Skip to main content

Alternatif Sarapan Sihat untuk Pagi yang Sibuk Yogurt Fernleaf baharu dengan kelazatan rendah lemak dan kurang manis





Mulakan hari anda dengan sihat dan ceria bersama Yogurt Fernleaf baharu, diperbuat

daripada 100% susu dari New Zealand untuk memberikan kebaikan tenusu kepada warga

Malaysia yang sentiasa sibuk pada waktu pagi!




Yogurt Fernleaf merupakan keluaran terbaharu dari jenama tenusu ini, yang mempunyai

warisan dan dipercayai sebagai Trusted Goodness TM oleh para ibu di Malaysia untuk keluarga

mereka. Semenjak 30 tahun yang lalu, Fernleaf membawakan kebaikan tenusu dari ladang

di New Zealand kepada para keluarga di seluruh Malaysia dan menyediakan produk susu

yang berkhasiat untuk menyumbang kepada diet yang sihat dan seimbang.




Dengan tekstur lembut berkrim, rangkaian yogurt baharu ini merupakan pilihan yang lebih

sihat dan lazat untuk seisi keluarga. Yogurt Fernleaf mempunyai logo ‘Healthier Choice’ yang

diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah memenuhi kriteria kesihatan

yang telah ditetapkan, iaitu rendah lemak dan kurang manis.




Yogurt Fernleaf kurang manis berbanding jenama-jenama yogurt yang lain. Ia begitu

digemari ramai sehinggakan satu tinjauan pengguna mendapati bahawa 9 daripada 10 orang

yang mencuba Yogurt Fernleaf akan menggantikan jenama yogurt yang biasanya mereka

makan dan juga 99% pengguna akan menyarankan Yogurt Fernleaf kepada keluarga dan

rakan-rakan mereka.




“Waktu pagi boleh menjadi waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan keluarga di Malaysia.

Kebanyakan orang hanya sempat merias diri buat seketika sebelum bergegas untuk ke

sekolah atau tempat kerja untuk mengatasi kesesakan lalu lintas. Oleh itu, mereka biasanya

tidak mengambil sarapan. Namun kita semua juga tahu akan kepentingan sarapan dalam

memberikan tenaga untuk memulakan hari.




“Dengan Yogurt Fernleaf, anda dapat memulakan hari anda dengan betul! Walaupun pada

pagi yang paling sibuk sekalipun, yogurt merupakan sarapan yang mudah, lazat dan juga

tidak mengambil masa yang panjang. Anda tidak perlu lagi mengalami rasa lapar pada waktu

pagi! Alternatif yang mudah dan enak ini dapat membantu seisi keluarga menjalani hari

mereka dengan penuh bertenaga,” kata Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands

Malaysia.




Yogurt Fernleaf boleh dinikmati begitu sahaja, namun ianya juga enak apabila digabungkan

dengan snek sihat yang lain. Contohnya, anda boleh mencampurkannya dengan oat, bijian,

kekacang dan buah beri di dalam sebuah balang untuk menghasilkan oat semalaman yang

menarik sebagai sarapan yang mudah dan mengenyangkan.

Atau, campurkan muesli yang rangup atau granola dengan Yogurt Fernleaf untuk sarapan

yang memuaskan!




Pada waktu pagi di hujung minggu, apabila anda kurang sibuk, berikan keluarga anda suatu

kejutan gembira dengan salad telur yang berkhasiat dan lazat, dengan menggantikan

mayonis dengan Yogurt Fernleaf yang sememangnya lebih sihat. Sajikan salad tersebut di

atas roti gandum penuh dengan taburan kacang walnut, dan ianya akan menjadi permulaan

yang baik kepada hujung minggu yang menyeronokkan!




Yogurt lazat tersebut bukan sahaja sesuai sebagai sarapan, malah ianya juga sesuai sebagai

snek sepanjang hari! Sebagai pemberi tenaga di waktu siang pula, anda boleh membuat

smoothie yogurt dan buah atau sos celup untuk seleri, pisang, lobak, timun atau biskut

gandum dengan yogurt. Anda juga boleh menjadikannya sebagai dressing bagi salad anda.

Yogurt Fernleaf boleh didapati dalam beberapa perisa yang lazat – asli, strawberi, beri

campuran dan mangga, setiap cawan adalah seberat 110g dan berharga RM1.50.




Mulakan hari anda dengan betul bersama Yogurt Fernleaf yang lazat dan mudah untuk gaya

hidup anda yang sibuk! Ia boleh didapati di pasaraya dan kedai di seluruh negara.


Tentang Fernleaf


Sepanjang 30 tahun yang lalu, Fernleaf memberikan khasiat tenusu yang terbaik dari ladang New

Zealand ke Malaysia, menyediakan susu yang berkhasiat bagi para keluarga agar mereka dapat

mengekalkan diet yang sihat dan seimbang. Dengan pengalaman dalam industri ini selama lebih

daripada seabad lamanya, Fernleaf percaya bahawa kualiti datangnya secara terus dari sumber.

Hanya susu segar daripada lembu yang diberi makan rumput, digabungkan dengan sistem

perladangan yang canggih dan ketelitian dalam setiap langkah pengeluaran, dapat menjanjikan anda

salah satu standard khasiat tertinggi dalam produk tenusu.




Tentang Fonterra Brands




Fonterra merupakan peneraju global dalam khasiat tenusu – pembekal bahan tenusu yang digemari

pelbagai syarikat makanan terkemuka dunia. Fonterra juga mengetuai pasaran dengan jenama

tenusu pengguna sendiri di New Zealand, Australia, Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin.

Fonterra merupakan ko-operasi yang dimiliki peladang dan merupakan pemproses susu terbesar di

dunia. Ia juga merupakan salah satu pelabur terbesar di dunia dalam kajian dan inovasi tenusu,

berasaskan kepakaran dalam bidang tenusu selama beberapa generasi untuk menghasilkan lebih

daripada dua juta tan produk tenusu, ramuan tenusu sampingan nilai, ramuan istimewa dan produk

pengguna bagi 140 buah pasaran. Fonterra Brands Malaysia memulakan operasi pada tahun 1975 di

Shah Alam. Kini, ia mempunyai dua buah pusat penghasilan, Susumas dan Dairymas, dan jumlah

sebanyak 700 orang pekerja sepenuh masa yang membawakan khasiat tenusu yang terbaik kepada

warga Malaysia, dengan penuh dedikasi.




Kesemua produk tenusu oleh Fonterra Brands Malaysia disahkan Halal oleh New Zealand Islamic

Development Trust (NZIDT), yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti

yang diperuntukkan dalam MS1500:2009, standard antarabangsa yang digunakan oleh JAKIM.

Fonterra Brands Malaysia turut mematuhi standard industri tempatan dan antarabangsa

termasuklah HACCP, Veterinary Health Mark, ISO 9001:2000 dan GMP. Fonterra di Malaysia dikenali dengan jenama-jenama terkemukanya seperti Anlene, Anmum (Materna, Essential dan Lacta), Fernleaf, Calciyum, Chesdale dan di bawah bahagian perkhidmatan makanannya, Anchor Food Professionals, ia dikenali dengan Anchor, Mainland dan Perfect Italiano.












Comments

Popular posts from this blog

Resepi Mi Sedap Goreng Pedas Kaw-Kaw!!

Sekarang aku kemaruk makan meggi goreng pedas kaw-kaw. Yang pasti meggi goreng tu bukan dari kedai tapi dari air tangan aku sendiri. Sejak pertama kali adik aku buatkan meggi goreng, sampai sekarang masih teringat kat meggi goreng dia. Itu pasal lah gigih aku belajar masak meggi goreng ni. Pemilihan brand meggi apa pun penting tau. Dan aku memilih Mi Sedap. Tahlah sebab tekstur mi die tak kembang selepas direndam kot. Lepas tu kebanyakkan kedai makan memang guna Mi Sedap untuk Goreng-goreng. Ada je yang guna MAGGI tapi untuk jenis masakan berkuah atau sup suai lah kot.
Cara-cara nak masak tu senang lah sangat.
Rendam Mi Sedap dengan air panas dalam 2 minit .Bahan rencah tu dah sedia ada ketepikan dulu.Tumis bawang putih sama bawang besar sampai naik bau.Campurkan segala rencah yang memang sedia ada dalam 1 pack Mi Sedap tu.Gaulkan kesemua bahan dan masukkan cili api (mengikut tahap kepedasan)Masukkan Mi Sedap (yang telah ditapis airnya) gaulkan sekali jalan dan kemudian tambahlah kica…

Review :LA BOURSE LABOURSE SHAMPOO TREATMENT SYAMPU & Essential Tonic Conditioner

Hi korang. harini aku tergerak hati nak share pasal satu shampoo ni, yang aku baru beli bulan lepas. Ok ada perkara menarik yang aku nak sharekan bersama korang tentang kebaikkan shampoo ni. Tapi sebelum tu meh nak tanya apa masalah utama kaum wanita. Tahu kan rambut tu mahkota wanita. Tapi kalau dah rosak, kesan dari chemical yang ada dalam produk rambut yang diguna setiap hari memang parah lah kan. Sama lah kes macam rambut aku. Secara jujurnya, aku sangat suka warnakan rambut. Terlalu suka. Cuma lately ni bila rambut dah haruk teruk, kelam kabut lah nak kena cari solution untuk baik pulih balik rambut kan.


Antara masalah wanita dan rambut, bila ada anak kecik. kata orang tua-tua, bila bayi kita menyembur atau dalam pahaman lain, anak suka sembur-sembur air liur, rambut si ibu automatik akan gugur. Tak tahu lah mitos tu betul ke tidak. Macam aku dulu alhamdulillah, azriel sembut patplohkali sesaat pun tak ada gugur. tapi rambut kering dan kadang susah nak urus. Ada yang bermasakah ra…

Braces Part 1 kena tahu dulu info baru start dengan journey ok.

Hi Korang. Lama nya tak borak pasal hal diri sendiri ni. yela sejak jadi mak mak ni. macam ni lah life. banyak benda ditumpukan sepenuhnya untuk menguruskan anak. Yer urusan sendiri pun ada. cuma tak diceritak dalam ruangan ni macam kebiasaan aku buat.


Korang yang lama dulu yang setia tegar terjah blog aku ni, mesti ingat macam mana rupa gigi (stuktur dan susunan ) gigi asal aku kan? Huh yer.. memang tak cantik lah. bersiong sana sini. Belum senyum dah terjulur si taring. Senang cakap bila nak borak dengan orang atau nak ketawa, tangan aku dah get ready nak tutup mulut. Takut diorang terkejut tengok Predictor senyum.
Aku ni kalau nak diikutkan tak takut lansung dengan doktor gigi ni. Tapi kalau doktor kesihatan tu yang mula nak merangkak panggil makpak atok nenek sebab takutkan jarum yang tiba-tiba menusuk kat liang urat dengan tak rela. (ishh tak suka betul masa tu) sakitt!! Ok jom berbalik kisah pasal gigi aku ni.
Ok tengok je awek cun senyum dengan senyuman yang membuatkan semua m…