LOST WORLD of TAMBUN – ‘Awesome Holidays, Time To Play’ HANYA di MUSIM CUTI SEKOLAH INI

  • November 12, 2019
  • By suara dari telapak kaki comel
  • 0 Comments



Cabar diri korang pada musim cuti sekolah ini dan siap sedia untuk melakukan apa sahaja! Lost World Of Tambun akan menjadi taman tema yang pertama dimana mereka akan  bekerjasama dengan Hot Wheels dan Barbie bagi menyambut kedatangan para pengunjung untuk bersama meneroka kembali zaman kanak-kanak, yang bakal bermula dari 23 November sehingga 31 Disember 2019. 

Barbie – “You Can Be Anything” 




Pada tahun ini, Mattel mengumumkan Jelajah Barbie ‘You Can Be Anything’ sempena 60 tahun memberikan inspirasi tanpa batasan kepada setiap gadis. Hari ini, Barbie mencetuskan imaginasi dengan kerjaya yang menarik dan fesyen yang menyeronokkan yang memberi inspirasi serta potensi tanpa batasan kepada setiap anak gadis. 



Di Lost World Of Tambun, pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar di rumah impian kerjaya Barbie dan meneroka kerjaya yang berbeza dalam zon ‘You Can Be Anything’ untuk berdandan. Korang juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjaya yang paling ikonik Barbie telah dipegang sejak 60 tahun yang lalu. Kanak-kanak akan terpesona dan merasa kagum dengan ruang seni dan juga kawasan almari Barbie. Personakan anak-anak anda dengan ruang seni dan almari Barbie Khas buat mereka. Selain daripada ‘Meet and Greet’, anda juga berpeluang untuk menikmati parti minum petang bersama Barbie! 


“Selama 60 tahun, Barbie adalah gadis dimana ia mampu , memberi inspirasi kepada pelbagai generasi untuk mempercayai dan memberikan mereka dengan pelbagai pilihan minat dan kegemaran. Lebih daripada 200 kerjaya, bertanding sebanyak 6 kali untuk presiden dan angkasawati pertama ke Bulan sebelum Neil Armstrong, Barbie terus berkembang menjadi contoh moden serta relevan untuk semua peringkat umur.” Kata Lisa McKnight, Pengurus Besar dan Naib Presiden Kanan Barbie 

Hot Wheels – Challenge Accepted 



Perhatian kepada pelumba, ada cabaran baru di kawasan korang! Dimana Lost World Of Tambun telah membina trek lumba untuk Hot Wheels bagi para peminat Hot Wheels. Kanak-kanak boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek setiap hari. Anda juga boleh melawati zon Challege Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan pada jam 4 petang setiap hari dan berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels.





Jelajah Lagenda Hot Wheels yang pertama yang diadakan pada 2018 telah menerima kunjungan lebih 3,600 buah kereta dan 65,000 orang peminat daripada semua lapisan umur dan seluruh pelusuk dunia sempena menyambut 50 tahun ulang tahun Hot Wheels. 

"Hot Wheels telah menyemarakkan semangat pencabar dalam generasi kanak-kanak selama lebih daripada 50 tahun, dan kini kami memperjuang belia dalam pelbagai sukan yang menguji kemampuan ke tahap maksimum dan memperbaiki kemahiran mereka," kata Ricardo Briceno, Pengarah Kanan Hot Wheels Global Pemasaran Jenama di Mattel 






"Barbie dan Hot Wheels adalah dua jenama mainan yang paling ikonik di dunia dengan peminat setia mereka sendiri dan gabungan kedua-dua jenama ini sangat istimewa. LWOT teruja untuk menjemput kedua-dua jenama ini bagi kempen ‘Awesome Holidays, Time To Play’. Setiap tahun ketika cuti sekolah, taman tema LWOT menjadi lokasi percutian yang ideal untuk keluarga menikmati percutian menggembirakan serta memuaskan. Kerjasama dengan kedua-dua jenama yang paling dikenali ini bersama dengan taman tema  dijamin merupakan percutian yang sempurna untuk semua peringkat umur "kata Nurul Nuzairi, Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun. 




Bagi meraikan pelancaran kolaborasi ini bersama Mattels, Hot Wheels and Barbie akan berlangsung di Lost World Of Tambun Waterpark dari 23 November hingga 31 Disember 2019. Pengunjung akan mendapat akses ke acara eksklusif ini pada RM 77 (MyKad rate) dan akan mendapat barangan premium percuma untuk 3 tiket dan ke atas bagi setiap transaksi di mana ia terhad kepada 4000 unit sahaja. 


Maklumat lebih lanjut mengenai Lost World Of Tambun Waterpark dan terbaru boleh didapati di sunwaylostworldoftambun.com


....................................................................


Tentang Mattel 


Mattel adalah sebuah syarikat global hiburan kanak-kanak yang terkemuka di mana mengkhusus dalam reka bentuk dan pengeluaran mainan yang berkualiti serta produk pengguna. Kami mencipta inovasi dalam suatu produk serta pengalaman yang memberikan inspirasi, menghiburkan dan membentuk kanak-kanak melalui permainan. Kami berhubung dengan pengguna menerusi portfolio kami francais ikonik, termasuk Barbie®, Hot Wheels®, American Girl®, Fisher-Price®, Thomas & Friends® dan Mega®, serta jenama popular lain yang kami memiliki serta lesen dengan kerjasama global syarikat hiburan. Tawaran kami termasuk kandungan filem dan televisyen, permainan, muzik dan program secara langsung. Kami beroperasi di 40 lokasi dan menjual produk di lebih 150 buah negara dengan kerjasama syarikat runcit dan teknologi terkemuka di dunia. Sejak ditubuhkan pada tahun 1945, Mattel berbangga menjadi rakan kongsi yang terpercaya dalam meneroka keajaiban masa kanak-kanak dan memperkasakan anak-anak untuk mencapai potensi penuh mereka. Lawati kami dalam talian di www.mattel.com




You Might Also Like

0 100 org jejak kaki

Pinkygroupsaid

Total Pageviews

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

TQ Singgah