Kembalikan keremajaan Kulit wajah dengan Rangkaian produk dari Farhat Laboratoires

  • July 18, 2019
  • By suara dari telapak kaki comel
  • 0 Comments





KUALA LUMPUR, Julai 2019, Produk kosmetik dan rangkaian penjagaan kulit sering menjadi tumpuan individu yang inginkan wajah yang lebih sempurna, berseri, cerah dan bebas daripada jeragat, kesan jerawat ataupun berminyak. Ia bukan sahaja penting dalam menyerlahkan penampilan individu tetapi juga mampu membantu meningkatkan keyakinan diri mereka. 


produk lengkah yang menjanjikan kulit kembali pulih dan sekata.


Setiap hari kita 'dihidangkan' dengan pelbagai pilihan produk dari dalam mahupun luar negara, malah syarikat-syarikat yang dikenali ramai juga sering menawarkan varian baharu yang didakwa lebih baik daripada keluaran sebelum dengan formulasi mahupun ciri-ciri yang lebih baik. Selain pempakejan yang menarik, testimoni-testimoni pengguna dan hasil kajian yang tertera pada pek dan iklan produk menjadi sandaran dalam menambat hati orang ramai untuk membelinya. 

Namun demikian, masih ramai yang tidak peka dan ingin mengetahui sama ada produk terlibat mengandungi ramuan terlarang atau yang mampu memberi kesan mudarat kepada kulit sama ada pada jangka pendek mahupun panjang. Bagi kebanyakan pengguna, mereka sentiasa teruja apabila melihat keberkesanan suatu produk terutamanya jika ia memberikan kesan yang diingini dalam masa yang singkat. Ini seterusnya akan mendorong mereka untuk terus setia dengan jenama berkenaan. Tanpa diketahui ramai, kandungan logam berat seperti merkuri, plumbum atau bahan racun seperti hidrokuinon, tretinoin, paraben, antibiotik dan kortikosteroid sering kali menjadi pilihan pengeluar yang tidak bertanggungjawab dalam menghasilkan rangkaian produk kosmetik dan penjagaan kulit yang mampu memberi kesan negatif pada kulit dan kesihatan. 




Merkuri boleh memberikan kemudaratan pada kesihatan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan saraf. Logam berat ini boleh mengganggu perkembangan otak bayi dalam kandungan serta kanak-kanak apabila diserap di dalam kulit, malah penggunaan produk yang mengandungi merkuri juga boleh mengakibatkan ruam, kerengsaan dan perubahan pada tona kulit. 


Hidrokuinon biasannya ditambah ke produk pemutih kulit bagi mendapatkan kulit yang lebih cerah atau merawat masalah pigmentasi pada kulit. Sungguhpun demikian, ia menjadikan kulit kemerah-merahan, perubahan warna kulit dan hipersensitif, selain mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV yang berbahaya dan meningkatkan risiko kanser kulit. Sementara tretinoin dan antibiotik digunakan untuk merawat masalah kulit berjerawat. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa ramuan berkenaan menjadikan kulit tidak selesa, pedih dan mengelupas serta sangat sensitif pada matahari. 


Penyalahgunaan krim kortikosteroid pula dikaitkan dengan masalah penipisan kulit, peningkatan kanser kulit serta kulit yang semakin gelap. Produk kosmetik dan penjagaan kulit yang tidak sesuai pada keadaan kulit juga memberikan kesan negatif pada kulit termasuk jerawat, jeragat, kegatalan dan keadaan yang sensitif. Menyedari kepentingan penjagaan kulit yang baik, Farhat Laboratoires memperkenalkan Soothing Mist iaitu semburan bagi membantu menangani masalah penggunaan produk yang tidak sesuai pada kulit wajah.


Menurut Pengasas Farhat Laboratoires, Dr. Farhat Ayaz, rangkaian terbaharu itu mampu membantu menenangkan kerengsaan kulit dan seterusnya mengelakkannya daripada kekal teruk serta bermasalah. “Farhat Soothing Mist diformulasikan istimewa daripada sumber alam dengan ekstrak bunga-bungaan dan daun menjadi ramuan utama dalam meminimumkan stress pada kulit wajah. 
“Tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan bahan terlarang, produk terbaharu ini membantu mengatasi masalah kulit pengguna secara semula jadi,” katanya sempena pelancaran Farhat Soothing Mist di pasaran. Farhat Soothing Mist mengandungi ramuan seperti daun Hamamelis virginia atau lebih dikenali sebagai daun witch hazel yang membantu mengurangkan keradangan. Sifat-sifat antikeradangan yang terdapat pada tumbuhan herba ini membantu meredakan keadaan tanpa bertindak secara langsung kepada penyebab keradangan, sekali gus memberikan kesan yang lembut pada kulit. 


Bunga mawar Damsyik (Rosa damascena) dan bunga kamomil (Chamomilla recutita) sebagai ajen antibakteria merawat kulit dalam masa yang sama menghasilkan bauaan segar.





Selain itu, bunga mawar Damsyik (Rosa damascena) dan bunga kamomil (Chamomilla recutita) bukan sahaja dikenali dengan sifat wangian semulajadi tetapi juga ciri-ciri farmakologikal termasuk antibakteria, antitusif, dan kesan yang membantu menenangkan keradangan kulit. Perlindungan antioksida yang terdapat pada bunga-bungaan ini juga mampu menenangkan dan memberi kelembapan kulit. Daun aloe vera (Aloe barbadenesis) pula bersifat memulih dan antikeradangan yang mengurangkan kerengsaan kulit. Kandungan giberellin dalam tumbuhan ini berperanan sebagai hormon pembesaran yang merangsang pembentukan sel-sel baharu. Ini seterusnya membenarkan keadaan kulit bertambah baik dengan lebih pantas serta meminimumkan kesan parut. 



Kehadiran herba Centella asiatica seperti pegaga yang mengandungi sebatian aktif termasuk madecassoside berperanan sebagai antioksida pada kulit. Kandungan yang kaya dengan asid amino juga memberi kelembapan yang baik dan menenangkan kulit yang bermasalah atau rosak. Ia juga mengurangkan kesan kerosakan kulit akibat sinaran cahaya matahari serta meningkatkan keupayaan perlindungan kulit. 

Farhat Soothing Mist juga mengandungi sebatian magnesium sulfat yang membantu dalam memastikan kulit sentiasa segar, sihat dan kelihatan muda dengan membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah serta mengatasi masalah jerawat dan jeragat. Manakala sodium hyaluronate mampu meresap ke bahagian dalam kulit wajah, memastikan kelembapan kulit yang berpanjangan. Ia juga tidak toksik, tidak memberi kerosakan atau merengsa kulit. Ramuan itu turut membantu menggantikan kehilangan asid hialuronik serta menghalang mikroorganisma penyerang dalam sebatian beracun, seterusnya menghasilkan kulit yang lebih sihat, berseri dan cerah. Tocopheryl acetate atau Vitamin E merupakan nutrien penting dengan sifat-sifat antikeradangan. Ia membantu menyokong sistem imun, fungsi sel dan penjagaan kesihatan kulit. Ia juga bersifat antioksida dan berkesan membantu menangani kesan radikal bebas di persekitaran. Tocopheryl acetate juga memberi manfaat perlindungan daripada kesan sinaran UV, menggalakkan proses penyembuhan kulit, mempertingkatkan fungsi rintangan kulit serta mengurangkan kehilangan air pada kulit. 


“Berpengalaman selama lebih 15 tahun dalam bidang penjagaan kesihatan kulit, saya ketahui pencegahan adalah penting dalam memastikan kesihatan yang berpanjangan. 


“Namun, solusi pada masalah yang dialami juga penting dan Farhat Soothing Mist membantu mengatasi keadaan kulit yang terkesan daripada penggunaan kosmetik dan rangkaian penjagaan kulit yang tidak sesuai dengan keadaan kulit pengguna,” tambah Dr. Farhat Ayaz. Ujarnya, Farhat Laboratoires sentiasa memberi tumpuan pada produk penjagaan dan kecantikan kulit terutamanya kulit wajah dengan menyediakan rangkaian produk berkualiti tinggi yang sesuai dengan segenap keperluan kulit. 



“Rangkaian produk Farhat Laboratoires juga memperoleh kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia,” maklum beliau. Farhat Soothing Mist kini ditawarkan pada harga RM150.00 sebotol 100ml dan boleh didapati di Klinik Kulit Dr Farhat Ayaz, Farhat Laboratoires & Farhat Wellness. 





Maklumat lanjut 

Email: farhatlaboratoires@gmail.com 

Facebook : Farhat laboratories & Farhat Wellness 

Instagram : Farhat Wellness & Farhat_laboratoires 

Talian Untuk dihubungi : +6019 616 7505 

Ok panjangkan penerangan tentang Product dan services dari Farhat Laboratories ni kan?. Bertapa pentingnya nak jadi caantik dan kenapa perlu cantik. Selama ni I hanya tahu nak cantik , kena spend, nak cantik kena pakai product mahal. Tapi selepas sesi beramah mesra dengan Dr Farhat sendiri. Beliau banyak mengajar dan membetulkan teknik dalam penjagaan rutin wajah seharian. Dari segi cara permakanan apa yang perlu di elak dan dikurangkan. Dan beliau amat menitik beratkan pengambilan air putih yang secukupnya sejajar dengan berat BMI body kita. 


posing depan Klinik sebelum pulang 








You Might Also Like

0 100 org jejak kaki

Pinkygroupsaid

Total Pageviews

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

TQ Singgah