Sinaran Wanita memperkenalkan Nutravita Marine Placenta | Penjagaan Kulit Profesional untuk anda kelihatan lebih muda



Sebagai halaman yang memberikan maklumat kepada wanita dari semua lapisan masyarakat, Sinaran Wanita selalu menerima dua permintaan umum dari pembacanya; bagaimana untuk kelihatan cantik dan lebih yakin. Kami yakin kedua-dua masalah ini berhubung kait bila anda ingin kelihatan cantik atau terbaik, serta kelihatan lebih yakin dan sebaliknya.


Sejak tahun 2017, kami mencari produk penjagaan kulit yang dapat membantu wanita merasa lebih cantik dengan penampilan mereka. Setelah melalui banyak percubaan, kami memutuskan untuk memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit profesional Sinaran Wanita yang terdiri daripada dua penyelesaian. Rangkaian ini dikembangkan sepenuhnya dan berasal dari Jepun, berdasarkan teknologi Jerman untuk memberikan kulit yang cantik dan awet muda untuk semua wanita.




Rangkaian produk penjagaan kulit profesional pertama Sinaran Wanita, kami telah melancarkan koleksi Marine Placenta dalam bentuk Serum (30ml) dan Concentrate (10ml).


Pengguna di seluruh dunia telah menggunakan produk anti-penuaan dan anti-kedut, diperbuat dari bahan-bahan yang diekstrak dari placenta berasaskan mamalia selama bertahun-tahun. Walau bagaimanapun, sebuah syarikat Jepun telah menemui bahawa kesan anti-penuaan dan anti-kedut yang sama juga boleh dapat dicapai dengan menggunakan ovary peptide yang diekstrak dari placenta salmon (kantung ovari yang memegang telur dalam salmon). Salmon Ovary Peptide didapati mempunyai lebih banyak asid amino daripada placenta mamalia lain dan komposisi asid amino ini dikatakan serupa dengan kolagen, oleh itu anti-penuaan dan anti-kedut yang sempurna.


Didorong oleh penemuan ini, kami mengambil keputusan untuk mengembangkan formulasi teknologi yang unik ini bagi mengatasi masalah kulit yang sering disebut. Hasilnya adalah koleksi NutraVita Marine Placenta.

 



MENGAPA PLACENTA OVARY PEPTIDES IKAN SALMON?


Marine Placenta Ovary Peptides Salmon mudah diserap jauh ke dalam lapisan dermis kulit kerana molekulnya yang kecil. Ia membantu merangsang pengeluaran semulajadi kolagen tubuh dan pemuliharaan fibroblas. Ia juga mengandungi lebih banyak asid amino daripada placenta mamalia yang lain.

Marine Placenta Ovary Peptides dituai secara eksklusif dari Salmon liar lautan Atlantik. Kantung ovari salmon dibersihkan dan melalui beberapa ujian kualiti untuk memastikan tiada pencemaran sebelum mendapat pelepasan Kawalan Kualiti. Ia kemudian melalui proses enzymatic degradation, kaedah yang digunakan untuk mengekstrak kolagen tanpa merosakkan kandungan asid amino dan serat dalam placenta. Kolagen hidrolisat yang tertinggal akan dibersihkan dan dikering-beku untuk mengekalkan tahap kolagen yang tinggi. Proses ini adalah langkah utama dalam mendapatkan sijil Halal kerana tiada alkohol digunakan dalam proses pengeluarannya


MEMPERKENALKAN - Sinaran Wanita NutraVita Marine Placenta

Setelah tiga tahun, kini kami bersedia untuk memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit profesional kepada pengikut setia Sinaran Wanita dan masyarakat umum.

Misi utama kami dalam melancarkan rangkaian produk penjagaan kulit profesional Sinaran Wanita adalah untuk memberikan penyelesaian untuk SEMUA wanita Malaysia, dari pelbagai lapisan masyarakat. Oleh itu, produk kami mesti mematuhi standard berikut: 

  1. Mempunyai sijil halal dan diperakui oleh Jakim

  2. Berkesan dan cepat bertindak 

  3. Berpatutan

  4. Ianya mestilah mudah dicari 


Dengan dua penyelesaian yang boleh dipilih, Sinaran Wanita menyediakan bahan-bahan yang telah dicuba dan dipercayai, untuk memberikan kulit yang cantik dan awet muda kepada wanita.




SW NutraVita Marine Placenta Concentrate 

NutraVita Marine Placenta Concentrate dibuat khusus untuk mengurangkan bekas luka dari jerawat, kecederaan atau pembedahan dan meningkatkan penampilan kulit. Ia merupakan Formula Kesihatan kulit pertama yang diperakui HALAL dan kaya dengan kolagen semula jadi serta minyak pelembap kulit tulen yang meningkatkan sel stem kulit epidermis untuk pembaikan kulit. Ia mudah diserap jauh ke dalam kulit. 


Gabungan unik Salmon Placenta Ovary Peptides, Bovine Colostrum Based Growth Factor Concentrate (GFC), Hyaluronic Acid dan ramuan berasaskan alga laut. 

Formula kesihatan kulit bioaktif dan sel stem yang mengaktifkan Growth Factor Concentrate dan telah diuji secara klinikal di Jerman. 

PENGGUNAAN YANG DISARANKAN: 1-2 titis pada waktu pagi, 1-2 titis pada waktu malam (sapukan sebelum memakai serum)



SW NutraVita Marine Placenta Serum 

NutraVita Marine Placenta Serum telah direka khas untuk membantu mengurangkan kesan penuaan kulit seperti garis halus dan kedutan dan meningkatkan serta perbaiki penampilan kulit secara jelas. Ia merupakan formula kesihatan kulit pertama yang diperakui halal, dengan 5-Mode-Action dapat meningkatkan penampilan kulit, meminimunkan saiz pori dan memperbetulkan kesan penuaan seperti garis halus dan kedutan. Ia kaya dengan kolagen semula jadi dan minyak pelembap kulit yang tulen. Ia mudah diserap jauh ke dalam kulit.


PENGGUNAAN YANG DISARANKAN: 2 pam pada waktu pagi, 2 pam pada waktu malam (gunakan selepas Concentrate)


Rangkaian penjagaan kulit professional SW NutraVita Marine Placenta ini boleh didapati secara eksklusif di seluruh cawangan Watsons dan laman web Sinaran Wanita https://sinaranwanita.com/nutravita/ dengan harga RM89.90 serum) dan RM59.00 (concentrate).


1 comments

  1. Nice entry... Ni pun produk baru juga ker? Sebab dulu tak pernah nampak sebelum ni.. :)

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid