Posts

Showing posts from January, 2018

Nutrisi Khas Untuk Perubahan Yang Mengagumkan

Image
  Anmum Materna jenama pertama  untuk memperkenalkan rumusan Tanpa Gula Tambahan*, Rendah Lemak dan Probiotik DR10 ™ Karen Ong  (Marketing Director of Fonterra Brands Malaysia),  Dr Raman Subramaniam  (Consultant Obstetrics & Gynaecology at Fetal Medicine and Gynaecology Center, Kuala Lumpur),   Leong Lih Wei  (Nutritionist at Fonterra Brand Malaysia),  Irene Cheah  (Marketing Manager at Fonterra Brands Malaysia),  Jihan Muse  (Actress and TV Host)   and  Ng Kar Yoon  (radio announcer and celebrity host). Kuala Lumpur, 6 Januari 2018 -- Tahukah anda bahawa kehamilan merupakan satu perjalanan hidup yang mengagumkan bagi   ibu hamil dan anak yang sedang membesar dalam kandungan? Ketika ibu hamil menyesuaikan diri secara fizikal untuk menyokong zuriat yang dikandungi, si anak akan melalui proses perkembangan yang pantas; bermula daripada sekelompok sel hinggalah menjadi bayi yang lengkap dengan jantung yang berdegup, wajah yang lengkap serta anggota-anggota lain  yang be

Azriel dengan Influenza A dan H1N1.

Image
Apa perasaan korang bila hari pertama hantar anak ke sekolah untuk pertama kali? Seronok bukan?. Mestilah tengok keletah dia yang sikit tak ada rasa gugup bila pertama kali jejakkan kaki. Rasanya Mommy yang over emotional sebab banyak fikir, boleh ke anak sesuaikan diri, boleh ke dia berkongsi bergaul dan boleh ke dia uruskan diri kalau nak ke tandas atau nak belajar dalam kelas nanti.  Azriel alhamdulillah setakat ni. suka kan sekolah, hari-hari setiap malam tanya esok kita akan kesekolah lagi kan mommy?. Mommy pula yang tak larat nak jawab. Excited lah tu, sebab ramai kawan. Hari sekolah Azriel terhenti seketika pada hari ke 3 persekolahannya. Dapat panggilan dari teacher Kinah bagitahu yang Azriel muntah-muntah dan suhu badan panas. Aku pula bila dapat panggilan yang mencemaskan, jangan cakap lah tak cukup tanah aku dibuatnya. Nak keluar office nak bagitahu boss guna mulut tergamam, sebab dah lama Azriel tak sakit berat macam ni. Aku sempat tunjuk WhatApp text je

Produk Review : Kini Boleh Tambah Tinggi Dengan Hi-Plus Supplement

Image
Sekarang kalau tinggi tu awesome!! Kenapa? sekarang ni dah trend semua gadis sukakan jejaka yang mempunyai ketinggian ala- ala bintang Korea. Dah tentu bila ada boyfriend tinggi atau pasangan yang tinggi keyakinan diri tu akan lebih bertambah, terutamanya dikalangan lelaki. Wanita kalau rendang atau kurang incinya tidak lah teruk sangat kencaman atau sindiran, kerana bila wanita rendah atau petit, selalunya amat disukai oleh kaum lelaki. Tapi Kalau lelaki yang petit atau rendah. Alahai menjadi sangat bermasalah, rasa tidak yakin, nak minta kerja dibidang pertahanan juga sukar. Lepas tu kalau ada pasangan yang selari tinggi dengan mereka, teman wanita atau pasangan tidak dapat memakai kasut tumit tinggi, kerana dikuatiri akan melebihi ketinggian lelaki tersebut. Kesiannya.  Seperti aku, tak tinggi dan tak juga rendah, sedang sedang saja ukuran tinggi. Pemilik ketinggin 166cm dan masih lagi berhajat untuk jadi tinggi paling tidak pun 170 (hihihi) baru nampak macam model kan

Azriel dihari pertama sekolah. 2/1/2018

Image
Sekian lama baru nak update new entry untuk 1st time 2018. Permulaan yang mencabar dalam hidup bagi tahun baru. Antaranya tahun ni Azriel dah start pre school. Yang lebih excited adalah mommy lah. Mana tidaknya dari sekecil-kecil tapak tangan kita jaga dia, sampai sekarang separuh dari badan kita tingginya. Dah 5 tahun lah anak mommy tahun ni. So dimana pilihan pre school yang terbaik untuk Azriel? Alhamdulillah dah dapat school yang bagus insyaAllah Azriel akan berlajar dan bergaul dengan baik dan selesa. Bertemu rakan baru dan berlajar banyak perkara baru. InsyaAllah. Pagi-pagi semestinya mommy akan sedaya upaya bangun pagi untuk siapkan breakfast, walau mommy tahu di sekolah nanti cikgu akan sediakan makan dan minum kamu. Mommmy tahu kamu makan kuat dan selalunya tak akan cukup. So mommy masak siap-siap supaya anak mommy dibekalkan khasiat dan tenaga yang cukup untuk berlajar sepanjang hari ok. Setiap pag mommy akan buat live bento story untuk kamu, sebab buat se