Dengan PREGO Tidak Perlu Jadi Chef Terkenal Untuk Memasak!

  • September 23, 2019
  • By suara dari telapak kaki comel
  • 6 Comments



Memasak adalah sebahagian dari tugas I sebagai Ibu yang sentiasa ingin yang terbaik untuk anak. Boleh dikatakan memasak adalah salah satu hobi I. Nak-nak bila dah jadi mak-mak ni. Ada pula anak yang suka makan dan kuat makan macam Azriel. Setiap masakan mommy tak pernah mengecewakan katanya. (muka bangga)

So last a few days dapat satu parcel yang berisi bahan raw untuk buat Pasta. tak sangka Prego Malaysia berikan peluang pada I untuk membuat dan merasa sendiri sos Prego yang baru dikeluarkan. Bila kita buat unboxing, Azriel lah yang paling surprise sebab dia sampai tanya mommy kita nak main masak-masak ke?
Iya kan saja soalan dia. makan hari juga asyik tanya bila nak main masak masak dengan bahan-bahan Prego.

Dan akhirnya hari ini terhasil satu menu ternya ia amat mudah disediakan dan paling penting, tidak memerlukan bahan yang banyak dan tempoh yang panjang sediakan. serious guys! mudah nak mateyy. 

Memang cara dan bahan ada dinyatakan, tapi untuk memperindahkan hidangan harus lah I ubah ikut sedap rasa tekak sendiri. Hakikatnya Prego Sos Pasta Makaroni & Keju ini ini cukup pekat dan berkrim, sesuai digabungkan dengan pelbagai jenis ramuan lain dalam tempoh masa yang singkat, dan ternyata ianya cukup versatil.”

Prego Sos Pasta Makaroni & Keju ini dicipta untuk pengguna yang inginkan hidangan mengenyangkan ketika bekerja atau menyiapkan tugasan. Ia menawarkan peluang merasai hidangan cita rasa barat, sesuai buat pengguna yang suka mencuba hidangan baru. Ianya adalah pilihan tepat yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa.



So Harini, Azriel dan I main masak-masak. Tapi I tak sepenuhnya serahkan tugasan pada Azriel sebab seorang ibu yang over protective. Hihi so hakikatnya "main masak-masak adalah lebih kepada Azriel memerhati dan mommy masak. Hihi

Nak Lihat hasil tak? Ok sila scroll lagi ke bawah.

 
Bbahan asal adalah seperti berikut

(Hidongon 3-4 Orang) 
 
  1. 1 tin sos pasta 290g Prego Mokoroni & KeJu
  2. 150g Prego Makoroni {dirnosok mengikut arahan di atas poket) ,
  3. 2 sudu besor minyok zoitun
  4. i tambahkan (1 ulas bawang putih/separuh bawang merah)
  5. 100g sosej (dipotong bulot)I gantikan dengan ayam kisar
  6. 1 biji cili merah (hiasan warna)-resepi sendiri
  7. secubit/ sedikit black pepper powder.-resepi sendiri


 1. MASAKKAN: 

Panaskan minyak zaiton didalam kuali. Goreng/tumiskan ayam cincang hingga garing dan keperangan. Bila ayam sedikit masak masukkan bawang kisar (putih dan besar) gaul rata. Bila naik bau masukkan Sos Prego Mac & Cheese kedalam bahan dan gaul ratakan bersama sehingga sebati. Tambah sikit garam dan lada hitam biarkan hingga 3 ke 5 minit. Pasta Mac & Cheese siap untuk dihidang.


Siap sudah pasta Azriel. Chef kecil yang tersenyum lebar sebab tak sabar nak rasa. Alhamdulillah Azriel amat suka dan lepas ni mommy boleh repeat buat. Sebab harga Prego Sos Pasta Makaroni & Keju ini adalah RM6.49 dan boleh didapati di semua pasaraya besar dan pasaraya di seluruh negara.


Sedikit info dan berita terbaru dari Prego Malaysia untuk rujukan semua pembaca ya.




Kuala Lumpur, 12 September 2019 – Suatu perkara yang tidak akan berubah malah boleh menyatupadukan rakyat Malaysia adalah makanan. 

Buktinya, lihatlah sendiri bagaimana makanan mempengaruhi rakyat Malaysia di media sosial. Setiap hari pasti ada yang muat naik pelbagai jenis makanan, cara memasak, restoran atau gerai yang terenak, resipi dan trend terkini. Kita sebagai rakyat Malaysia amat bangga dengan hidangan kita. Malah merasakan makanan kita antara yang terbaik di dunia. Sungguhpun begitu, tiada yang dapat menghalang kita daripada mencuba sesuatu hidangan baru. Makaroni & Keju antara hidangan barat yang cukup ikonik dan terkenal sepanjang zaman sejak abad ke-13 di Itali. Hidangan mengenyangkan ini telah banyak menghuni kedai-kedai dan rumah-rumah orang kita; malah mudah digabungakan dengan pelbagai jenis ramuan. 

Lebih 63% daripada 31.95 juta rakyat Malaysia makan 3 kali sehari, di mana makan malam menjadi penyumbang utama dan 80% daripadanya disediakan oleh ibu mereka. Kanak-kanak ini membesar dengan menikmati masakan ibu mereka. Tetapi apabila meningkat dewasa, mereka akan meninggalkan rumah demi meneruskan pelajaran dan membina kerjaya. Ini menyebabkan waktu makan selalu terabai atau mereka akan lebih kerap membeli dan masak mee segera. Akhirnya, tahap kesihatan mula terganggu. Mereka juga sering tercari-cari jalan mudah untuk masak tanpa perlu mengosongkan poket terutamanya bila tiba hujung bulan. 



Pengarah Urusan Campbell South East Asia Sdn Bhd, May Lim berkata, “Pengenalan Prego Sos Pasta Makaroni & Keju baharu ini, menandakan permulaan perjalanan kulinari mereka, kerana kini mereka boleh masak hidangan yang mengenyangkan dalam tempoh masa yang singkat. Mereka boleh menikmati hidangan yang enak dan menyelerakan dengan selesa di rumah. Tak perlu jadi Chef terkenal pun untuk masak!” 




Tambah May Lim lagi, “Sos pasta baharu ini cukup pekat dan berkrim, sesuai digabungkan dengan pelbagai jenis ramuan lain dalam tempoh masa yang singkat, dan ternyata ianya cukup versatil.” 



Prego Sos Pasta Makaroni & Keju ini dicipta untuk pengguna yang inginkan hidangan mengenyangkan ketika bekerja atau menyiapkan tugasan. Ia menawarkan peluang merasai hidangan cita rasa barat, sesuai buat pengguna yang suka mencuba hidangan baru. Ianya adalah pilihan tepat yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa. 



“Dengan trend orang Malaysia yang gemar menggabungkan pelbagai jenis ramuan, kita pasti akan tertarik dengan kreativiti mereka mencipta resipi baharu Makaroni & Keju ala Malaysia. Prego Sos Pasta Makaroni & Keju ini ternyata pilihan yang sempurna untuk merasai masakan barat,” kata May Lim. 


Prego, jenama yang khusus di dalam penghasilan sos pasta oleh Campbell Malaysia merupakan syarikat makanan multinasional terkemuka. Ianya terkenal dengan penghasilan sos pasta Prego yang diperbuat daripada tomato ceri anggur yang segar dan mempunyai pelbagai rasa untuk memuaskan selera. Ia turut menawarkan pelbagai rangkaian sos pasta yang enak, dan sesuai dimasak di rumah. 


Kini anda boleh menikmati keenakan pasta Makaroni & Keju Prego pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan mudah! 


Mengenai Campbell Soup Malaysia 

Prego, peneraju pasaran sos pasta di Malaysia menawarkan penyelesaian untuk menyediakan pasta yang enak dan mudah di rumah. Sos pasta Prego diperbuat daripada tomato ceri anggur yang segar dan mempunyai pelbagai rasa yang memuaskan selera. Cita rasanya yang sempurna boleh dinikmati daripada sos yang pekat lagi enak ini. Sos pasta Prego menawarkan sentuhan segar pada resipi tradisional dan juga pengalaman baru buat hidangan di rumah bersama keluarga. 

Sama seperti hidangan enak yang lain, sos pasta Prego ternyata ideal untuk saat-saat manis bersama keluarga, rakan-rakan dan orang yang tersayang! 



Prego adalah jenama dari Campbell Malaysia, syarikat makanan multinasional terkemuka. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai kami di www.campbellsoup.com.my

#SuperLeleh #YourYummySuperHero #PregoMalaysia

You Might Also Like

6 100 org jejak kaki

  1. Replies
    1. boleh try resipe saya da share tu.. selamat mencuba

      Delete
  2. Prego ni wajib ada 2-3 tin kat umah aida. Mudah. Anak2 suka makan nyer :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tumis bawang masukn bahan siap.. mudah dan cepat

      Delete
  3. Prego memang sangat mudah digunakan. Sedap pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memudahkan kerja untuk kita-kita yang super duper busy kan

      Delete

Pinkygroupsaid

Total Pageviews

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

TQ Singgah