Mulut

  • August 23, 2018
  • By suara dari telapak kaki comel
  • 0 Comments


Gambar sekadar hiasan...


Assalamualaikum, wah lama juga tak update alkisah peribadi, takdalah berapa peribadi. tapi yang aku yakin, ada diantara pembaca yang jenis silent reader kat page blog aku ni. Apapun terima kasih yer adik kakak yang menjengah dan sudi meluangkan masa kat ruangan coretan aku ni.


Lamanya tak beradu mengadu kat page ni. maklum lah page cari makan kan? takkan nak post benda kontraversi. Tapi takpe lah sekali sekala. Ape ada hal..

Ada cerita aku nak kongsi dan tanya pendapat korang. tak komen kat sini end of phase pun aku tak kisah, sekurangnya aku tahu korang sedang membaca.

Ni kisah "MULUT"

Hah! topik pun lain macam kan? Mulut ni bila bercakap benda elok, akan elok lah jadinya, akalau bercakap benda tak elok , akan parah lah sudahnya. Tapi apepun berbalik pada hati. Ikhlas ke tidak apa yang terluah, atas niat ape? dan tujuan macam mana. Atau sekadar untuk meraih simpati atau meraih perhatian percuma. Hurm.. Itulah, hidup ni tak selalunya indah dan takkan selamanya teruk. InsyaAllah apa yang di duga akan berakhir kesudahnya.

Semua orang akan bawa mulut. Yela kalau tak bawak camne lak korang makan dan minum, eventually nak bersembang antara satu sama lain pun, mulut adalah aset penting dalam komunikasi. Tapi kena ingat bila bercakap menggunakan mulut, sila berhati hati dan jangan ada yang offense dengan ungkapan yang keluar dari mulut korang. Hal yang melibatkan mulut ni, adalah sangat common. Bab kutuk, mengata, puji, puji (dalam tak ikhlas) atau sweet talker untuk lelaki. Kadang orang nak baik dengan kita, perkara pertama adalah cara mereka berkomunikasi dengan kita. Tak semestinya perlakuan pujian menggunung adalah terlahir dari ungkapan ikhlas. Aku tak kata semua. Sergelintir darinya. Eh.. jangan terasa, tak kata awak pun.. Ada juga yang sakit hati atau envy dengan kita, tak semena mena tolong viralkan statement yang mane tak pernah keluar pun dari empunya tubuh. Magic tak?

Tak baik tau, buat orang orang macam tu. Penah ada yang tanya, macam mana nak kekal cantik dan muka berseri. Jawapan aku ringkas. Semestinya orang lain akan jawab yang sama. Air sembahyang!! yela air suci yang mampu melupuskan segala keruh cela pada wajah. Tapi hakikatnya, berbalik pada hati. Walau sembahyang setiap waktu segenab sudut, ia tetap berbalik pada hati. Sama juga kalau bertutup litup, tetap juga ia berbalik pada hati. Dan aku pasti dan yakin ini adalah tuntutan agama Islam. Bagi menjaga hubungan antara manusia dengan Allah swt. Tapi tidakkah manusia tahu akan tuntutan hubungan antara sesama manusia?!. Ramai yang pandang remeh hal begini. Bagi mereka. Alahhh minah tu bukan tutup aurat pun, bergaul bebas lak tu. dan terus jugde die ke neraka. Mentang mentanglah awak gang makcik-makcik lesung bawang yang solat tak tinggal, tutup aurat 24/7. OMG!!! tapi kena ingat makcik oii.. hati kalau gelap hitam ada hasad dengki pada orang itu sangat tidak bagus. Bukan ape, hidup ni ibarat roda, kadang di atas kadang dibawah. Tak selamanya awak disanjung dan tak selalunya awak jadi favorite. Ingat ni je. Apepun pada aku dalam hal ni bersederhana adalah cara terbaik. kalau nak baik pun tak perlu sampai dalam perut. maksudnya, tak payah lah percaya ape orang sampai dan kata 100% dan pesanan pada diri sendiri juga. Bercakap biarlah berdasarkan fakta dan bukan rekaan semata. maklum lah, Bukan sahaja masakan, dalam penyampaian maklumat ni pun. manusia kini dah makin advance dengan pertambahan bahan yang menyempurnakan lagi jalan cerita. Semestinya originality cerita asal tidak akan kekal hingga pengakhiran cerita.

Fitnah tu.. Tahu tak apa hukum fitnah?! tak tau?! adeii pegi jela Google cari. So jaga hati, jaga mulut jaga tingkah laku. Yang penting tak perlu lah duk dengki dengan hal orang, ape dia nak buat lantak pegi kat dia lah. kalau rase kesian pegi direct tegur secara berhemah. Bercakap dalam kumpulan tentang satu topik gosip atau fitnah ni, tidak menyumbang kepada sebarang kebaikkan. malah akan buatkan diri sendiri nampak teruk. kalau nak jadi macam die, belajar dan jadilah mengikut ape yang kehendak hati nak. kalau agak nampak tak boleh belah abaikan. jauhkan diri dan carilah bahan lain untuk dibualkan. Contohnya, macam mana nak masak sup siam ala comel. hahahahah...

jadi. Pesanan aku pada yang suka bawa mulut untuk menyampaikan maklumat tak sahih tu, sila lah rujuk kaunseling berhampiran. Sebab aku takut korang mengalami sidrom tak boleh tengok life orang sempurna. Senang je nak life sempurna ni. Bila kau tahu bersyukur dengan apa yang kau ada, dan kurangkan menyusahkan orang dengan memikul statement yang sendiri kau reka untuk raih perhatian umum. Kerana aura positif ni sebenarnya tak perlu diraih kerana ia hadir sendiri pada tuan badan yang carry aura positif tu.

Doa aku. Semoga hidup kau dilimpahi rahmat dan sentiasa berda dalam lindungan Allah swt dan mendapat apa yang diimpikan di cari selama ini. paling penting "hati Yang bersih suci murni" bukanminyak masak murni ya. 

Sekian.

You Might Also Like

0 100 org jejak kaki

Pinkygroupsaid

Total Pageviews

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

TQ Singgah