Mimpi Ombak Besar lagi

  • September 02, 2018
  • By suara dari telapak kaki comel
  • 0 Comments



Assalamualaikum,


Kali ni nak cerita pasal mimpi. Sebenarnya mimpi ni dah kali kedua aku alami. Bila teringat jadi takut, gigil. Hati macam risau je.

Malam tadi.. ohh bukan malam sekitar jam 4-5 pagi macam tu, aku mimpi pasal ni. Dulu penah sekali mimpi macam ni, keadaan yang sama, dimana masa tu aku sedang dalam keadaan yang sangat tenang dan berada di satu dalam sebuah bot atas dasar laut. dari jauh kelihatan seperti langit gelap dan seakan nak hujan. Bayangkan out of no where, dari langit biru tak ada awan siap kicauan burung yang sangat mendamaikan. Tiba-tiba gelombang langit tu cepat sangat berubah. Mendung, gelap macam nak ribut.

Sempat aku balik ke darat dan masuk rumah, hati rase tak tenang, sekali mengintai dari ruang pintu dining hall, MasyaAllah depan mata ombak besar setinggi tinggi alam depan mata. Tak pernah terfikir macam aman aku boleh ada dalam rumah tepi laut dalam masa yang sama, semua orang dalam mimpi aku lansung aku tak kenal.

Ombak tu timpa rumah aku, tapi alhamdulillah kalau realiti haruslah hancur musnah, tapi maybe sebab mimpi, elok je tegak berdiri rumah yang aku diami. Pelik je Ombak yang besar yang mampu buatkan sesiapa pun lari berkeliaran, tapi aku seakan tak ada perasaan cemas. tak ada yang aku pikirkan dah risaukan. hanya sekadar terfikir dari mana datangnya ombak sebesar ni. Kenapa sekitar nampak tenang sedangkan ombak besar baru je menyerang.

Tiba-tiba aku tersedar dari tidur akibat dari bunyi alarm dari handphone. SubbahanaAllah....Takutnya..
Mimpi rupanya.. takut weiii... dari bangun tidur tengah mandi asyik teringat je, dalam train ke office sampai sekarang tengah typing ni pun, masih terasa cemas dan ketakutan. yang pelik aku macam tenang tapi takut. Adoiyaii confuse lah dengan apa yang aku rasa sekarang.

Tak sedap hati nak gak tahu yang mimpi kita boleh ditafsir.. Bukan percaya tapi sekadar nak tahu..Kalau yang baik alhamdulilah kalau yang tak baik, mohon dijauhi.

laju-laju klik Mr Google dan.. mendapat info ni dari page kakak CEMPAKAMERAH


1. Mimpi melihat gelombang tinggi : Akan hampa dalam percintaan (dah lama hampa pun, cukup lah dulu setakat ni)

2. Petanda rezeki nak datang bergolek (Mudah-mudahan...amiin)

3. Petanda rumahtangga atau hidup nak dilanda gelombang (Nauzubillah...minta dijauhkan...)

4. Mimpi ombak besar bermakna rezeki anda sedang dipermainkan (moga aku sekeluarga dimurahkan rezeki)

5. Petanda nak dapat jodoh (errr....?)

6. kedatangan air yg besar itu tandanya rezeki akan datang melimpah ruah. Jika ombak besar atau tinggi, bererti rezeki sedang bagus. Begitu juga sebaliknya. kalau mimpi air, itu rezeki... lagi besar ombak....lagi besarlah rezeki... (MasyaALLAH.. amiin)

7. Mimpi air keruh dan arus deras biasa nya nak menghadapi kesusahan.. (Alhamdulillah)

8. Menurut Ibn Sireen, mimpi air boleh bermaksud:
-kehidupan yang gembira
-wang
-kemeriahan
-penambahan dalam perniagaan
-pendapatan
-perkahwinan

8. Mimpi melihat air banjir, bersirat akan mendapatkan rezeki. Mimpi melihat air mengalir, bermakna akan mendapatkan khabar yang mengejutkan

9. Kalau air jernih, rezeki elok.. kalau air kotor, dapat sakit... ( kalau sakit biarlah aku, jangan lah pada Azriel, Tak sanggup mommy tengok anak mommy sakit.)



Wallahualam....

Apapun, bagi aku apa yang terjadi dan bakal terjadi telah tersurat, apa yang baik datang dari Allah swt dan yang tak baik adalah dari kelalaian kita sendiri.

P/S : Tiada doa yang ingin aku titipkan sebaik baik doa untuk family dan terutama sekali anak mommy Zairiel Azriel hezry Zairul Azizi. Semoga sentiasa dilindungi dan disayangi semua orang.
amiin......

You Might Also Like

0 100 org jejak kaki

Pinkygroupsaid

Total Pageviews

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

TQ Singgah