Pengalaman shopping barangan segar di SEGI FRESH MARKET

  • July 15, 2019
  • By suara dari telapak kaki comel
  • 0 Comments



Pengalaman pertama kali di Segi Fresh Market Subang. Kebetulan hujung minggu lepas ke rumah adik, dah alang-alang dia ajak beli barang basah, katanya untuk buat stok seminggu. So search lah pasaraya yang terdekat. Terjumpa Segi Fresh Market ni sekitar rumah dia. Secara jujurnya I bukan jenis yang kepasar setiap minggu untuk restock barang makan. Tapi bila dah sampai kat Segi Fresh Market ni, sangat tak sangka dari luar nampaak biasa-biasa saja. Tapi bila masuk kedalam lagi-lagi di ruangan bahan makanan basah. MasyaAllah teruja tak ingat. Sebabnya barang dah laah banyak dan paling best tengok sayur dan buah menghijau segar. Belum part lauk pauk. Ikan, ayam dan seafood. Memang naik teruja mata ni. Rasa semua nak di angkut masuk trolley.



Kenapa lah sebelum ni tak pernah tahu pun dan tak penah tergerak hati nak kesini. Yela selalunya I jenis yang hari hari pergi mini maket beli apa yang plan nak masak je. Tak sangka pula gara-gara ajakkan adik terjebak juga kesini. Kenapa yang I cakap Segi Fresh Market ni best sangat, sebab mana nak dapat kedai baragan segar jual ikan kerapu RM7 seekor. Dahtu ayam yang dia jual RM6+ . Memang sakan lah I berbelanja nak nak ayam. Azriel amat sukakan ayam dan disebabkan harga yang melampau tak masuk akal, I borong kepak, drumsticks dan tight ayam untuk buat stok Azriel. Beli macam barang borong sebab murah sangat. Dahtu segar tau. I borong kerang dan ikan bilis Tau jela barang terkawal ni memang jarang jarang nak beli banyak. Sebab offer yang melampau I tapau ikan bilis siap kopek 1kg terus. 























Lepas ni memang Segi Fresh market ni akan jadi port I top up stok lah. Sengaja I shared kat sini sebab nak bagitahu yang baraangan di Segi Fresh market ni adalah barangan segar dan berkualiti dengan harga yang tak masuk akal.  Dahtu semua all in tau dari barangan basah sampailah barangan kering. Dengan harga yang murah tu, agak-agak semua akan datang repeat ke sini lagi. Salah satunya I la.

Pada I pengalaman beli barangan dapur sepenuh trolley adalah sangat hebat dan best. Trolley penuh tapi duit masih jimat. Best kan. Balik rumah pun seronok tengok barang yang kita beli semua ada. 

Jom repeat next week gaiss!!

Pose satu untuk kenangan.. penat jugak pusing-pusing dalam Segi Fresh Market ni sebab kawasan luas dan besar, bersih pula tu.



You Might Also Like

0 100 org jejak kaki

Pinkygroupsaid

Total Pageviews

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

TQ Singgah