bila mana pelanggan gembira dengan setiap suapa. Dari hasil air tangan beliau.



Jom lah layan gambar menu makanan yang disajikan untuk i santap. 



Tempe  sira ni kira macam Appetizers lah semangkuk RM4.90 . Yang pasti tempe sira IndoAsli tak mengecewakan dan sedap❤️


Yang tinggi macam gunung berapi ni adalah Tahu Telur RM11.90 . Kebiasaan kita makan tauhu kicap kan? Ni antara teknik dan cara hidangan berbeza. Dan rasanya jugak jauh sekali dari yang kebiasaan i pernah cuba. I bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ sebab sedap. Nak lagi makan dengan kuah kcap dia tu.. mantul



Ikan Talapia Goreng Renyah Sambal Nusantara RM30.90 . Nah nama pun dah unik, seunik acrobatic talapia menari nari atas pinggan. Hihi.. i xmakan ikan sungai (jujur claimed ni takut kena kecam kalau menipu kang). Tapi i dah tanya member i pencinta ikan air tawar. Beliau dah sahkan memang FRESH n sedap. Sambal hijau dia WIN. Member i bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️




Gulai Ayam Padang RM16.90 . Serious talk memang mantul. Kalau kat Malaysia rasa ni lebih kepada rasa rendang N. Sembilan, dan ia amat lah sedap korang. I memang makan sungguh sungguh lah.. terus feeling raya tau. I bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️







Rendang Sapi RM22.90 sedap sangat kalau tempat kita rasa dia macam rendang dendeng kering.


Cumi bakar Jimbaran harga M35.80. Cumi bakar ni sangat lah juicy dan cicah plak dengan sambal kicap.. sedap.


Rendang Kambing RM27.90 tak tahu dah camna nak puji. Ini pun sedappp..


Nai Tumpeng Ayam Bakar Percik Bali RM25.90 memang berbaloi, tengok saja size hidangannya


Terong Raos Khas Bandung RM11.90


Dessert yang cute serta kretif ni adalah Jeli Dalam telur RM8.90


Last but not least Popia Pisang RM12.90. Yang i habiskan, memang sedap dan ummmphhh...




Soda serai RM6.90 yang mana dalam dia bukan hanya serai. Ada ramuan lain lagi. Tapi rasa segar dan manis masam beragin semua on point la. NyamannnnEs Alpukat RM13.90 pun sedap sebab rasa lemak lemak manis pahit ehh kena cuba lah memang sedap ok.Jus Alpulkat Teristimewa IndoAsli RM12.90 nyaman juga masam manis lemak sejuk creamy lengkap rasanya.

So kalau korang nak merasa sendiri kenikmatan serta keunikkan IndoAsli ni, boleh lah singgah di 

Lot LG-58, Central I-City, Plot1, I-City Persiaran Multimedia, Seksyen 7 40000 Shah Alam, Selangor Daruh Ehsan, 40000 Shah Alam, Selangor

Lot LG-58, Central I-City, Plot1, I-City Persiaran Multimedia, Seksyen 7 40000 Shah Alam, Selangor Daruh Ehsan, 40000 Shah Alam, Selangor

Atau follow Facebook/IG Rasmi : @indoasli_official

Nanti bolehlah buat servey nak berbuka kat mana nanti di bulan Ramadhan.

Menu baru dari IndoAsli kini eksklusif di IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya dan akan datang tidak lama lagi di IndoAsli Central i-City, Shah Alam



0 comments

Pinkygroupsaid