Travelodge City Centre Hotel tengah bandar yang menjanjikan kejutan seperti anda berada dari luar kota




Guys Raya Aidil Adha aritu i tak balik kampung, so Azriel ikut his cousin holiday to pantai, since dia insist nak join abang kakak sepupu yang lagi ramai lagi meriah, so xda nak heran join mommy. So mommy pun langkah panjang plan aktiviti "Plat tourist" di Bandar Kuala Lumpur.








Siapa sangka Kuala Lumpur dah sinonim dengan bandar yang sibuk dengan kemajuan kota yang mana antara tempat kunjungan tumpuan para pelawat dan pelancong adalah pematu tarikan utama Malaysia KLCC dan juga KL Tower. tapi tahu tak korang sebenarnya banyak yang menarik ya. Tapi untuk kesemua destinasi I dan kawan-kawan (kami berlima ditaja oleh Travelodge City Centre   yang mana hotel bertaraf 4 bintang ini menawarkan fasilitis yang pasti memudahkan korang untuk bergerak ke tempat menarik disekitar ibu kota.

Jom kita tour sekita bilik hotel.











Travelodge City Center menjanjikan keselesaan, kemudahan dan menyambungkan segala rangkaian dengan harga yang berpatutan serta bernilai untuk pengalaman, menjadikan hotel ini pilihan terbaik sama ada korang  berada di KL untuk acara kerja atau bercuti bersama tersayang atau kawan-kawan. Travelodge City Center telah melalui beberapa mengubahan dari segi ID dan sedkit rekaan pada setiap sudut pada bulan Disember, Travelodge City Center mempunyai semua kemudahan yang korang perlukan untuk penginapan yang selesa dan santai - termasuk peralatan tempat tidur berkualiti tinggi khas, perkhidmatan menarik dan penuh perhatian, WiFi percuma dan pekhimatan awam mudah ke hab pengangkutan dan destinasi ikonik, seperti KL's Chinatown yang sibuk dan Central Market yang terkenal. Stesen LRT Pasar Seni terletak di sebelah hotel, dan Petaling Street Market yang terkenal berada dalam jarak berjalan kaki dari hotel.


Travelodge City Center juga merupakan tempat yang sempurna untuk pelancong perniagaan, memberikan aksesibilitas ketika melakukan perjalanan ke pusat perniagaan seperti Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, yang hanya berjarak 300m dan mengambil masa kurang dari lima minit jika korang memilih untuk berjalan kaki. Selain itu, korang juga boleh mendapatkan perkhidmatan sarapan sepanjang hari di Antipodean Coffee, yang menyajikan pelbagai hidangan yang diilhami oleh bahan-bahan segar dan budaya makan siang di New Zealand. Ini adalah tempat yang tepat untuk bersantai atau bersosial dengan secawan kopi yang hebat.

Yang menarik lagi di hotel ini adalah konsep yang dibawakan sedikit berbeza dari kebanyakkan hotel yang pernah i kunjungi dimana, mereka menyediakan khas tempat untuk pelanggan jika berniat untuk mendapatkan khidmat dobi atau iron baju. Konsep bagpack yang biasa diamalkan diluar negara yang mana bilik dobi ini terletak di tingkat L1. yang berharga RM15. Jadi korang kalau sejenis light travel tak perlu risau sebab Travelodge City Center ada sediakan ruangan dobi.






paling suka sebab Travelodge City Center ni banyak cermin bujur yang i tak mampu elak untuk bergambar.


Bilik suite yang ada balconi yang mana boleh feeling nampak Eiffel Tower gittew. ehh KL Tower la.. hihi..


Tengoklah wall diA CANTIKNYA UHUHU .. CANTIKNYA


Posing time...




Korang tau tak yang Travelodge City Center Hotel membuka semula harga bilik untuk bulan Ogos & September 2020 dari RM88.00 bersih di Bilik Superior dan Tawaran Penginapan Tetap untuk 7 malam, 14 malam dan penginapan bulanan. Harap maklum bahawa harga Penginapan Lanjutan telah diubah menjadi 7 malam pada harga RM700 bersih, 14 malam pada harga RMRM1,260 bersih dan sewa Bulanan pada harga RM2,400 bersih. 

So apa lagi.. dah tahu harga kan, dah boleh start planning lah kalau boss dah tanya team building kali ini nak buat kat mana, at least yang ni very convenient untuk korang stay dalam masa yang sama banyak aktiviti menarik boleh dilawati dan dilakukan. 


Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai kemudahan acara yang terdapat di hotel Travelodge City Center Hotel, Boleh layari WEBSITE https://www.travelodgehotels.asia/

Travelodge City Centre


No.7, Jalan Hang Kasturi, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia

D+603-2032 2288 W : www.travelodgehotels.asia


1 comments

  1. Woww menarik ni. Plan nk stay sminggu. Murah je ni

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid