Skip to main content

Luck Luck ラックラック Hair Color Salon Kelainan dalam kaedah mewarnakan rambut mengikut Standard kualiti Jepun.


Inilah pemilik Luck Luck ラックラック Hair Color Salon Mr Kaoru San 

I selalu jugak ke salon untuk warnakan rambut. Merata lah salon I penah try. Jadi I fikir semua teknik dandan rambut adalah sama. Yela main topik kat sini tentang rambut je kan. Mana penah nak ambil tahu tentang asal usul teknik dandanan rambut ni. Tapi hari ini pengalaman baru bagi I bila berpeluang didandan oleh pendandan terkenal dari Jepun Mr Hiro San yang mengendalikan Salon @luckluck bertempat di Nu Sentral. 



Nilah hair styler I, Mr Hiro San Professional Hairstyler dan amat terkenal di Jepun. (comel dan handsome kulit die omg.. bersih betul dan cantik)..


Kelainan Salon ini adalah teknik yang diaplikasikan mereka. Segalanya adalah berkonsepkan Jepun. Bermula dari mewarna, basuhan, urutan kepala, potongan dan produk mereka juga dari Jepun ya. Paling penting Mr Hiro San sangat detail dalam mengendalikan rambut customer. I tengok dia sangat focus dengan kerja beliau. Teknik mewarna rambut amat berlainan dari kebiasaan dan paling seronok cara beliau kendalikan rambut ketika cucian kerana teknik urutan mengikut cara Jepun dan juga apabila beliau mengeringkan raambut. The heating from blower dryer sikit pun taak irritate my scalp dan super soft yer kerja nyaa. Boleh dikatakan betul lah orang kaata masyarakat Jepun ni, orang orang dia sangat lemah lembut. Nak tahu macam mana lembut kena datang Luck Luck Malaysia di NU Sentral aras 2 bersebelahan MPH book store.





Ini adalah ruangan muslim friendly yang mana hanya WANITA sahaja dibenarkan masuk yer.


Simple dan ringkas sangat sinonim dengan negara Jepun

Melihat pada perician susun atur dan deco di dalam kedai, hampir kita tidak ketahui ia adalah sebuah salon. Dengan rekaan yang minimalist dan ringkas buatkan ramai tertanya. Belum tengok harga yang ditawarkan. Mesti korang akan pikir, masakan ada salon yang meletakkan harga begitu tak masuk akal untuk mendandan rambut. Nak pula hairstyler adalah seorang pendandan tersohor dan popular di Jepun. 

I berani jamin korang akan datang lagi selepas pengalaman pertama. Sumpah sangat bagus!! Tentang harga?. Jangan risau kerana ia amat berpatutan dan I berani katakan harga mereka sangat murah berbanding Salon lain, bagi kategori salon antarabangsa lagi lagi bertempat didalam mall. Juga tersedia package untuk warna/treatment dan harga sangattt 👌 


Buat masa sekarang mereka hanya menerima bayaran secara tunai (Cash) soon will untuk Credit Card user.








Kenapa I cakap ia berpatutan, bayangkaan kalau design color kebiasaan harga yang di kenakan adalah RM200 + (lenght rambut yang bermula dari RM50). Tapi didalam package Color & Treatment jika korang bayar untuk setahun RM500 bersamaan 6X session dan valid untuk setahun. Juga kalau korang bayar RM250 untuk 3X session (siap free blow,free treatment 2X siap extra RM50 kalau nak tukar design color. Hebat tak tawaran?

Ok berbalik pada package treatment dimana, korang hanya perlu bayar RM300 untuk 8X session manakala RM200 untuk 5X session.  (daan ia tak ada tamat tempoh ya).  Kat mana nak dapat harga ni? Dengan kepakaran dan produk dari Jepun. Kalau korang datang bawa kawan lebih dari 2 orang, akan dapat lagi 10% diskaun! Ini tak sembang punya. 

Hah yang hijabis jangan risau, mereka ada menyediakan ruang untuk HIJAB FRIENDLY ZONE dimana lelaki TIDAK DIBENARKAN MASUK dan pedandan kamu semestinya WANITA.Tak perlu risau mereka mempunyai HALAL CERTIFICATE Color Treatment made in Japan.


Rambut I sebelum colouring dan treatment yer.. 


Nampak tak, Punya la focus Mr Hiro San belek rambut I, Dia tengah peratikan stuktur rambut dan tahap kesuburan rambut. bagi memastikan beliau menggunakan produk mengikut percentage tahap penerimaan bahan ke atas rambut I. Kata beliau, dalam teknik dandanan Jepun adalah yang pertama dan paling rendah tahap kimia. Boleh dikatakan ia organics , but not so called organics since ia still pewarna rambut. Tp Ph nya amatlah rendah dibawah 3. (hanya orang salon je paham tahap peringkat kimia ni)




Alamak cucian inilah yang I katakan, amatlah syiok, hilang stress dan relief sangat.



during trim time.. beliau potong amat sikit dan biasa je.. Tapi hasilnya...


Sonok!! Bukan sakit tapi macam geli orang duk belai rambut hihi


Lihat saja hasil rambut I selepas diwarnakan, highlights dan kebaboommm!! Awesome!! Sangat berpuas hati. Jujur cakap I antara customer yang sangat happy puas hati segala lah. MasyaAllah masa dia tengah belek rambut i even  potong rambut even blow my hair lansung tak rasa irritate macam sesetengah hair dresser, tak rasa apa yang beliau sedang lakukan, tersangat rapi dan cermat hasil kerjanya. Memang lah orang kata orang Jepun ni lemah lembut. Sampai terlelap kita dibelai rambut kita. 

Hasil di bawah lampu dan beza di bawa cahaya matahari.







Walaupun Beliau tidak fasih English tapi effort untuk bagi tips penjagaan dan cara kendalikan rambut yang kerap diwarna melalui google translate amatlah dihargai. Bagus sangat baru hari ni, I tau warna apa sesuai untuk rambut I mengikut tone kulit dan mata. Senang citer i amat berpuas hati. 



Korang kena datang dan rasai sendiri pengalaman pertama bersama Luck Luck ラックラック Hair Color Salon. Oh lupa nak bagitahu, Kata dengan pemilik Luck Luck ラックラック Hair Color Salon Mr Kaoru San, OUTLET KEDUA bakal dibukan tak lama lagi di Sunway Pyramid pada September akan datang. Dan menjanjikan ruang yang lebih besar luas dan mampu menampung kunjungan yang ramai dalam satu masa. Jadi Korang yang tinggal di kasan berhampiran boleh lah ke Subang untuk dapatkan perkhidmatan dandanan rambut mengikut teknik Jepun di Luck Luck ラックラック Hair Color Salon. 


Terima kasih untuk dua kekasih I yang sanggup menanti dan menemani dari jam 11 pagi hinggalah ke jam 3 petang. Tapi diorang pun sakan, sebab sempat tapau barang setiap kali masuk butik. hahaha


Kalau yang nak tahu lokasi Luck Luck ラックラック Hair Color Salon ni refer detail kat bawah.


 Juga korang boleh follow  IG Page Luck Luck ラックラック Hair Color Salon diorang



#haircolor
#haircare
#colortreatment
#japanesetechnique
#lucklucksalon
@LuckLuck.Malaysia

Comments

  1. Bestnya !!! Rasa macam nak cari saloon warna rambut pulak. Teringin tengok muka dengan warna rambut yg berbeza. Warna grey cantik agaknya

    ReplyDelete

Post a comment

Pinkygroupsaid

Popular posts from this blog

Resepi Mi Sedap Goreng Pedas Kaw-Kaw!!

Sekarang aku kemaruk makan meggi goreng pedas kaw-kaw. Yang pasti meggi goreng tu bukan dari kedai tapi dari air tangan aku sendiri. Sejak pertama kali adik aku buatkan meggi goreng, sampai sekarang masih teringat kat meggi goreng dia. Itu pasal lah gigih aku belajar masak meggi goreng ni. Pemilihan brand meggi apa pun penting tau. Dan aku memilih Mi Sedap. Tahlah sebab tekstur mi die tak kembang selepas direndam kot. Lepas tu kebanyakkan kedai makan memang guna Mi Sedap untuk Goreng-goreng. Ada je yang guna MAGGI tapi untuk jenis masakan berkuah atau sup suai lah kot.
Cara-cara nak masak tu senang lah sangat.
Rendam Mi Sedap dengan air panas dalam 2 minit .Bahan rencah tu dah sedia ada ketepikan dulu.Tumis bawang putih sama bawang besar sampai naik bau.Campurkan segala rencah yang memang sedia ada dalam 1 pack Mi Sedap tu.Gaulkan kesemua bahan dan masukkan cili api (mengikut tahap kepedasan)Masukkan Mi Sedap (yang telah ditapis airnya) gaulkan sekali jalan dan kemudian tambahlah kica…

Review :LA BOURSE LABOURSE SHAMPOO TREATMENT SYAMPU & Essential Tonic Conditioner

Hi korang. harini aku tergerak hati nak share pasal satu shampoo ni, yang aku baru beli bulan lepas. Ok ada perkara menarik yang aku nak sharekan bersama korang tentang kebaikkan shampoo ni. Tapi sebelum tu meh nak tanya apa masalah utama kaum wanita. Tahu kan rambut tu mahkota wanita. Tapi kalau dah rosak, kesan dari chemical yang ada dalam produk rambut yang diguna setiap hari memang parah lah kan. Sama lah kes macam rambut aku. Secara jujurnya, aku sangat suka warnakan rambut. Terlalu suka. Cuma lately ni bila rambut dah haruk teruk, kelam kabut lah nak kena cari solution untuk baik pulih balik rambut kan.


Antara masalah wanita dan rambut, bila ada anak kecik. kata orang tua-tua, bila bayi kita menyembur atau dalam pahaman lain, anak suka sembur-sembur air liur, rambut si ibu automatik akan gugur. Tak tahu lah mitos tu betul ke tidak. Macam aku dulu alhamdulillah, azriel sembut patplohkali sesaat pun tak ada gugur. tapi rambut kering dan kadang susah nak urus. Ada yang bermasakah ra…

Braces Part 1 kena tahu dulu info baru start dengan journey ok.

Hi Korang. Lama nya tak borak pasal hal diri sendiri ni. yela sejak jadi mak mak ni. macam ni lah life. banyak benda ditumpukan sepenuhnya untuk menguruskan anak. Yer urusan sendiri pun ada. cuma tak diceritak dalam ruangan ni macam kebiasaan aku buat.


Korang yang lama dulu yang setia tegar terjah blog aku ni, mesti ingat macam mana rupa gigi (stuktur dan susunan ) gigi asal aku kan? Huh yer.. memang tak cantik lah. bersiong sana sini. Belum senyum dah terjulur si taring. Senang cakap bila nak borak dengan orang atau nak ketawa, tangan aku dah get ready nak tutup mulut. Takut diorang terkejut tengok Predictor senyum.
Aku ni kalau nak diikutkan tak takut lansung dengan doktor gigi ni. Tapi kalau doktor kesihatan tu yang mula nak merangkak panggil makpak atok nenek sebab takutkan jarum yang tiba-tiba menusuk kat liang urat dengan tak rela. (ishh tak suka betul masa tu) sakitt!! Ok jom berbalik kisah pasal gigi aku ni.
Ok tengok je awek cun senyum dengan senyuman yang membuatkan semua m…