GUARDIAN & NAELOFAR LANCAR BEG TOTE EKSKLUSIF SEMPENA RAMADAN

  • May 02, 2019
  • By suara dari telapak kaki comel
  • 20 Comments


Kuala Lumpur, Thursday, 2 Mei 2019: GUARDIAN Malaysia hari ini melancarkan beg tote NATURE BEAUTY, RED BLOSSOMS dan FLORAL SERENITY – koleksi EksklusifMusim Panas sempena Ramadan.

Beg tote ini merupakan ilham dan hasil rekaan istimewa personaliti, pengacara, model dan tokoh perniagaan terkenal, Neelofa, yang juga merupakan pemilik kepada jenama fesyen kontemporari popular di Malaysia, NAELOFAR. 



Berucap di majlis perlancaran Koleksi Musim Panas tersebut, Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata: Kolaborasi istimewa bersama NAELOFAR ini adalah satu cara kami menyambut kedatangan Ramadan. Kami ingin menawarkan sesuatu yang eksklusif kepada para pelanggan, dan sudah tentu juga menarik, apabila mereka berkunjung ke Guardian untuk mendapatkan keperluan kesihatan dan kecantikan mereka.” Vai Chi turut mengumumkan bahawa stor-stor Guardian bakal menampilkan tema istimewa “Seiring Ramadan” sepanjang bulan Ramadan ini dimana Guardian berusaha untuk menawarkan banyak tawaran-tawaran hebat dengan potongan harga sehingga 50% untuk barangan- barangan tertentu.



Dan kepada mereka yang inginkan tip-tip kesihatan sepanjang bulan Ramadan, Guardian juga akan memuat naik petua-petua dan panduan kesihatan berguna daripada JoannaSoh, selebriti kecerdasan Youtube #1 Asia, ke laman Facebook Guardian dari masa kesemasa,” tambah beliau.

Jadi di bulan Ramadan ini, bila lagi masa yang lebih tepat untuk membeli-belah diGuardian sambil bergaya dengan beg tote istimewa rekaan Neelofa sendiri.Beg-beg tote tersebut boleh dibeli pada harga diskaun 40% dengan pembelian bernilai RM20 dengan mana-mana produk jenama penaja, atau RM30 jika tanpa barangan jenama penaja.
Beg-beg tersebut berharga hanya RM17.90 selepas diskaun 40%. 

Koleksi Musim Panas Guardian boleh didapati bermula hari ini sehingga stok masih ada. Rebutlah peluang untuk mengumpul ketiga-tiga rekaan sekarang kerana stok adalah terhad,” tambah Vai Chi.
Inspirasi Neelofa disebalik tiga rekaan beg tote:

RED BLOSSOMS



Warna bunga iris yang terang yangdigabungkan dengan geometri segi empat keemasan untuk memandu mata daripada satu elemen rekaan kepada yang lain. Direka secara eksklusif untuk tampak berani dan elegan


NATURE BEAUTY

Direka untuk melangkaui norma menuju kemodenan. Penggunaan corak yang bersih dan abstrak dengan warna tropical menyerlahkan kecantikan rekaan.


FLORAL SERENITY

Bunga dan rama-rama melambangkan keanggunan dan kecantikan, dengan sentuhan warna-warna berani untuk memberikan lebih rasa perayaan. Direka secara eksklusif untuk mereka.









View this post on Instagram

A post shared by COMEL AZHAR (@comelcomot_official) on


You Might Also Like

20 100 org jejak kaki

  1. Suka dengan design Floral Serenity tu, cantik sangat berbunga tote bag. Bukan senang nak dapat design eksklusif Neelofa, boleh dapat dengan PWP je pulak tu.

    ReplyDelete
  2. cantik beg ni..sesuailah kalau nak bawa telekung time nak terawih nanti..sesuai gak tuk bagi hadiah kan..harga pun not bad..boleh beli barangan guardian dan dapat beg sekali

    ReplyDelete
  3. lawanya tote bag tu. rambang mata nak pilih mana satu..alah beli semua jelah senang hehe BBL kena pergi Guardian cepat sebelum habis stok ni

    ReplyDelete
  4. wah tote bag neelofa lah..kena beli cepat ni...nak kumpul semua corak...hehe..harap2 masih ada stok la kat guardian

    ReplyDelete
  5. Cantik-cantiklah tote beg tu... teringin nak beli juga satu..FLORAL SERENITY cantik sangat! boleh letak telekong senang nak pi terawih!

    ReplyDelete
  6. Alaaa suka le kita gan beg tote ni. Nampak gaya kena le masuk ke guardian, kalau boleh nak dapatkan semua koleksi sb cantik2

    ReplyDelete
  7. Suka Nature brauty tu sbb fav color yellow hihihi... cantik2 koleksi bag naelofar ni.. nak cari jugak sebab minat neelofa.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya semua design tote bag die. Tapi Fadzi paling suka yang warna biru tu. Nampak lebih menyerlah

    ReplyDelete
  9. Kita kalau beli ni kita akan hadiahkan pada emak kita beg ini sebab sesuai untuk bawa telekung pergi terawih hehehe cantik dan juga nampak bergaya macam Neelofa...

    ReplyDelete
  10. Cantiknya la Nature Beauty tu. Tak segan nak bawa ke mana-mana pun sebab memang nampak chic. Rawlins boleh bawa gi office kot beg nie - saiz pun besar gak tu.

    ReplyDelete
  11. Cantik-cantik design pada totebag tu... Neelofa pun ada sekali.. syoknya dapat jumpa neelofa.. totebag ni senang sebab kalau tak pakai boleh lipat je bag ni masuk dalam beg lain ke apa kan

    ReplyDelete
  12. Wow i like all of the tote bag especially the NATURE BEAUTY design, later i go get at Guardian.

    ReplyDelete
  13. wahhhh ! ini sangat eksklusif nie sebab Neelofa tak collab dengan banyak produk. kalaua da collaboration tu maksudnya sangat eksklusif. nak dpt kan jugaklah koleksi eksklusif tote bags neelofa nie. nampak cantik ebtul !

    ReplyDelete
  14. Sekarang musim tote bag. Senang nak bawa dan besar. Nampak eksklusif rekaan dari neelofa. Memang bijak mencari idea sebbtu die antara usahawan berjaya. Tertarik dengan design nature beauty. Lembut dan nampak moden.

    ReplyDelete
  15. Cantikkan beg-beg dia. Geram tengok. Suka yang bercorak bunga penuh. Yang abstrak pun cantik juga. Peminat neelofa mesti excited

    ReplyDelete
  16. Suka bag jenis mcm ni. Comelnya la hai corak corak dia.
    Ni kalau pergi ke guardian ni nak juga tengok.
    Kalau berkenan, nak juga grab 1.
    Sebab harga pun tak la mahal.

    ReplyDelete
  17. Kita dah lama aim tote bag ni, lawa gila ! Bagus la neelofa ni, ada je item yang nak dikeluarkan even sempena ramadan sahaja. Nanti nak terjah Guardian cari tote bag ni. kita suka tote bag :D

    ReplyDelete
  18. Cantiknya bag tu. Ruby suka design yang bunga-bunga tu. Sebab boleh dijadikan bag telekung. Hehehe. Nanti nak dapatkan la satu. Memang selalu shopping kat Guardian.

    ReplyDelete
  19. Beautiful tote bag. Nampak feminine

    ReplyDelete
  20. Oh yessss Comel. Kita suka dia pny tote bag material dia very strong. And time bawa tote bag ada orang tanya beli kat mana. Hehehe. Tapi comey je neelofa kat tgh2 model semua tu. Hahaha.

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Total Pageviews

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

TQ Singgah