Kitchen 360, Bilik Pameran Dapur Komersial Pertama dan Terbesar di Malaysia telah menganjurkan satu acara yang dipanggil Blender Wars

  • August 12, 2019
  • By suara dari telapak kaki comel
  • 0 Comments




Bergambar kenagan bersama ketua pengawai executive Kitchen 360.

Pada 10 Ogos 2019, Kitchen 360, bilik pameran dapur komersial pertama dan terbesar di Malaysia telah menganjurkan satu acara yang dipanggil Blender Wars. Terdapat pameran jenama terkenal di blender seperti Hamilton Beach, Blendtec dan Vitamix Amerika Syarikat, Santos France, Perancis coupe robot, Kenwood UK. 



Tak tahu kenapa I amat suka sangat ruangan didalam ruang Kitchen 360 ni. 



Pameran ini di adakan bertujuan memperkenalkan kehebatan dan fungsi setiap blender yang mewakili jenama masin-masing. Tak sangka baru hari ni I tahu yang blender pun mempunyai kualiti dan fungsi yang berlainan. Yang canggihnya lagi. Ada juga blender yang brfungsi untuk mengisar bahan seterusnya memasak terus bahan kisaran di dalam blender. Canggih juga.Kira agenda majlis tersebut adalah pertadingan antara Jenama yang merangkumi 3 kategori iaitu "Best Presenter" " Best Recipe" dan " Most Popular Awards". 




Paling I suka pengisar dari Kenwood yang sangat practikal terutama bagi ibu-ibu yang nak memudahakan kerja. Kerana fungsi yang pelbagai serta kelebihan ia adalah dapat mengisar makanan / atau bahan masakan sekeras-keras kulit kayu manis hingga selembut-lembut kentang rebus bagi menjadikan ia bahan kisaran yang paling lembut dan rata. Ia juga mampu mengisar bahan dalam keadaan basah atau kering. Betul ada je pengisar yang dipasaran yang mampu melakukan dua kerja ini. Tapi untuk Kenwood adalah berbeza dimana ia hanya memerlukan bekas yang sama. Dan cara penjagaan juga amatlah mudah dan menyenangkan.


Best Coconut Shake ever, since am not a fan of coconut shake, I must say this is the best taste ever yang penah I rasa. Sebab 3x angkut, (kalau lah boleh tapau).


Tapi dari segi recipe yang I paling suka during competion tu adalah "Coconut Shake yang disediakan oleh Kumpulan yang mewakili jenama Santos. Sedap ya amat, sampai ke hari ni masih teringat, kerana keunikan rasa dan bahan yang digunakan adalah amat simple dan mudah didapati. 


3x tambah


Kami sebagai tetamu yang merasa semua bahan bahan kisaran dan ternyata ia tasty amat



Kalau dilihat pada haarga bagi kesemua jenis blender ni. Nescaya semua akan usap dada. Hihi kerana blender ini adalah untuk aktiviti F&B. Disebabkan itu ia bertumpu untuk produk komesial yang mana sasaran audience atau pelanggan adalah dari kalangan perniaga yang ingin menceburi bidang F&B didalam masa yang sama mencari alatan lengkap untuk menjalankan perniagaan pertama atau penambahbaikkan alatan yang sedia ada.




Ini adalah pengalaman yang menarik dapat I pelajari dan juga info yang bagus dimana, belum pernah lagi ada satu platform dimana, dalam menyediakan dan mengurusakan produk jual beli alatan pengkomesialan Kitchen 360 juga ada menyediakan latihan serta rundingan bagi golongan baru bermula juga pelajar yang menjalankan amali. Segalanya dalam satu tempat dan ia memudahkan semua.


Hebat bukan ?! Mari menghabiskan masa lapang korang untuk melawat dan meneroka Komersial Arena Dapur, satu platform sehenti yang menawarkan pelbagai penyelesaian untuk dapur anda yang merangkumi perundingan profesional untuk menubuhkan dapur, pengurusan projek untuk F & B runcit serta mengekalkan dan melayani dapur peralatan. Dapur Arena juga menyediakan pusat latihan di sektor F & B. Yang Menarik lagi, Ruangan dan dekorasi unik akan menanti pengunjung yang datang, Kepada kaki gambar yang mencari backdrop unik untuk dijadikan wallpaper OOTD korang, Kitchen 360 adalah port menarik untuk diperkenalkan. Tak percaya? kenalah datang.



Tak lupa juga pada para pemenang, sesungguhnya Blender you all sangat lah power. I mampu tengok je, nak beli memang mahal. huhu.. Tapi I suka tgk fungsi setiap darinya.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman rasmi mereka di https://www.kitchen-arena.com.my/ atau kunjungi / ikuti / seperti FB & IG @kenarenarena
# k360 #commercialkitchen #kitchenarena @kitchenarena

You Might Also Like

0 100 org jejak kaki

Pinkygroupsaid

Total Pageviews

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

TQ Singgah