ZIE BATIK SEMARANG PORT UNTUK PENCINTA BATIK YANG MEMENTINGKAN KUALITI DAN SUMBER ALAMI.
- December 04, 2019
- By suara dari telapak kaki comel
- 4 Comments
Ok berbalik kepada cerita trip i di Jawa Tengah Semarang.So lepas je aktivi mendaki masuklah acara hari kedua dimana kami teruk check out dari homestay Dieng menuju ke Semarang. Ok destinasi kali ni, mesti akan menarik minat para pencinta batik. Ia awak -awak semua, semestinya destinasi kali ni adalah port untuk sesiapa yang ingin dan sedang mencari batik halus'canting asli yang dicanting menggunakan tangan dan semestinya penggunaan pewarna alami (tumbuhan). Hah guna tumbuhan ok. bukan biasa-biasa tau. Mula-mula i pun tahu jugak teknik yang dikatakan tu betul atau tak. Rupanya bila tengok depan mata barulah tahu ya, kesukaran menyiapkan sekeping batik canting.
Ok lah sebelum ceritakan lebih lanjut tentang aktiviti i sepanjang hari di Zie Batik Semarang meh i nak reveal sikit bio Zie batik ni.
Indonesia memiliki pelbagai cerita legenda yang dapat kita ketahui melalui cerita rakyat dan juga kefahaman mereka dalam tuntutan agama serta kepercayaan masing-masing. Tidak terkecuali di Gunungpati Kota Semarang.
Antara koleksi baju kemeja yang dihasilkan menggunakan batik alami.
Disebabkan cerita lagenda yang menjadi tarikan pelancong luar untuk datang ke Semarang dalam masa yang sama dengan kepelbagaian adat dan tradisi legenda tersebut telah menginspirasi pemilik Batik Semarang Zie, Marheno Jayanto dan istrinya Zazilah untuk membuat design mengikut cerita dan legenda-lagenda tersebut.Yang menarik lagi batik mereka adalah batik asli yang menggunakan warna dari tumbuhan, I sempat interiew ringkas pengurus Zie Batik Semarang , bagaimanakah teknik alami yang dimaksudkan.
Sungguh tak disangka dimana tekniknya adalah manual sepenuhnya dimana, material kain direntang dan ditampal dengan tumbuhan seperti bunga, daun akar dan pelbagai tumbuhan lain lagi seperti buah. kesemua bahan ditampal dan digulung bersama material dan akhirnya direbus untuk satu tempoh yang ditetapkan. Lagi pula I dapat tau yang ibu warna iaitu pewarna indigo (patse bunga yang ditanam dan dibuat sendiri oleh Zie batik Semarang) sebagai bahan utama dalam penghasilan warna tersebut.
Antara corak-corak batik alami yang ada dalam koleksi Zie batik semarang.
Ini adalah koleksi batik canting yang i berjaya sambar
Ini adalah koleksi batik canting yang i berjaya sambar
Juga diterangkan bahawa warna pada material untuk pertama kali semamengnya akan kelihatan sama dan akan bertukar mengikut suhu dan pencampuran bahan asing seperti molekul udara dan bahan idigo serta bahan indigo tadi akhirnya menghasilkan warna yang klasik dan antik. Sejujurnya pada i, i amat suka kerana warna yang tidak terlalu terang dan tak terlalu dull. Tapi tetap tampak menarik serta mahal.
So baru lah i tahu selama ni kenapa lah batik punya harga macam nak cekik darah, bila tahu teknik pembuatan dan cara kendalian batik tersebut bukan lah mudah disangka. terus sendiri sedar diri. hii..ooopatutlah harga dia macam tu. hihi..
Apapun best moment ever lah sebab i berpeluang untuk mencanting batik i sendiri.Bukan senang yer. Nampak macam mudah hakikatnya... hurm..
Apapun best moment ever lah sebab i berpeluang untuk mencanting batik i sendiri.Bukan senang yer. Nampak macam mudah hakikatnya... hurm..
Cantik batik Canting kak Mira..
Ni i punya.. hurmmm no komen...
Fine!! masing-masing taknak kalah show off memasing punya skill mencanting dan hasilnya. Bergambar bersama founder dan wife sebelum kami berangkat pulang.
Dan kami bukan balik dengan tangan kosong kerana..
Nah tapau jugak sebag dua.. huhu.. tak mampu elak, sebab batik dari Zie Batik Semarang ni cantik sangat dan kain dia sangat kualiti dan selesa.
Untuk akhir kisah aktiviti kami meh lah melayan Video dari IGTV i. Dalam video ni jugak diorang siap demo oke cara lilit kain batik ni. So kalau korang beli kain batk ni dah boleh trus lilit dan siap digayakan.
kemas dan cantik kan...
Akhirkata tunggu untuk next entry plak dimana i akan bawa you all jelajah ke daerah WISATA KANDRI... hah .... kat mana tu? so kena nantikan lah next posting i.
4 100 org jejak kaki
Indonesia is a famous country with batik and I like their design. So good.
ReplyDeleteRawlins suka dengan motif batik - tak kisah asalnya dari mana. Dan yang penting, boleh digayakan di mana jua, seperti mana pun.
ReplyDeleteWow!!!!!! All the designs look so beautiful and interesting. Fall in love I tengok. I just love arts. Thank you for sharing such a beautiful post.
ReplyDeletewah boleh canting batik sendiri! best tu dapat real experience!
ReplyDeletePinkygroupsaid