Pengalaman dan cara menguruskan Plantar Fasciitis / Sakit Tumit


Baru baru ni, I dapatitumit kaki sebelah kiri I terlalu sakit ya amat. Tak tahu apa punca, pada mula nya macam boleh tahan sakit denyut segala, lama kelamaan, kesakitan tu semakin kerap dan kadang menyebabkan kesukaran untuk berjalan. Bukan maksud I sampai lumput, tapi tumit kaki tu sakit macam di cucuk cucuk duri. ( hahah kalau orang yang piker bukan-bukan dah anggap oitt kena buat kat orang ke) haha.. takda lah. Sebab rasa radang dan bengkak buatkan I tak tahan sakit, terus ke Klinik untuk jumpa dengan doctor minta nasihat yang lebih arif tentang sakit tumit yang I alami.



Bila di Tanya symptom dan rasa kekerapan datangnya sakit tu, hasil dari keputusan doctor, doc katakana yang I mengalami radang tumit atau lebih dikenali dengan Plantar fasciitis. Yang mana semua orang boleh kena, tak kisah lah badan kecil atau berbadan besar. Radang tumit ini tidak mengenal usia kalau nak kena tu. 




Mula- mula I ingat sebab badan I dah gain weight hingga dapat radang tumit ni. Mula lah nak stress kalau sebab gain weight punca dapat radang. Tapi setelah di brief oleh doctor barulah tahu ia berpunca dari pelbagai sebab. Dan kebanyakkan penghidap plantar fasciitis adalah dari kalangan ahli sukan. Yang kita lihat selalu join sukan lari, melibatkan penggunaan kasut yang salah, berdiri terlalu lama, berjalan kerap dalam jarak yang jauh. I percaya kebanyakkan orang yang ke tempat kerja menggunakan public transport juga akan alami perkara yang sama. Sebab I pun camtu.





Mesti masih ada yang tak paham tak tahu dan tak pernah dengar tentang Plantar fasciitis ni kan? Dan bagaimana is menyerang. Bagimana nak kenali ia adalah dimana lokasi sakit ini boleh dikenalpasti melalui apabila ditekan ia menimbulkan rasa sakit yang amat sangat. Kadang-kala anda boleh merasa satu benjolan (nodule) sebesar ibu kuku pada bahagian yang paling sakit dan ia amat sensitive jika ditekan akan merasas sakit ya amat.

Antara penyebab Plantar fasciitis ini ialah:

  • Berat badan berlebihan
  • Memakai kasut yang tidak sesuai (keras, tidak selesa)
  • Banyak berjalan atau berdiri lama

Ia boleh dirawat dengan cara berikut:-

  1. Memilih kasut atau selipar yang mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa
  2. Mengurangkan berat badan
  3. Ubat tahan sakit (semasa peringkat awal diagnosis) biasanya ubat anti-radang seperti Ponstan/ Voltaren / Celebrex
  4. Fisioterapi – ultrasound / heat / cold

Sekiranya cara rawatan seperti yang dinyatakan di atas tidak berkesan, maka suntikan campuran ubat anti-radang (steroid) dan ubat bius setempat (lignocaine) boleh diberi pada tumit di kedudukan ‘plantar fasci’ (plantar fasci origin). Ini akan memberi kesan kelegaan segera. Tapi pengambilan suntikkan tidak digalakkan lagipun ia hanyalah kesan sementara walaupun ia pantas menredakan rasa sakit dan radang tersebut. I sendiri terpaksa ambil suntikan last month due to sakit ya amat menyebabkan kesukaran berjalan. Tapi sengsara adalah bila bangun tido, denyut dan radang terasa amat sakit. 


Untuk tempoh penyembuhan tang minimal mampu di buat adalah dengan senaman dan ubatan tahan sakit pil anti radang. Tapi I makan bila perlu sahaja. Salah satu kaedah lain adalah menggunakan tape kaki. Pelbagai jenama yang terdapat dipasaran dan boleh dikatakan ia amat berkesan dalam merawat radang pada bahagian yang bengkak. 


Ini kaedah I guna selain jaga makan, dan senaman iaitu Tapi kaki ni. Boleh didapati di Guardian outlet atau mana mana kedai sukan.



Apa yang dilakukan oleh Tape untuk Kaki?

Tape kaki adalah satu rawatan yang boleh digunakan oleh ahli terapi fizikal korang untuk membantu melegakan fasciitis plantar yang korang alami. Matlamat utama menggunakan pita adalah untuk plantar fasciitis termasuk:

1. Kurangkan kesakitan

2. Ambil tekanan dari fascia plantar korang

3. Menyokong gerbang semulajadi kaki korang

4. Memudahkan otot mengelilingi otot korang untuk memberikan sokongan yang lebih pd bahagian yang sakit tu.


Antara kaedah lain adalah I jaga makan , yela makanan yang sejuk dan ikut amalan traditional makanan yang perlu di elak dari radang jadi melarat. Macam I akan elakkan minum ais (kalau mampu lah) elakkan makan sayuran dan buahan yang sejuk. Bagus diamalkan taugeh kerana Taugeh amat membantu dalam membaik pulih tisu yang koyak atau cedera. Tuam kaki dengan ais dan rendam air suam ditambah garam adalah salah satu tips kurangkan radang kaki. Minum soya juga bagus tapi jangan sampai berlebihan.


Setakat ni, I patuh amalkan senaman yang diikuti dari Youtube channel yang mana ramai fisioterapi yang buat video bagi senaman untuk penghidap Plantar Fasiitis ni. Alhamdulillah ada kurang tapi bukan bermakna pulih 100%. 

Ini Channel yang korang boleh refer untuk senaman Plantar fasiitis ni.






Oh lupa nak inform, buat pengetahuan korang, Plantar Fasiitis ni memang tak ada ubat ya. Ia hanya boleh disembuhkan dengan korang berehat secukupnya dan ikut guide apa yang tak boleh dan perlu korang amalkan. Hal ini di sahkan doctor. Dan diperakui oleh adik I sendiri, sebab sebelum ni, dia juga penah alami Plantar Fasiitis ni. Kerja adik I dulu kat Brands Outlet jadi salesgirl. Tau jela kerja diorang kena berdiri lama dan berjalan sana sini. Dia bagitahu pengalaman yang sama bahawa kaki dia sangat sakit dan mengharapkan suntikkan untuk legakan radang. Tapi setelah adik I berkhawin dan berhenti kerja jd suri rumah sepenuh masa. Sekarang radang dan sakit tumit adik I hilang 100%. Kerana dia tak perlu berdiri berjalan jauh dan dalam tempoh lama. Huhu dahtu takkan lah I kena berhenti keje baru kaki ni nak sembuh huhu.


Apapun kita tengok lah macam mana perkembangan tumit I. setakat ni. Doctor bagi I MC untuk berehat tapi I tetap datang kerja sebab duduk rumah is Boring. Hahaah..


3 comments

  1. Sis lepas ambik suntikan tu doc bg mc brp lama? N ambik suntikan dekat mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah cucuk. doc bg rehat sejam je. 🤣🤣🤣..

      Delete
  2. hai. saya pun mengalami sakit mcm awak. dah hampir 2 tahun saya mengalaminya. saya pernah cucuk di bhgian tumit kiri. ianya bertahan cma 6bulan. lepas tu skit kembali. sekarang 2belah kaki sya skit. thun kedua sya kena barulah sya join group PF dkat fb. tu pun luar negara. sya try faham sikit². rupanya kita tak boleh makan produk tenusu. kena kurangkan pengambilan gula. kena selalu renganggkan otot/saraf kita.

    pDa masa yang sama ada je yang cadangkan saya mcm2. ada yang suruh urut. refer swasta. mnum susu skian2 . saya rasa mcam down sbb..org cma tau bercakap. diorg tak rasa pun skit kita ni. dok suh bt itu bt ini.

    terbaru ni mak sya suruh sya cucuk di bhgian tumit. sbb sya akan menghadiri perkahwinan sepupu sya di johor. dia tkut kaki sya akn skit. dia dgr cadangan kwan dia. kawan mak sya ckp kalu beli kasut mahal pun tak guna .. cucuk je. 😔 .. saya masih lagi buntu. sbb saya yg skit.

    bos saya pun tanya. sampai bila you skit mcm ni. nnti tye la doc apa yg dia akan bt. nk operate ke ape.

    dan saya selalu share pasal sakit ni dekat status wsap saya. supaya orang tahu skit dia mcm mna. tp masih lagi org pandang serong.

    saya pun tak tau nak bt mcm mna. saya masih bujang. perlu bekerja. tak tahu kerja apa yg sesuai untuk sya.

    doc saya pun ada mengatakan sya perlu berhenti kerja. baru sakit sya akan sembuh. sebab saya memerlukan rehat yang ckup. 😭😭😭 ..

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid