The Green Guardian Edutainment Centre adalah pusat aktiviti interaktif sambil belajar dengan fokus kepada kesedaran alam sekitar.

  • November 11, 2018
  • By suara dari telapak kaki comel
  • 0 Comments



Hujung minggu lepas. Aku mendapat pelawaan untuk merasai sendiri Teknik pembelajaran yang kian menjadi trend masa kini. Dimana anak-anak akan sangat menyukainya. Terbukti sekali selepas aku membawa Azriel untuk merasai sendiri setiap sesi pembelajaran yang menggunakan simulasi Teknik pemberajaran secara digital. Kagum weii.. zaman mommy kecil dulu mana dapat merasa semua ni. Haruslah dinding umah atok jadi mangsa.


So, meh aku terangkan secara terperinci Teknik pembelajaran yang di gunakan di Green Guardian the Curve ni.

Kandungan pendidikan Green Guardian memberi tumpuan kepada tema kesedaran alam sekitar yang berbeza. Direka untuk kanak-kanak berumur antara 5 dan 12 tahun, mereka mendidik kanak-kanak untuk mengamalkan langkah-langkah yang berkesan untuk mempromosikan persekitaran hidup yang lebih selesa dan aman harmoni.

Green Guradian dilengkapi dengan peralatan seni dan kesan simulasi untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang mempesonakan. Kanak-kanak boleh berharap untuk melengkapkan permainan yang menyeronokkan dan interaktif untuk menyelamatkan bumi menggunakan alat visual visual digital dan alatan tangan. Kanak-kanak akan merasai sendiri dan melakukan sendiri pengalaman dengn cara  menyentuh, melihat, dan merasai semua pameran yang berwarna-warni dan mereka akan dibantu oleh kakitangan mesra pusat ini.

Tambahan pula, pusat ini juga memperkenalkan program 'Satu untuk Satu', yang menggalakkan kanak-kanak menukar buku atau bahan bacaan lain untuk memelihara alam sekitar dan mempromosikan budaya membaca.


Nampak tak fokusnya dia.


Menarik bukan?. Haruslah.. Semasa sesi berlansung, kami sebagai ibubapa berasa teruja dan terikut serta dalam sesi pembelajaran. Mana tidaknya, kanak-kanak mudah tertarik dengan sesuatu yang inovatif juga Teknik dan image digital yang menjadikan mereka leka dan focus. Menarik lagi dimana, di awal sesi pembelajaran lagi, kanak-kanak diminta untuk mewarnakan Image haiwan laut. Yang mana sebaliknya mempunyai jalan cerita. Kakitangan yang bertugas amat mesra alam dan tahu cara untuk menarik minat kanak-kanak sehingga mereka Berjaya menyiapkan tugasan mereka. Yang menarik lagi adalah image haiwan laut yang siap diwarnakan akan terlihat memasuki ruangan visual yang dipamerkan di screen dinding. Azriel sangat seronok kerana ikan jerung yang diwarnakan muncul dalam image visual dan ia hidup. Begitu juga kanak-kanak lain. Ibubapa lain jangan cakap lah. Kami lagi lah teruja. Seronok dan paling penting melihat anak sangat riang bermain dengan hasil kerja tangan mereka terpanpang di ruangan visual dinding.






Selepas itu kanak-kanak dibawa ke salah satu ruangan bilik. Dimana disini kanak kanak akan mempelajari tentang electricity serta cara untuk menjimatkan elektrik bila berada dirumah. Seronok melihat Teknik pembelajaran sebegini. Dimana kanak kanak akan tentu sekali leka dansangat focus semasa sesi pembelajaran. Mereka di ajar cara menjimatkan elektrik melalui peralatan asas yang ada dirumah. Mereka juga akan diberi ujian untuk mengenalpasti peralatan elektrik yang mana perlu ditutup selepas selesai mnggunakan ia. Bagus bukan, belum sampai 5 minit kanak kanak memberikan kerjasama yang bagus, dan mereka mampu menjawap setiap soalan yang dikemukan. Bagi aku sebagai ibu, Teknik ini amat berkesan, melihat anak berlajar tanpa tekanan dan kelihatan mereka sangat enjoyed.



Seterusnya sekali lagi kami dibawa ke satu ruangan bilik yang lain dimana, kanak kanak akan diperkenalkan dengan 7 planet selain bumi. Yang bagusnya aku sebagai ibu turut merasa teruja, kerana kecanggihan teknologi masa kini, telah menjadikan Teknik pembelajaran begini sangat meninggalkan kesan yang sangat positif. Dimana banyak perkara yang boleh dipelajari, dan ia tidaklah berat untuk anak anak hadam dan faham. Aku percaya kanak-kanak akan teruja dan sangat gembira bila mengikuti kelas interaktif digital sebegini. Terlalu cantic, real, inovatif dan sangat-sangat bagus untuk anak-anak mengenali sumber alam, bumi, planet, kebersihan alam semulajadi dan cara untuk mengekalkan persekitaran yang bersih untuk hidupan laut darat dan hutan.






Kelas terakhir semasa sesi pembelajaran. Kanak-kanak didedahkan dengan kaedah kitar semula kertas. Wah! Menarik sangat kerana Teknik ini tidak memerlukan sebarang ruangan yang luas dan yang penting. Setiap Teknik pembelajaran adalah melalui kaedah visual. Kanak-kanak diperkenalkan segala image dan bentuk hanya melalui dinding visual yang memantul image sesuatu benda atau alat. Alhamdulillah dan Tahniah. Image serta visual yang dipamerkan sangat berkualiti tinggi dan sangat real. Hingga anak=nak kecil seawal usia 4 tahun mampu mengenali rupa kertas dan sampah. Image ruangan kilang pemproseskan kitaran semula bagi kertas dipamerkan dan anak anak mempelaji Teknik membuat kertas kitar semula.bagus bukan? Dan mereka sangat teruja dan gembira.



Berminat untuk bawa anak anak ikuti sesi pembelajaran di Green Guardian? Boleh terus ke
website rasmi Green Guardian: https://www.greenguardian.com.my/
ADDRESS
MEDIASTAR IDEC SDN BHD (1086219-V)
Lot 233-234 Second Floor, The Curve,
No 6, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

opening hours
Monday - Sunday: 10am to 7pm

TELEPHONE
03-7621 4844 / 03-7621 4845
EMAIL: hello@greenguardian.com.my



 Mengenai Yuran:
Sekarang Green Guardian sedang mengadakan promosi RM38 untuk 2 jam program pembelajaran. Kalau harga asal adalah RM100. Jadi ibu bapa yang merancang untuk memberikan hiburan untuk anak anak disamping memberikan pembelajaran dalam masa yang sama, ini lah masanya untuk bawa mereka ke sini. Siap dapat FREE Solar Car Kit lagi tau bernilai RM19.90. (sementara stock masih ada)


“Pembelajaran tidak berhenti dan anak anda tidak terlalu muda untuk mengetahui sesuatu yang baru.”

You Might Also Like

0 100 org jejak kaki

Pinkygroupsaid

Total Pageviews

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

TQ Singgah