Kampoeng Wisata Alam Melon Daerah Wisata Kandri dan Gua Kreo yang wajib Lawat bila di Semarang.

  • January 04, 2020
  • By suara dari telapak kaki comel
  • 2 Comments





Ok untuk next posting i adalah tentang Desa Wisata Kandri di dalam perkampungan Kampoeng Wisata Alam Melon. Nak tahu kat mana kena baca lagi lah.

Desa Wisata Kandri. Terletak di Kecamatan Gunungpati Kota Semarang yang mana ia adalah daerah yang banyak menjalankan aktivti seperti program anak angkat dan kebudayaan. Banyak yang menarik disini, dimana pengunjung yang datang adalah dari kalangan luar negara dan juga mereka amat cintakan alam.

Bertepatan dengan panggilan Desa ia merupakan satu rumpun kelompok perkampungan yang telah tersedia segala kemudahan dan paling penting ia tidaklah terlihat terlalu kekampungan. Malah ia mempunyai kemudahan sistem perairan yang baik juga tenaga elektrik juga. Boleh diperkatakan ini pertama kali i memasuki kampung yang sangat meriah dengan suasana lampu dan juga sekitarnya dihiasi lampu dan signage yang menunjukkan arah. 

Hah yang bagus lagi talian Telco disana sangat bagus compared to di Malaysia. hahah betul sangat weii memang clear and smooth ya. takda istilah buffering tau sepanjang di Desa Wisata, to be specified adalah sepanjang i di Semarang. Bagus jelas dan siap boleh buat panggilan Whataaps tanpa sangkut.



Setibanya i di Desa Wisata Kandri kami telah di jemput menggunakan pengangkutan yang dipanggil Odong Odong. Meriah tau masa nak naik Odong Odong kerana di Semarang sendiri mereka mempunyai lagu yang mewakili pengangkutan ini. Odong Odong ni adalah satu kenderaan seperti bas, tapi telah diubah suai dan menjadi pengangkutan yang beruang terbuka dan lapang. Alah macam korang naik buggy lah. Tapi buggy ni luas besar dan tinggi. 

Kehadiran kami disambut meriah oleh Ketua Kampung (sorry bapak i dah lupa nama u) huhu... tapi sumpah dia sangat ceria, friendly dan sangat excited sambut kehadiran kami. Bila sampai dirumah ketua kampung kami dihidang dengan juadah minum petang dan sambil ketua kampung memberikan taklimat program yang mana pada malam hari, kami akan dihiburkan oleh anak-anak desa yang bakal mengalungkan muzik menggunakan perlatan muzik traditional yang ada dikampung mereka. Setelah itu kami telah diagihkan (hahah diagihkan ke) Macam ni kitaorang berpecah sebab ketua kampung nak kami rasai sendiri tinggal bersama keluarga angkat di desa Kandri ini. So setiap orang akan dapat satu family dan satu bilik. 

Mengenangkan i seorang yang dasar penakut yang tak sanggup keseorangan, sedaya upaya merayu kak Miera Nadhira supaya terima i sebilik dengan dia. Hahah Sorry kak Miera dan thank you jaga i (ehh mengada, nanti Izrly mesti jealous) sepanjang trip, especially u tak tinggalkan i sorang kalau tak nagiss bengkak mata sebab ketakutan. hahahah

Tapi honestly guys, family yang kami stay semalam tu, memang baik sangat sangat. Sedaya upaya melayan kami sebaik dan sesempurna mungkin. Kalau duk hotel 3 bintang belum tentu dia nak layan semesra ni tau. Oklah ada kisah lucu masa i plan nak mandi. Mengenangkan bilik yang mereka sediakan tidak mempunyai attached toilet. So jarak tu sedikit jauh dari bilik tido dan pulak, i ni memang sah sah penakut. dont care, siap tanyakan kalau-kalau kak miera nak mandi sama. kahkahkah memang akak tu tak layan lah. Hahah lepas tu i try lagi kalau-kalau kak miera nak mandi bilik i sebelah bilik air i. hahah gigih pun kak miera tak layan, sebab ada kes yang mana tiba-tiba my luggage punya lock jam. Bongok betul. Memang stress jangan cakap, maybe terhentak kot. So Kak miera sudi tolong buka tutorial Youtube lah untuk hack the lock key. Stress level takleh bawak bincang i fedup last skali jadi berani pegi toilet sorang, tapi dalam beberapa second jela. basuh apa patut dah tukar baju. Shhhh.. ni rahsia sape yang membaca ni je . Tapi last-last i managed to bukak juga kunci tu.

Ok balik pada citer kelakar i. Hahaha jauh betul simpang citer asal. I ingat semua bahasa Indonesia ni sama lah macam kita tengok Sinetron, Sekali jauh sama sekali yer tuan puan sebab bahasa diorang berbeza ikut daerah dan pula diorang pula siap ada bahasa pasar. Macam kita lah bahasa utara, selatan timur segala. Kes nya memula terjadi sebab Kak Miera memang light travel so dia memang tak akan bawa towel, so do i, tapi sebenarnya i bawa lah napkin tapi kan xmampu lah nak tutup segala hahah.. So bermula lah scene kami berkomunikasi antara ITIK nn AYAM. Memang penat weii.. Tajuk dia adala TOWEL, TUALA, KAIN LAP AIR. Tapi semuanya diorang tak paham, yang i lak, dah start buat sign macam game yang lukis dan teka tu. Hah macam tulah i. sampai kak mira tunjuk gambar pun still tak paham makcik tu. Nak nagis rasa, dahla luggage masa tu tak leh bukak makcik ni pula tak paham apa kita bagitahu. Korang rasa.

Sudahnya aku demo tengah mandi, buat macam tengan ceduk air sabun badan then akhirnya, makcik tu senyum... sambil sebut ENDUK. Tudia 15 minit penerangan siap demo ENDUK rupanya.. fuhhh mencabar dan drain energy jugak ni. hahaha...


Jom layan gambar lah camtu..


Beginilah kehidupan anak muda di Kampoeng Alam Melon yang mana jauh sekali beza dengan anak muda di Kuala Lumpur. Ini sahaja lah hiburan mereka bagi mengisi waktu lapang dikampung pada waktu malam. Kalau di Malaysia ternyata anak muda dah berpeleseran dan melepak di Mall dan merempit dan mereka tidak sama sekali yer.



Nampak tak inilah hasil seni kraftangan kayu yang dihasilakn anak muda di kampung ini. Selain bermain musik dan menyanyi. Mereka telah dilatih untuk membuat kraftangan dari hasil alam dan tengok sahaja hasil tangan mereka. Hebat bukan.?


Aris jemputan pada malam itu Dodin yang sengal dan Ej yang sempoi



OMG this two fellas had a super awesome voice yang memang i tak sangka sedapnya bak ang. 


Sempat berOOTD didepan rumah keluarga angkat dengan kain batik Jawa dari koleksi Batik Semarang dan i is suka sangat sangat dengan kualiti dan corak kain ni. Tebal dan tak panas.


Ini lah owner rumah yang i stay, Tahu tak umur beliau dah 62 tahun dan seorang pencen guru sekolah yer. Nampak muda, Ditanya apa tips kekal muda dan sihat. Selamba menjawab. Hidup kena sentiasa gembira serta bersyukur. Rindu dengan beliau sebab kes bahasa Ayam Itik kami.


Pada paginya kami ke salah satu destinasi yang wajib orang lawati bila berada disemarang iaitu Gua Kreo. Apayang yang menarik di sana akan I bagitahu detail tentang sejarah tempat ini.


Gua Kreo adalah tarikan pelancong di kota Semarang. Gua Kreo adalah gua yang dibentuk oleh alam semula jadi dan terletak di tengah-tengah Empangan Jatibarang, empangan yang menghalang Sungai Kreo. Gua Kreo, yang merupakan nama destinasi pelancongan dikatakan berkaitan dengan salah satu Wali Songo, Sunan Kalijaga yang menggunakan Gua ini agi tujuan berilmu atau bertapa. Bukan sahaja itu, malah  di Goa Kreo terdapat  banyak monyet yang hidup liar tetapi masih dilindungi serta ia menjadi salah satu tarikkan pelancong luar atau masyarakat setempat. Keraa monyet monyet ini mudah mesra dengan pegunjung serta mereka amat mengalukan kedatangan pengunjung kerana gembira dengan jumlah makanan yang dibawa oleh pengunjung.




Bergambar kenangan sebelum bakal berangkat ke Kota Lama Semarang.




Disini juga lah dimana pertunjukkan monyet diadakan. Maksud pertunjukkan itu adalah, sekumpulan monyet ini akan menunjukkan aksi hebat mereka bagi meloloskan diri dan mendapatkan makanan yang di gantung pada satu tiang yang tinggi.




Geram je nak tnjal si monyet gemok boroi tu. Pandai dan panjang akal die sebab kawan dia yang lain gigih berebut makanan. Dia kat situ siap chill lepak dan plaing takleh belah dia tunggu orang datang bagi makan dan selfie dengan pengunjung.


Oklah acah-acah berani selfie dengan monyet ni. Yang tak leh belah si Didin tu asyik kenakan i dengan Izrly.. habis si monyet naik duduk atas riba .. eiii tak suka.


Bergambar kenangan di Tugu Gua Kreo



si monyet Didin hahaahah


Group photo bersama gang travel. Masa I datang Gua Kreo ni, waktu ni suasana panas angin kurang sebab tula gambar kitaorang nampak berlecak. hahah tapi Gua Kreo ni unik disebab bila dala gambar structure batu gua tu sangat menarik dan berseni. Memang sesuai sangat dijadikan port bergambar bagi instaphoto.





Selepas itu kami dihidangkan dengan juadah nasi Ketek. Nasi ketek atau nasi monyet terdiri daripada nasi putih, sambal belacan, sayur kankung, tempe goreng dan juga telur dadar.





Pengalaman yang amat bermakna dimana banyak perkara baru yang i temui dan pelajari di Kampoeng Wisata ini. Harapan dapat berkunjung lagi ke sini. Dengar kata kat sini sebenarnya adala lagi port menarik untuk dijadikan port bergambar.

Ok Done tunggu next entry plak

You Might Also Like

2 100 org jejak kaki

  1. ray jarang baca blog but selalu tgk story hehe

    ReplyDelete
  2. wahhhh..duduk rumah homestay, ingat duk hotel

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

TQ Singgah

Total Pageviews