Jemputan Terbuka Untuk Usahawan Malaysia Menerokai Peluang Perniagaan Di Taiwan Expo 2018

  • October 26, 2018
  • By suara dari telapak kaki comel
  • 0 Comments

(Kuala Lumpur, 25 Okt 2018) Taiwan Expo 2018 di Malaysia yang ditunggu-tunggu secara rasminya dilancarkan pada hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pameran 3 hari ini menampilkan 250 gerai daripada 200 syarikat Taiwan dan mempamerkan gabungan produk yang menarik termasuk basikal terkenal di Taiwan, lengan robotik pintar, hadiah menarik, makanan lazat, produk halal dan banyak lagi. Dengan acara yang menarik pada tahun ini, penganjur yakin  dapat mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan berbanding acara pada tahun lepas.
Encik James C.F. Huang, Pengerusi TAITRA merasmikan majlis tersebut dengan ucapan pembukaannya dan seterusnya diikuti oleh tetamu jemutan yang lain termasuk H.E. Anne Hung, Wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia; Tan Sri Datuk Ter Leong Yap, Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Kebangsaan Malaysia, NCCIM; dan Datuk Bahria bin Tamil, Pengarah Kanan Perhubungan Ekonomi dan Perdagangan Bilateral, Kementerian Perdagangan & Industri Antarabangsa Malaysia.
Acara pada tahun ini telah mendapat sokongan daripada 17 organisasi perdagangan di seluruh Malaysia memandangkan penggiat industri berharap untuk membawa teknologi dan produk Taiwan yang terbaik ke Malaysia sekali gus membentuk perkongsian strategik dengan rakan perniagaan di Malaysia.
Ekspo Taiwan 2018 di Malaysia menampilkan 12 tema pavilion dan lapan ruang pameran yang  berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Tema utama pada tahun ini adalah Menghubungkan Taiwan, Menghubungkan Dunia dimana ia menggabungkan enam bidang utama Bandar Pintar, Teknologi Hijau, Penjagaan Kesihatan, Halal Taiwan, Gaya Hidup Taiwan dan Pelancongan Taiwan.

Ekspo Taiwan yang telah diadakan buat kali pertama di Malaysia pada tahun lepas telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.Acara selama tiga hari itu menarik kira-kira 20,000 pengunjung dengan nilai perdagangan berjumlah USD36 juta.
Pameran tersebut ternyata berjaya meningkatkan lagi kerjasama antara Malaysia dan Taiwan sekali  gus menarik minat ramai peserta untuk melawat Taiwan bagi  meneroka peluang perniagaan. Acara pada tahun ini diharapkan dapat memberikan hasil lebih baik dalam kedua-dua skala dan skop. Pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan pelbagai acara menarik termasuk demonstrasi, seminar, pertukaran perniagaan, pertunjukan fesyen dan banyak lagi.

Produk IoT Menarik Perhatian
Dua belas tema pavilion  dan lapan ruang pameran dipilih untuk menyerlahkan kekuatan penyelidikan dan pembangunan, kapasiti produksi serta pemasaran kelas dunia. IoT (Internet of Things) sebagai contoh, ia merangkumi semua aspek gaya hidup moden dari tempat kerja ke tempat kediaman dan dari bandar pintar  ke rumah pintar. Kedudukan Taiwan sebagai peneraju dalam IoT serta dalam industri yang berkembang pesat seperti e-sukan, realiti maya dan pengguna elektronik pastinya akan menjadi pendorong kepada komuniti perniagaan Malaysia yang ingin mendapatkan trend komuniti semasa.
Di samping itu, antara tarikan utama di Taiwan Expo 2018 adalah penampilan pelbagai jenama ICT terkemuka dunia Taiwan di Pavilion Taiwan Excellence, sistem e-dagang yang inovatif di Pavilion Startups Digital Commerce & Startups, pameran IoT oleh Kerajaan Bandar Taipei dan penjagaan perubatan pintar di Pavilion Kesihatan Taiwan. Pameran ini berfungsi sebagai pengenalan tentang bagaimana teknologi Taiwan dapat menjadikan  kehidupan lebih baik, lebih mudah, dan lebih bijak. Ia juga menunjukkan berapa banyak penyelesaian dapat diselaraskan dengan hala tuju pembangunan Malaysia dan peluang-peluang yang menanti untuk diterokai.
Sistem bas pintar yang memantau dan memberi amaran kepada pemandu untuk meningkatkan penumpuan dan sistem automatikwaste notificationyang memberi amaran kepada sistem pemulihan sumber 24 jam apabila thrash can70% penuh sekali gus memberi gambaran penuh tentang apa yang dapat dilihat di bandar pintar pada masa hadapan. Di bahagian perindustrian, lengan robot yang pertama di dunia dengan keupayaan pengenalan visual membolehkannya membezakan objek dengan bentuk, kedudukan, barcode dan warna yang telah terbukti sangat berharga dalam meningkatkan keupayaan pembuatan.
Bagi teknologi hijau pula, tiga kategori utama iaitu Bandar Pintar Mesra Alam & IoT”, Bahan Binaan Mesra Alam dan Teknologi Penjimatan Tenaga akan mempamerkan kelebihan industri teknologi hijau Taiwan.

Halal dan Fesyen, Sisi Lain Taiwan
Jumlah produk dari Taiwan yang diperakui halal yang semakin meningkat dan ramai telah menemui cara yang terbaik untuk menerokai pasaran Malaysia. Pameran Halal Taiwan ini akan memperkenalkan pelbagai produk-produk halal daripada facial maskhinggalah kepada makanan sejuk beku. Satu Sidang media yang  buat julung kali diadakan bagi memperkenalkan produk Halal Taiwan sempena pameran tersebut meningkatkan lagi keterampilan produk Halal Taiwan di Malaysia.
Pameran berkaitan gaya hidup termasuk fesyen, produk kecantikan, budaya berbasikal dan pelancongan juga menjadi tumpuan ramai. Taiwan adalah peneraju dunia dalam industri pembuatan basikal dan menghasilkan 20 juta basikal mewah setiap tahun. Dengan budaya berbasikal yang berkembang pesat di Malaysia, ini adalah masa yang terbaik untuk memperkenalkan basikal Taiwan yang bertaraf dunia kepada rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, Taiwan juga terkenal dengan beberapa laluan berbasikal yang paling indah di dunia; contohnya Sun Moon Lake Bikeway yang dinobatkan sebagai laluan basikal ke-8 yang paling indah oleh Skyscanner pada tahun 2017.
Sementara itu pengunjung yang berminat dengan fesyen dan aksesori tidak akan kecewa dengan pameran Taipei IN Style yang akan mempamerkan koleksi yang terbaik dari pakaian moden dan fungsional Taiwan.

Aktiviti Tanpa Henti, Keriangan Tiada Penghujung
Pameran produk bukan satu-satunya ruang yang menarik. Penganjur telah membawa pelbagai rakan kongsi untuk menganjurkan beberapa seminar untuk pertukaran idea. Seminar tersebut termasuklah Seminar Taiwan Excellence- Penyelesaian Pengangkutan Pintar, Seminar Penjagaan Cerdas Taiwan, Taipei IN Style: Pertunjukan Fesyen, Acara Kecantikan VIP Taiwan, Pameran Halal Taiwan, Forum mengenai Latihan Perubatan di Taiwan, Forum Perusahawan e-dagang Digital Taiwan, Pengenalan Maklumat Kesihatan & Pembedahan Pencernaan Taiwan dari Show Chwan Hospital, Taiwan Excellence eSports Arena dan Taipei Pameran Rakan Kongsi Anda, dan sebagainya.
Persembahan budaya yang menarik dan aktiviti cabutan bertuah telah dirancang sepanjang tempoh Ekspo Taiwan 2018 untuk menghidupkan pameran ke tahap yang baru.
Taiwan Expo 2018 akan berlangsung dari 25 Oktober (Khamis) hingga 27 Oktober (Sabtu) 10 pagi hingga 6 petang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Penyertaan adalah percuma dan pelawat hanya perlu mendaftar untuk Pas pelawat. Untuk mendaftar bagi aktiviti atau untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi http://mys.taiwanexpoasean.com/ atau platform media social www.facebook.com/TaiwanExpo.mys/ dan www.instagram.com/taiwanexpo2018_malaysia.
Jadual Acara TAIWAN EXPO 2018 di Malaysia
 Acara Pentas

Tarikh
Masa
Acara
Tempat

25 Okt.
10:00 - 11:30
Majlis Perasmian
KLCC, Dewan 5, Pentas

13:00 - 13:15
Persembahan Budaya Taiwan + Cabutan Bertuah

14:00 - 14:30
Taipei IN StylePertunjukan Fesyen + Fungsi

15:00 - 16:00
Acara Kecantikan VIP Taiwan

16:30 - 16:45

26 Okt.
10:30 - 12:30
Pameran Halal Taiwan

13:30 - 13:45

14:00 - 14:20
Pameran Produk – Rakan kamu Taipei

14:30 - 14:45

15:15 - 15:30

27 Okt.
10:30 - 10:40
Persembahan Budaya Taiwan

11:30 - 11:45

12:00 - 16:00
Taiwan Excellence eSports Arena

Mesyuarat Perdagangan

  Tarikh
Masa
Acara
Tempat

25 Okt.
10:00 - 18:00
Mesyuarat-mesyuarat perdagangan
KLCC, Dewan 4&5

Forum Industri

  Tarikh
Masa
Acara
Tempat

25 Okt.
13:30 - 16:00
Pengenalan Maklumat Kesihatan & Pembedahan Pencernaan: Hospital Show Chwan Taiwan
Dewan 3,
Bilik Seminar 2

13:30 - 17:00
Seminar Taiwan Excellence - Penyelesaian Pengangkutan Pintar
Bilik Mesyuarat 304

26 Okt.
10:00 - 12:00
Seminar Penjagaan Cerdas Taiwan
Dewan 3,
Bilik Seminar 2

12:30 - 15:00
Forum Latihan Perubatan di Taiwan

15:00 - 16:40
Forum Digital e-dagang & Perusahawan Taiwan

#        #        #

Mengenai Ekspo Taiwan
Ekspo Taiwan merupakan penyertaan julung kali buat  TAITRA membawakan pelbagai industri keluaran Taiwan yang dipamerkan secara besar-besaran di luar negara. Dipandu oleh empat idea utama iaitu Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan, Pengembangan Bakat, Perkongsian Sumber dan Hubungan Serantau. Di samping pameran produk, ekspo ini akan turut menganjurkan mesyuarat-mesyuarat perdagangan dan forum berasaskan industri terlibat bertujuan untuk meningkatkan interaksi B2B selain pertukaran kebudayaan dan aktiviti kebajikan masyarakat bagi mempromosi dan menggalakkan kehidupan yang lebih baik dan meningkatkan  imej industri.

Penganjur: TAITRA
Diasaskan pada tahun 1970 untuk membantu mempromosikan perdagangan luar negeri, Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Negeri Taiwan (TAITRA) adalah organisasi separa kerajaan tidak-berasaskan-keuntungan yang ditubuhkan bagi mempromosi perdagangan di Taiwan.

Organisasi tajaan bersama oleh kerajaan, persatuan industri, dan beberapa organisasi komersil, TAITRA membantu industri perniagaan dan pengeluar Taiwan mengukuhkan daya saing antarabangsa mereka dalam menghadapi cabaran pasaran asing. TAITRA menawarkan rangkaian promosi dan maklumat perdagangan yang diselaraskan dengan lebih daripada 1,200 pakar pemasaran antarabangsa yang ditempatkan di seluruh ibu pejabatnya di Taipei dan 50 pejabat di luar negara di seluruh dunia. Bersama dengan organisasi kakaknya, Pusat Dagangan Taiwan (TTC) dan Pusat Dagangan Dunia Taipei (TWTC), TAITRA telah mencipta banyak peluang perdagangan melalui strategi promosi yang berkesan.

Penerangan Logo Expo Taiwan
Logo yang direka khusus untuk Taiwan Expo di Malaysia menggabungkan reputasi Taiwan sebagai kerajaan rama-rama dan kemegahan harimau Malaysia untuk menandakan kerjasama erat ke arah  manfaat bersama.

You Might Also Like

0 100 org jejak kaki

Pinkygroupsaid

Total Pageviews

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

TQ Singgah