VIVO V17 DIDATANGKAN DENGAN KEAJAIBAN SKRIN ULTRA O DAN REKA BENTUK 5-KAMERA Kamera Khas 48MP AI Quad Profesional dan Kamera Depan 32MP dapat menghasilkan gambar diluar jangkauan

  • December 17, 2019
  • By suara dari telapak kaki comel
  • 1 Comments


KUALA LUMPUR, 17 DISEMBER 2019 – Hari ni, Vivo telah memperkenalkan V17 di Malaysia. V17 dilengkapi dengan reka bentuk Skrin Ultra O yang inovatif yang memberikan pengguna pengalaman tontonan di luar imaginasi mereka. Tampil dengan 5 kamera gred profesional di depan dan belakang, V17 membolehkan pengguna menghasilkan gambar yang menarik. Dengan reka bentuk futuristik disertakan pilihan warna yang mewah dan kemasan yang berkilat, V17 adalah apa dicari-cari para pengguna yang muda dan bergaya.

V17 dalam pilihan warna Admiral Blue dan Crystal White

"V17 mewakili pemahaman kami tentang keperluan pengguna hari ini dan inovasi yang kami banggakan. Reka bentuk 5-kamera dengan Skrin Ultra O membolehkan pengguna menghasilkan gambar dan berpengalaman menonton di luar imaginasi," kata Raymond Lee, Pakar Produk vivo Malaysia. "Penciptaan V17 sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi kami yang mementingkan pengguna sambil memperkukuhkan lagi kedudukan kami sebagai perintis dalam penyediaan pengalaman mudah alih yang terbaik khas buat rakyat Malaysia."


Reka Bentuk Skrin Ultra O Terbaharu Membuka Pintu ke Dunia Baru
V17 dilengkapi Skrin Ultra O Super AMOLED yang inovatif dengan reka bentuk kamera hadapan paparan yang paling nipis dalam industri. Paparan 6.44 inci FHD+ mempunyai kamera hadapan berukuran 2.98mm yang sangat jelas, suatu penggayaan yang tampil futuristik tanpa menjejaskan pengalaman tontonan. Paparan Super AMOLED mempunyai nisbah aspek sebanyak 20:9, sekaligus menawarkan warna gamut yang asli sambil menyaring 42% cahaya biru.

Peranti pintar ini juga disediakan dengan Teknologi Pengimbasan Cap Jari Dalam Paparan. Dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang lebih canggih, ia membolehkan pengguna membuka kunci peranti pintar dengan selamat dan mudah.



Kamera AI Quad 48MP dan Kamera Depan 32MP untuk Merakam Momen-Momen yang Tidak Boleh Dilupakan
V17 mempunyai kamera AI Quad yang mampu menghasilkan gambar-gambar yang hebat. Kamera Utama 48MP, kamera Super Wide-Angle 8MP, Kamera Macro 2MP dan Kamera Bokeh 2MP, digabungkan dengan algoritma AI dapat menyampaikan pengalaman fotografi yang terbaharu dengan kejelasan foto yang lebih baik. Peranti pintar ini juga mempunyai kamera Super Wide-Angle yang memperluaskan tangkapan lanskap.
Dengan Kamera Depan 32MP, V17 membantu pengguna menangkap swafoto berkualiti tinggi dan pengambilan gambar berkumpulan dengan lebih mudah. Untuk melengkapkan pilihan fotografi profesional, peranti pintar ini juga menampilkan ciri "Super Night Mode" dan "Super Night Selfie" yang meningkatkan kejelasan walaupun pada waktu malam. Ia menawarkan kualiti foto yang terbaik pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Kapasiti Bateri yang Besar dan Prestasi Perisian yang Terbaik untuk Penggunaan Sepanjang Hari
V17 juga direka untuk pengguna menyelesaikan tugas harian mereka hanya dengan menggunakan peranti pintar mereka, sama ada untuk kerja, sosial atau hiburan. Ia disokong oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 675 AIE dengan 8GB RAM + 256GB ROM yang dapat memberikan prestasi yang hebat untuk semua aplikasi dan memastikan sistem peranti dapat dikendalikan dengan lancar pada setiap masa. Bateri 4500mAhnya dengan Teknologi Pengecasan Pantas Dwi-Enjin membawa kecekapan yang lebih tinggi dan pengecasan yang lebih pantas supaya peranti pintar ini dapat memberikan pengalaman mudah alih yang berpanjangan dan selamat.

Untuk gamer yang mencari pengalaman permainan mudah alih yang lancar, V17 dilengkapi dengan Ultra Game Mode yang menyediakan pengalaman permainan terbaik dan tidak terganggu dengan menyekat mesej dan notifikasi buat sementara waktu untuk pengalaman dunia fantasi yang sempurna. Teknologi pecutan Multi-Turbo secara aktif mengesan sistem pengendalian untuk memastikan pemain dapat menikmati prestasi permainan yang lebih menggembirakan. V17 juga dilengkapi dengan ciri "Voice Change" yang boleh menyeronokkan lagi waktu permainan dengan penyediaan pelbagai suara untuk memadankan dengan watak-watak permainan.

Peranti ini tampil dengan 2 pilihan warna menarik - Admiral Blue dan Crystal White.

Ketersediaan
V17 dalam pilihan warna Admiral Blue dan Crystal White boleh didapati di Malaysia mulai 21 Disember 2019.

About Vivo
Vivo is a leading global technology company committed to creating trendsetting smart mobile products and services. Vivo is devoted to forming a vibrant mobile internet ecosystem, and currently owns and operates an extensive network of research operations, with R&D centers in San Diego, Shenzhen, Nanjing, Beijing, Hangzhou and Taipei. These centers focus on the development of cutting-edge consumer technologies including 5G, AI, mobile photography and next-generation smartphone design. Vivo has also set up 5 production bases across China, South Asia and Southeast Asia.
Vivo has over two hundred million users enjoying its mobile products and services around the world. Vivo features offline retail stores in over 1,000 cities worldwide.

You Might Also Like

1 100 org jejak kaki

Pinkygroupsaid

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

TQ Singgah

Total Pageviews