Baloy Jamin Produk Runcit Bermutu Dan Berbaloi, Cari Pelabur Baru



Petaling Jaya, 29 Ogos 2020 - Baloy meraikan pembukaan cawangan Baloy Member Mart ke-46 nya di Kota Damansara hari ini. Berasaskan format platform Online to Offline, Baloy menawarkan pelbagai barangan runcit harian dengan harga yang sangat rendah, menyaingi harga di pasaran. Dengan lebih 500 barangan dari jenama ternama seperti Nestle, Yeo’s, Jalen dan Adabi, Baloy mula beroperasi setahun yang lalu dan merancang untuk membuka 100 buah kedai menjelang Disember ini. Baloy Member Mart kini boleh ditemui di serata Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 




Baloy telah membina pengikut setia pembeli yang terdiri daripada kebanyakan ahli. Syarikat ini beroperasi berdasarkan langganan, dengan dua jenis keahlian Biasa dan Emas. Selain dari pembelian terus di kedai, pengguna dan ahli boleh membeli barangan disesawang baloy.com.my dan mengambilnya di Baloy Members Mart berhampiran. Ahli biasa mempunyai kuota pembelian RM300, sementara ahli Emas menikmati kuota perbelanjaan RM500 seminggu di laman web Baloy atau di mana-mana 46 kedai fizikal mereka. "Baloy sedang berkembang dan saya percaya bahawa kita mempunyai formula yang tepat bagi memberi pengguna apa yang mereka perlukan - bahan runcit berkualiti dari jenama yang dipercayai, kemudahan dan harga terendah yang dijamin. 




Maklum balas dari pelanggan kami adalah bukti terbaik untuk prestasi kami. Dengan formula ini, saya percaya bahawa Baloy akan terus maju dan saya mengajak para pelabur untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan menarik kami,” kata Dan Lim, Pengarah Baloy. Selain dalam proses kerjasama dengang beberapa syarikat dan badan swasta lain, Baloy turut memberi peluang kepada pelabur baru untuk menjadi sebahagian daripada pertumbuhan mereka yang menarik.Turut hadir memeriahkan pelancaran Baloy Member Mart di Kota Damansara adalah penyanyi dan DJ popular negara, Dina Nadzir. 


Pautan berkait: Laman web : baloy.com.my 
Instagram: @baloymembermart 
Facebook: @baloymembermart 

#Baloy #BaloyMemberMart #LowestPriceGuaranteed #MemangBerbaloi #GrandLaunch

0 comments

Pinkygroupsaid