Posts

Showing posts from March, 2020

Sambal Tumis Udang versi Comel

Image
Assalamualaikum, Dimusim tempoh berkurung ni, jom lah pakat masuk dapur bukak fridge tengok apa yang ada untuk di ngap. Jadi tergerak hati untuk berkongsi resipe simple yang i sendiri reka, kononnya mengikut selera tekak. Tapi tak sangka selepas puas show off kat FB ada yang DM tanya macam mana nak sediakan Memandangkan ada yang tanya macam mana sambal udang i kehitaman warnannya. adakah ada letak kicap atau sebarang pewarna tiruan yang menjadikan sambal sebegitu rupa.Macam mana cara nak sediakan dan ape ramuan rahsia. hoihoi..hagak-hagak lah takda ramuan rahsia der. Heheh.. am not the expert dalam bidang masakan, tapi yang pasti i suka explore pasal masakan. Memasak apa saja yang tergerak diminda. So here you go recipe  Sambal Tumis Udang. Bahan-Bahan Udang bersize sederhana dalam 10 ekor Bawang besar 2 (satu diblend 1 lagi potong slice) 2 ulas bawang putih (blend) 1 sudu besar cili boh 1 sudu besar gula melaka sedikit air asam

Tawaran hebat di Guardian sempena Hari Wanita Sedunia 2020 - Beli 1 Percuma 1 untuk lebih 250 produk yang ditawarkan dalam kategori penjagaan kulit dan penjagaan diri

Image
Guardian Malaysia bakal meraikan Hari Wanita Sedunia (IWD) tahun ini dengan pelbagai tawaran hebat bermula sekarang sehingga 31 Mac 2020. Bertemakan “Kita Lebih Cantik Bersama”, pelanggan boleh membeli 1 produk dan mendapat 1 produk secara PERCUMA daripada lebih 250 produk yang ditawarkan dalam kategori penjagaan kulit dan penjagaan diri. Ini termasuk promosi harga runtuh istimewa yang akan diadakan setiap hari Khamis hingga Ahad setiap minggu sepanjang bulan Mac 2020. Selain itu, dalam tempoh yang sama Guardian turut mengadakan sebuah peraduan menarik Beli & Menang Penjagaan Kulit yang menawarkan pelbagai hadiah hebat berjumlah RM88,000 untuk dimenangi. Dua hadiah pertama bakal memenangi baucar percutian bernilai RM6,000 setiap seorang, manakala enam hadiah tempat kedua bakal menerima baucar percutian bernilai RM3,000 setiap seorang dan sepuluh hadiah tempat ketiga bakal menerima baucar percutian bernilai RM2,000 setiap seorang. Bukan itu sahaja, sepuluh hadiah saguhati b

Retinol Youth Renewal Night Cream Formulasi terbaru yang mampu memudarkan lingkaran kedut pada wajah dengan tekstur lebih ringan

Image
Memiliki kulit yang cantik serta menawan adalah idaman setiap wanita kat dunia ni. Jangan kata kita yang dah jangkau usia 30an ni, yang kaum muda mudi sekarang pun tak nak kalah. masing-masing berlumba untuk cantik kan. Macam i sendiri dengan jadual yang sangat hectic dan dan kadang waktu pengurusan wajah tidak lagi sesempurna dulu. maksud i, dulu rajin lah kalau nak ikut10 steps Korean style jaga kulit. Tapi sekarang alahai kekangan masa yang amat terhad menjadikan i seorang yang ringkas dan memerlukan sesuatu yang ringkas juga untuk penjagaan wajah yang sempurna. Antara langkah sebelum ini adalah mencari sesuatu product yang merangkumi semua yang diperlukan oleh kulit wajah. Nak nak untuk waktu malam, yela seharian wajah bekerja, senyum monyok, sedih stress semua reaksi wajah boleh menyumbang pada wajah tak sihat dan boleh dikatakan dalam study i sebelum ini, reaksi wajah memainkan peranan penting dalam kesihatan riak wajah juga. kalau happy happy lah hasilnya , kalau penat pen