PNB PERDANA HOTEL MEMPERKENALKAN 13 SELEKSI MENU ALA-CARTE BARU DI 10 BINJAI RESTORAN!

  • August 08, 2019
  • By suara dari telapak kaki comel
  • 0 Comments





PNB Perdana Hotel & Suites On The Park kini tampil dengan 10 seleksi menu ala-carte baru untuk disajikan bagi memenuhi citarasa dan selera pelanggan dari pelbagai bangsa dengan harga yang amat berpatutan. Bagi penggemar masakan bercirikan Melayu tradisional dan antarabangsa, 13 aneka menu terbaru kami pastinya merupakan khabar gembira buat anda. 



Menurut Cef Amran, yang telah berkecimpung dalam industri kulinari ini selama lebih 26 tahun, menu ala-carte baru yang disajikan merupakan antara kelainan yang dicetuskan merangkumi seleksi sajian dari pembuka selera, menu utama dan pencuci mulut. Antara menu pembuka selera yang ditampilkan ialah Prawn Salad dan Caesar Salad. Antara menu utama yang disajikan ialah Seafood Tomyam, Chicken Oblong, Peperoni Pizza, Lamb Chop, Sizzling Chicken Chop, Spongebob Fingers, Naruto Nuggets, Nasi Lemak Ayam Berempah dan Grilled Lamb Chop. Bagi menu pencuci mulut pula, sajian terbaru yang diperkenalkan ialah Sago Gula Melaka dan Banana Boat. 


 Caesar Salad (RM20.00)- tak pernah mengecewakan dan memang sedap.


Prawn Salad With Mixed Fruits (RM18.00) - Meal diet yang sgt simple yet nice.


 Nasi Lemak Ayam Berempah (RM20.00)


Seafood Tom yam Soup (RM18.00)


Sponge bob Fingers (RM18.00)


Naruto Nuggets (RM18.00)


Sizzling Chicken Chop (RM28.00)


Grilled Lamb Chop (RM40.00)


Masak Lemak Daging Salai (harga lupa)- Paling suka Kuah dia siap hirup


Grilled Chicken Oblong (RM25.00)




Sago Gula Melaka (RM10.00) Sangat sedap, lemak tak terlalu manis dan sangat lah best


Peperoni Pizza (RM35.00)


Banana Boat (RM12.00)

Menu ala carte ini akan diberi nafas baru setiap satu tahun untuk memberikan sedikit keunikan dan kelainan pada setiap hidangan. Bagi penggemar masakan yang sihat dan berkhasiat, juadah pembuka selera yang disediakan pastinya membuatkan anda terliur. Prawn Salad merupakan campuran udang segar bersama salad hijau segar yang telas ditoskan manakala Caesar Salad merupakan campuran hirisan isi ayam bersama Parmesan keju bersama salad hijau yang telah ditoskan. 

Bagi penggemar juadah tempatan dan antarabangsa, sajian menu utama yang ditawarkan pastinya membuatkan anda teruja. Seafood Tomyam dengan menggunakan rempah ratus tempatan yang istimewa pastinya memberikan sentuhan rasa yang unik buat penggemar Tomyam. Di samping itu, terdapat juga juadah antarabangsa yang disajikan seperti Chicken Oblong, Peperoni Pizza, Lamb Chop, Sizzling Chicken Chop, Spongebob Fingers, Naruto Nuggets dan Grilled Lamb Chop buat peminat masakan antarabangsa. 

Di samping itu, bagi hidangan pencuci mulut pula, terdapat dua manisan yang akan disajikan iaitu Sago Gula Melaka dan Banana Boat. Menu Sago Gula Melaka merupakan hidangan pencuci mulut yang sangat klasik dan sinonim dengan masyarakat Melayu. Untuk sedikit elemen fusion, Banana Boat dihasilkan untuk memberikan sedikit kelainan dan keunikan yang tersendiri di mana buah pisang akan disajikan bersama ketulan ice-cream. 

Promosi baru ini dirangka melalui perbincangan dari pasukan Cef kami yang berpengalaman dan juga melalui maklum balas dari pelanggan yang pernah berkunjung di 10 Binjai Restoran. 
PNB Darby Park yang diberikan penjenamaan semula sejak Julai 2005 sebagai PNB Perdana Hotel & Suite On The Park ini ditempatkan di lokasi yang sangat strategik kerana berhampian dengan pusat membeli belah yang ternama di Kuala Lumpur seperti Suria KLCC, Pavilion, Lot 10, Bukit Bintang dan juga Plaza Sungei Weng. Ia juga mempunyai fasiliti yang bertaraf 4 Bintang untuk keselesaan pelanggannya. 

Mereka yang ingin membuat tempahan, boleh menghubungi 10 Binjai Restoran kami di talian 
03 7490 3838 dan untuk maklumat lanjut mengenai hidangan terbaru ini, anda boleh layari 
laman sesawang kami di www.pnbperdanaonthepark.com

You Might Also Like

0 100 org jejak kaki

Pinkygroupsaid

Total Pageviews

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

TQ Singgah