Day 1 : GUARDIAN RETREAT HEALTH BEAUTY 2019

  • October 09, 2019
  • By suara dari telapak kaki comel
  • 21 Comments

Satu penghormatan yang amat berharga kerana sekali lagi dijemput oleh Guardian malaysia untuk sertai GUARDIAN RETREAT HEALTH BEAUTY 2019. Last year I ada join juga. Tak sangka this year pun masih diberi peluang untuk turut serta. Seronok jangan cakap lah, dapat undangan dari kak Bee dah seminggu lebih, disebabkan i terlalu sibuk dengan kerja sampai lupa check mail box. Naseb kak Bee rajin follow up. Fuhh dan naseb juga sempat apply cuti. Sapa taknak holiday kan? nak-nak semua ditanggung halal dan hanya perlu bawa badan dan jiwa. Thanks Guardian Malaysia, Macam tau tau je i perlukan vacation yang meibatkan vitaminsea ni. 



Bermula hari pertama 2/10/19

Ok malam sebelum kejadian punya lah huru hara duk setting timing dengan su budak ruby ni. Kami ni tinggal kawasan berdekatan je, Tapi disebabkan si ruby punya area umah tu agak sesak atau lebih kurang jam 6.30 dah jam kawasan rumah dia. jadi plan asalnya aku akan ke rumah awin kat klang, kira menapak umah Awin sampai tanah terang. Sebab ada hamba Allah baik hati nak hantar. Ok dah ngam2 set tiba budak Ruby message kata nak carpool. Tapi i mane drive. Kita dua pening kepala duk pikir jam brapa nak klua rumah, nak drive ke nak grab, sape nak bawa kereta, nak ke rumah Awin ke tidak. Kesudahannya Ruby mengalah untuk offer drive kereta dan fetched me kat my umah. Thanks Ruby. (dua pening lalat sebab kami dari arah MRR2 nak ke Shah Alam during peak time agak mencabar)  Tapi alhamdulillah we managed to sampai.Merasa naik baby baru ruby Mr Arus. Selesa bankhang..



Berjalan seiring sejalan menantikan kejutan dari team Guardian

Sampai kat Giant Shah Alam kita cari breakfast dan aktiviti pendaftaran seterusnya semua berkumpul dan jam 11pagi kami bertolak ke Avillion Port Dickson. Yer destinasi kali ini di Avillion Port Dickson. Punya lah seronok bila diantara golongan mak-mak yang selama ni asyik sibuk dengan tugsan harian sampai takda masa "ME Time" . Tapi disebabkan retreat ni lah, i rasa zaman remaja i kembali. gittew. huhu sampai je dalam bas, kami da mula riuh, bayangkan bercuti tanpa sebarang gangguan. (bukan nak kata anak dan suami tu gangguan) tapi nak bagitahu bertapa precious nya waktu ni bila dapat berkumpul lepak borak dengan gembira tanpa perlu risaukan ape-apa. Yer anak kat umah kita ingat cuma rehatkan minda seketika untuk waktu bersama teman-teman.








Nampak tak terpancar wajah keriangan masing-masing bila bas mula bertolak.

Mencabar jadi wanita ni. Dah kawen ada anak, ada family walau hanya suri rumah adalah tugasan dan perkara paling mencabar bagi semua wanita seluruh dunia. Wanita tak terlepas dari tanggungjawab menjaga anak suami dan rumah tangga. hanya wanita sahaja mengerti wanita. Kami sejenis yang hanya mampu tersenyum walau kadang kami penat, resah dan sedih. Untuk tersayang selalunya wanita sanggup bekorban demi kebahagian orang tersayang. Stuju tak?




Ok kami sampai je Avillion Port Dickson disambut mesra oleh team Guardian dan penyambut tetamu Avillion Port Dickson. disediakan minuman sebagai penyengar tekak. Aturcara dimulai dengan welcoming remarks oleh tak lain tak bukan host legend sepanjang zaman Mr Ramzan. Ramzan ni sangat bagus, bakat beliau kendalikan setiap acara memang tak dapat disangkal, tak nampak kekok dan memang dia seorang yang sangat happening dan mesra alam. Jujur bagitahu dia adalah host paling sporting dan tak kaku i pernah kenal. Amat terkejut sebab beliau still ingat me dan my nama. Yela dah brapa events dia hosting kan dan berapa ramai dia jumpa orang, masih lagi ingat dan kenal i memang itu satu penghormatan sangat. 

Sebelum start aktiviti pertama kita jamu perut kat Village Court


waktu malam views


Siang views sambil layan awek bikini mandi manda (hihi)





Makan dulu kawan kawan, lapar sangat ni, apakan daya I puasa makan ayam, seafood segala benda yang contribute to gatal2 sebab masalah eczema yang tak sudah ni.

Selesai makan kami diminta untuk ke bilik Riu 6 dimana aktiviti pertama bermula



melalui denai dan berlatarbelakangkan penginapan yang bakal kami duduki untuk 3 hari 2 malam nt.


Kami mula dengan sesi Ice breaking dan semua disediakan satu journal yang mane terdapat challenge dan task yang kami perlu siapkan.




My apple pie Betty dan Charmaine selalu tolong dalam sesi amik gambar. thanks babe


Taklimat tentang keselamatan oleh pengawai Avillion Port Dickson dan disusuli oleh ucapan aluan dari Ketua Executive Guardian Malaysia


selesai semua baru aktiviti pertama bermula, sesi Ice breaking suai kenal dan menjawab pada soalan yang telah dipilih mengikut pilihan journal.





soalan yang aku dapat lebih pada adakah anda pernah terfikir untuk mnjadi orang lain atau kekal diri anda dan kenapa.

Jawapan I : Stay as what you are, be grateful and always positive. Buatpe jadi orang lain sebab Comel Hartini Azhar ada seorang je dalam dunia ni. so xperlu kot tukar jadi org lain sebab dah sedia unik di situ.

Lepas acara Ice Breaking terus ke acara Healthy Living : Healthy Body & Healthy Mind.


Sesi ni banyak memberikan perkongsian tentang cara hidup amalan seharian dimana, jika kita tidak menjaga dan mengawal tahap kesihatan dari peringkat awal mungkin akan membawa pada bahaya pada kemudian hari. Baru I tahu rakyat Malaysia adalah yang tertinggi dan terbanyak menhidapi masalah obesiti atau over weight. Tak hairan lah kerana cara makan rakyat Malaysia pun memang menakutkan. Breakfast tak pekena nasi lemak roti canai dan teh tarik kaw tak Malaysia lah. Namun dalam masa yang sama ia menyumbang pada kadar penyakit yang membahayakan kesihatan. bagus sangat sebab banyak ilmu dan perkongsian semasa sesi tersebut dan kami daapat melakukan ujian kesihatan (basic check up secara percuma).

Ok dalam sesi ni banyak yang I pelajari mengenai tahap gula dalam badan i, bacaan darah i dan juga BMI. Aduh ada cerita kelakar disebalik check up session ni. Pharmacist tu nak poke my jari, biasalah bila awak sejenis takut jarum walau dah berapa warded still perasaan takut dan cemas terhadap jarum tetap ada. Melampau betul. Masa tu bacaan darah i sangat tinggi dan Ms tu check denyutan nadi yang amat laju (hahah gelabah tau)tak suka jarum lah. Dia minta i rest kejap dan minta i tenangkan jiwa (hahahaha) daebak dia tahu lah i penakut jarum cehh . Tapi pharmacist ni baik.Minta i chill. lepas tu check untuk kali kedua alhamdulillah bacaan darah 116/90 normal tapi kata dia jantung i masih laju (yang ni masih tak boleh tipu sebab takut kan). Tapi bacaan gula plak 4.5 amat rendah dan diminta untuk ambil glucose tambahan. Siap tanya ada pening nak pitam ke segala. ( semua i jawab tak) kena lah cakap sihat. Kang tak pasal ditahan i masuk hospital.. ohhh nooo..Bila check BMI pun lawak gak, sumpah memang terkejut beruk kot berat i naik dengan jayanya. 57.8kg. Fuh 7 kila dalam tempoh setahun makna kata tahun depan naik lagi memang hurmmm. Tapi Ms tu ckp ok sebab i tinggi 167". Tapi i kena mulakan kesedaran lah sbb berat dah naik takkan nak bangga. adoiyaii. BMI untuk badan i memang teruk lah body i punya usia 38 tahun. aduh uzur benar badannya. huhu.. So diminta untuk banyakkan rehat.



Ok selepas check up session bermula aktiviti di pantai. Sukan volleyball. Yeahhh main pasir. Tapi sebelum tu coach Cruz minta kita semua warm up dulu ya. Tapi dia punya warm up macam main badminton 2 game da.. hahaah..




Ok ni my team JQ,Ayue, Emma,me & amoi from guardian.

Jom layan game kitaorang plak..









Ok melihat pada gaya memang kitaorang Daebak habis lah. Tapi game memang kelaut lah.. hahahah tak boleh blah, kalau menang pun kami layak menang gaya. Mana taknya harapkan JQ je la yg teror giler serve 10 mata straight tanpa belas pada opened. Tapi apakan daya tak disangka kami kalah pada saat akhir . Hurm tula hasilnya bila over gaya, kalah sebab banyak main..take for granted lagi. amik.. haha (tak dapat menang potable aircond Ramzan.)Btw it's a good game dan semua happy dan enjoyed tahap nak pengsan. Sangat best havoc dan semua sporting. kalau lah semua team gaya squad Avillion Pd ni sentiasa ada kan best.. huhu Miss them a lot now.

Ok beralih pada aktiviti malam hari di mana kami akan terlibat dengan satu aktiviti dimana ia dipanggil Vision Board. Tau tak ape Vision Board?

A dream board or vision board is a collage of images, pictures and affirmations of one's dreams and desires, designed to serve as a source of inspiration and motivation, and to use the law of attraction to attain goals. 
tentang impian dan keinginan seseorang tentang perancangan impian atau sebagai tiang pemangkin semangat untuk merealisasikan setiap apa yang dihajati. 

Menurut Ms Jen Ketua Marketing dari team Guardian, dengan mengadakan vision Board seseorang mampu bermimpi dan memasang hajat dengan secara terbuka. makna kata you all boleh je plan nak rancang apa saja tentang masa depan korang, tak kisah lah nanti nak rumah besar kereta besar, suami besar.. ehh kaya, anak sihat dan pandai dan berjaya dalam hidup. Semua boleh diletakkan kan ke atas Vision Board ni. Janji apa yang korang hajatkan. kata Ms Jen. apa yang dia hajatkan pada vision Board 10 tahun lalu dan kini ia berjaya di reasasikan. Pada I ia satu kaedah melatih mindset kita untuk sentiasa berusaha mengejar impian dengan merancang melalui Visio Board. 

Terbukti ia mampu untuk menjadikan seseorang menjadi bersemangat dan lebih fokus dalam apa yang dikerjakan. Ibarat tangga usaha dan langkah mencapai matlamat hidup. Like me myself of course lah hidup ni perlukan matlamat, kalau tak buat apa lah susah payah going through all the shit dan hadap sekeliling yang lansung tak berikan sebarang dorongan dan sokongan. Pada I berbalik pada hati dan niat, tujuan kita hidup di muka bumi Allah ni. Tujuan kita kerjakan apa sahaja kerja. mestilah untuk hidup, untuk anak, untuk self development and of course lah untuk life live enhancement kan. Amat sukar tapi InsyaAllah usaha tawakal dan sentiasa melakukan perkara baik insyaAllah dijanjikan ganjaran kita tak sangka. 

Nak tengok my Vision Board tak? Nah..




Haalahh muka i masa ni.. hahah maafkan lah muka macam minta kaki kan.. lantak lah dah penat sangat ni, tapi we enjoyed. This is my Vision Board, ok then me will explained pasal my vision board ya..

Ok tengok pada vision board ni, semua orang ada impian dan perancangan hidup yang mereka cuba nak capai. Macam itu juga lagi. Alhamdulillah apa yang i usahakan , doakan dan harapkan selama ini, syukur sedikit sebanyak ia menjadi nyata. Tapi sebelum ni tak pernah pulak i ketahui cara untuk target sesuatu impian melalui vision board. Kata orang ada vision board akan memastikan target life kita sentiasa focus.

So untuk my vision board adalah seperti berikut :-

Kalau lah diberikan rezeki kelak, teringin juga merasa ada anak gegirl, gittew.. alahai sebab tak mampu tengok kawan-kawan ada anak gegirl yang super cute overloaded. Dahla baju diorg cantik-cantik, at least adalah juga kawan i nak berdandan. hahah verangan sangat,, tape kan verangan percuma je pun.

InsyaAllah semoga sentiasa istiqamah suatu hari nanti i akan bertutup dan menutup aurat sebagai mana wanita Islam yang sepatutnya. Entah apa setan lah yang kat diri ni, dah tua pun masih tak sedar diri bertudung kan. hahaha doakan lah yer kawan-kawan.

I harap my financial semua lah merangkumi segala investment hutang piutang, eh hutang belajar takda lagi, harapannya semua segala diselesaikan dan selesai dalam masa terbaik dan semua dipermudahkan. Harapan i juga semoga segala apa yang i usahakan untuk masa depan Azriel tercapai dan akan mampu memudahkan dia kelak insyaAllah.

Yang selainnya adalah masih mencuba menjadi seorang wanita yang terbaik ibu contoh untuk Azriel terutama sekali dan berlaku baik pada semua orang dan paling penting kekal positif jiwa raga luaran dalaman fikiran dan perbuatan. Semoga return nya juga akan positive insyaAllah. Amiinnn..

Settled Day 1 punya cerita nanti sambung .. next posting ya.












You Might Also Like

21 100 org jejak kaki

  1. seronoknya bila tengok semula kan! i love your vision board. mudahan apa yang kita impikan dapat jadi kenyataan kn :)

    ReplyDelete
  2. Seronok baca entry Kak Comel. Alahaiii.. rindu pulak rasa.

    ReplyDelete
  3. hi sis ala nama awk mmg COMEL ke?? wahh comelnyee hehehhe btw slm perkenalan dr sy :) btw mmg fun gler nmpk event korg rtu sy dok follow je ig si sabby n si piqa xoxo tu jelesnyee xdpt invitation join skli hehehe

    ReplyDelete
  4. Alahai so cute of u in those all photos sis..Bestnya dapat berkumpul reramai semua dengan satu tujuan yang sama. Sesi me time bersama sambil sharing yang manfaat untuk vision diri sendiri. Ala jeles tengok si main volleyball tu , my fav game.

    ReplyDelete
  5. Rawlins harap next time mereka akan membawa blogger lelaki gak - Rawlins teringin nak join event sebegini sebab memang best bila boleh spend the weekend with fellow friends and belajar lebih banyak berkenaan kesihatan

    ReplyDelete
  6. Wow!!!!!!!! The resort looks good and activity yg dilakukan pun menyeronokan. Good post and good photography. Take care.

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing! The resort & activity looks so beautiful & fun!
    If I have chance , I will definitely join this activity ~

    ReplyDelete
  8. Bestnya dah lah dapat produk dapat pula pergi trip kat hotel jauh lak tu kita juga tak dapat hehehehehe seronok jadi beauti blogger ni wakakaka kita tak boleh hehehe

    ReplyDelete
  9. Guess you had a blast at this retreat with Guardian, absolutely amazing too!

    ReplyDelete
  10. Tu dia.. Pnjg sungguh. Gigih i baca.. Seronoktengok.. Bnyk aktiviti korg buat ye.. Bukn sekdar bercuti.. Bgusla.. Lagi dpt enjoy dengn kawan2

    ReplyDelete
  11. Nampak menarik dan sesuai aktiviti yang diaturkan oleh Guardian ni. Tentu u all semua seronok dan puaskan?

    ReplyDelete
  12. Wah.mmg ladies day out je ni. Mesti have fun giler dkt sana kan. Tak pernah sampai lagi avilion PD ni. Femes n biasa dgr nama resort ni . Maybe one day perhaps

    ReplyDelete
  13. I dah baca! Alahai terkenang kenang balik dah

    ReplyDelete
  14. Duk tengok semorang live update kat IG hari tu bestnyaaa. Kenapa tak bawak kita skali. Kita nak me time best best gakkk huhuhu

    ReplyDelete
  15. seronoknya aktiviti macam ni. haha lawak part gangguan tu. memang semua perempuan je ke yang join ni? haha

    ReplyDelete
  16. Seronoknya buat banyak aktiviti best-best. Tak sabar nak baca next entry

    ReplyDelete
  17. Cantik sangat tempat tu. Gambar2 u pun semua cantik, pakai phone atau camera eh? Btw i do agree on the idea of vision board. Bila buat vision board, kita lebih clear dan bersemangat nak capai impian kita :)

    ReplyDelete
  18. lama nau tak tengok kak comel. dulu selalu jugak singgah sini. maintain akak kurus. dari dulu smpai sekarang. kita jugak ler yang makin di pam.

    ReplyDelete
  19. RASANYA ENTRY NI LAGI SANGAT BUAT PEMBACA LEBIH MENGENALI COMEL, AKAK DOAKAN SEMOGA APA YANG COMEL HARAPKAN DALAM VISION BOAD TU AKAN MENJADI KENYATAAN ...YANG PENTING DOA DAN USAHA ...

    ReplyDelete
  20. Tengok gambar jadi rindu balik. Bestnya jumpa kawan2

    ReplyDelete
  21. syoknye sis..rasa nak join je
    kikiki

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Total Pageviews

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

TQ Singgah