Review : MOvie terbaru dari Les 'Copaque Production Sdn. Filem ketiga bertajuk "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal".





Last weekend berpeluang bawa Azriel tengok MOvie terbaru dari Les 'Copaque Production Sdn. Filem ketiga bertajuk "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal".





Tak sangka Les 'Copaque Production Sdn berjaya membawa satu hasil seni layar bergendre kartun untuk tontonan bersempena cuti sekolah kali ini. Jom kita baca tentang sipnosis  "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal" ni.




Sempat culik maskot untuk bergambar


Semuanya bermula apabila Upin, Ipin, dan kawan-kawan mereka tersandung pada keris mistik di gudang Tok Dalang yang membuka portal dan membawa mereka terus ke dalam kerajaan Inderaloka. Ketika cuba mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, Upin Ipin terus menerus mendapat pelbagai pengalaman dan kawan baru dalam misi mencari jalan pulang. Dengan bantuan watak-watak dari dongeng dan cerita rakyat Malaysia, Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin dan kawan-kawannya mesti mengatasi beberapa halangan yang mencabar dalam filem pengembaraan yang penuh aksi, lucu. Dari jalan cerita dan setiap pit stop yang dilalui Upin Ipin dan rakan dapat merungkai dan menyelamatkan kerajaan Inderaloka dan dalam masa yang sama menyatukan cerita kisah dogeng yang kita sedia maklum, kesudahan mereka adalah tergantung.

Kalau aku sebagai ibubapa pun boleh terpukau dan leka menonton filem ni. Apa lagi korang. Wajib bawa anak-anak bersempena cuti sekolah ni. Kerana didalam jalan cerita ini, ada terselit message yang bagus, diterapkan drama kasih sayang dan etika terhadapa orang lebih tua dan ibu bapa. Jangan
tak percaya. Korang mampu keluarkan air mata bila mana babak Upin dan Ipin terpisah tu. Sedih weii.. Tapi  Les 'Copaque Production Sdn memang power bab-bab bawa cerita rakyat dalam edisi kartun. Walau kartun tapi message dan feelings tu sampai sangat. Memang tak mengecewakan yer. Tolong lah bawa anak-anak korang nonton. Sebab banyak cerita rakyat yang dah lama kita lupakan dan xtahu kesudahan serta watak-watak. kalau tengok Filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ni. Korang akan terpanggil untunk mengenang kembali nostalgia zaman atok nenek bercerita tentang character dogeng rakyat ni.

Secara jujur aku rate drama ni 10/10 dan tak sabar untuk sambungan seterusnya... (hah ada sambungan ke?,, jeng jeng,,jeng) korang kena tonton yang ni dulu baru tahu ok.





 Nampak tak mak-mak kalut sebab ape? sebab excited nampak maskot hahah sama naik ngan anak.

P/S : TAHNIAH  Les 'Copaque Production Sdn!!!

Comments

Chris_Sella said…
saya suka Upin Ipin. Tapi cerita ni saya tak tengok lagi. baca dalam blog ni pun dah rasa macam nak terus je pergi beli tiket. hihihihihihi
cre8tone said…
must be a great movie.. upin and ipin is so cute.. lots of kids love them.. I guess the movie will be nice too!
Bebelan Cik Min said…
Wah..memang suka la anak-anak bila dapat peluang menonton movie ni kat wayang hehehe..Bukan anak-anak je, orang tua pun teruja
bestnya dah tengok movie Upin Ipin terbaru ni.. BBL nak tunggu clear sikit baru pergi tengok. kalu tak, meriah sangat hall dengan budak-budak hehe
Fadzi Razak said…
Ha ada kawan saya ajak anak tengok upin ipin hari ahad ni. tapi tapi, sebenarnya, mak die pun nak ikut jugak hahahaha
Mimie said…
Dah tenfok Ahad baru ni. Memang puas hati dnegan kualiti movie ni. Terbaik. Jalan cerita pun menarik dan bosan ditonton .Bukan setakat anak anak saja terhibur .Mak bapa pun sama terhibur
ramai yang review cakap cerita ni memang best. setanding dengan animasi luar negara. nah tidak hairanlah dalam masa 4 hari cecah 5 juta lebih...kenalah bawa anak pergi tonton sebab inilah masanya kita support filem melayu...
Nadia Johari said…
Ramai dah tengok cerita ni.. Ada kata best ada kata bolehla.. Kena lergi juga ni bawa anak2 tengok. .Mcm menarik je. .Kata lgu dlm cerita ni best
Nina Mirza said…
Wahhh.. . Dah pegi tengok eh. Kita baru plan nak pegi bawak anak anak ni kebetulan cuti sekolah. Teruja depa ni nak pi tengok. Dari ramai review kata best!
Emi said…
Personally emi rasa filem upin ipin keris siamang tunggal ni best dan berbaloi untuk tontonan seisi keluarga. Emi sendiri dah pergi tengok waktu tayangan perdana haritu, memang best!
Tekkaus said…
Surely the kids will enjoy watching their favourite characters come to live right? I know I would too. Truly this is an awesome outing. 😃
Sunshine Kelly said…
Wow! ramai juga yang dah tengok movie ini kan, i pun nak bawa anak buah pergi.
Syiera Firdaus said…
Anak syira minat sangat upin ipin. Tak sempat lagi nak bawak. Tapi review semua cakap best ni. Kena pi tengok nanti
Syafiera Yamin said…
anak anak i dah tengok upin ipin lepas tu dia boleh lagi cari alam youtube layan lagu keris tu bukan main suka dia tengok repeat trailer banyak kali.. tapi cerita ni memang bagus sebab banyak pengajaran.. cerita lama lama dulu ada jalan penyelesaian tau hahaaa
Tengkubutang said…
wah.. ni kalau budak-budak suka la tengok ni.. dapat pulak pi ramai-ramai satu family.. penuh la panggung tu dengan suara budak-budak je kan.. hahaha
Budak2 mmg suka tgk movie upin ipin yg selalu dorang tgk kat Tv,tentu happening?
Alia Farhan said…
Memang terbaik kan.. Saya pun enjoy tengok cita ni. Anak2 lagi la sukaaa
Rawlins GLAM said…
Tak sabar nak menonton this coming weekend - sebab Rawlins nie jiwanya macam kanak-kanak. Haha. Tahniah Les 'Copaque Production

Popular posts from this blog

REVIEW : NIVEA FACIAL CLEANSING WIPES

Cara Masak Sardin Ringkas dari SDTKC

Resepi Mi Sedap Goreng Pedas Kaw-Kaw!!