Posts

Showing posts from November, 2018

Kyochon di Sunway Pyramid.

Image
Sabtu lepas , Sesi dating dengan BFF merangkap GF Azriel ke Sunway Pyramid. Initially aku bersiap nak ke event, skali macam mana boleh silap date plak, adoiyaii, itu yang beria bersiap, sampai kat venue tersebut, sekali non hado majlisnya lagi 2 minggu. Huhu, Nampak tak bertapa busynya aku kalah pak Menteri. Haha Malu sendiri. Senduuuu.. Naseb Arlia datang dari Kelang dan park keta di Subang. Kira dekat lah nak kemana mana nanti. Event tak jadi,perut pun dah lapar, Azriel jangan cakap lah, tahap kelaparan macam setahun tak makan. Biasa lah selera anak bujang aku memang camtu. Mebanggakan. Tak rugi bawa majlis. Hihi Kami ke Kyonchon Sunway Pyramid. Sekarang kan tengah trending makan Korean food ni. Hah takt ahu sedap ke tidak. Sebelum ni, Biasa makan kat Dubuyo dan Bulgogi kat Mid Valley. Kita try lah Kyonchon pula. Yela tengah famous ayam fried dia yang super crunchy bersalut sos pedas, madu dan kicap masin. Tapi wak, tunggu nak makan, kena beratur tau. Dekat 20 minit juga, Azri

SIAPAKAH ANDA HARI INI? KOSMETIK DARI LONDON - W7 DILANCARKAN DI MALAYSIA

Image
PETALING JAYA, November 8, 2018 - Asia Healthcare, pengedar produk kesihatan dan penjagaan kulit memperkenalkan jenama terbaharunya - W7. Jenama solekan yang sangat kreatif ini menawarkan pelbagai produk kosmetik untuk setiap individu muda yang peka fesyen dan ingin mengubah gaya mereka serta-merta. Bertemakan "Siapakah Anda Hari Ini", W7 beraspirasi untuk menggalakkan wanita muda dan bersemangat untuk berani dan yakin dalam mencipta solekan yang sepadan dengan gaya unik mereka. "W7 memberi peluang kepada pengguna untuk mengekspresikan dan mengubah diri mereka dengan pelbagai pilihan produk solekan yang ditawarkan pada harga yang berpatutan," kata Encik Edgar Liong, Pengarah Eksekutif Asia Healthcare di majlis pelancaran W7 Kosmetik. Dinamakan atas nombor poskod - W7 di West London, jenama kosmetik yang berpangkalan di UK hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dalam formulasi dan inovasi semua produknya untuk membantu pengguna menci