Posts

Showing posts from December, 2017

Asam pedas ayam power Melaka by SDTKC

Image
Kali ni i nak share resepi asam pedas ayam power Melaka by SDTKC. Sebenarnya i tak penah buat asam pedas.sebab tak tahu apa bahan yang perlu dimasukkan, ngat leceh buat asam pedas Melaka ni. Rupanya.. Celah gigi je bahan. Seperti yang korang tahu asam pedas ada 2 cara pernyediaan. Satu style utara yg ada daun kesum, bunga kantan, dan lagi satu ada serai dan belacan. So asas tetap sama menggunakan cili,bawang,garam dan asam jawa atau asam keping. Yang i nak share asam pedas melaka, sepertinya selatan style lah nampaknya. Bahan-bahan Bahan (A) Ayam/daging tetel stgh kilo Bahan (B) 2 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 2 ulas bawang merah 1 inci kunyit hidup 1 inci belacan (dibakar) 5 sb cili boh/serbuk cili Bahan (C) 1 kpg asam kping. (Rendam dlm air bagi kembang) 2 batang serai Garam,gula secukup rasa. Cara-cara Bahan (B) dikisar lumat dan ditumis hingga garing dan naik bau. Pastikan betol2 kering dan garing yer. Seterusnya masukkan bahan (A) dan dibiarkan hin

Pengalaman ACL Reconstruction.

Image
Assalamualikum, lama juga tidak update entry terbaru,bukan malas, tapi keadaan tak mengizinkan bila aku mengalami kecederaan lutut yang teruk sehingga perlu menjalani major surgery jika ingin berjalan kembali. Memandangkan keadaan lutut yang teruk dan doktor menasihati untuk aku jalani pembedahan tersebut. Dikutkan ramai sahaja yang mengalami kecederaan ACL seperti aku ni. Tapi ada juga yang tak bedah masih boleh berjalan. Cuma kes aku menjadi serius bila lutut aku tak mampu menampung badan sampai nak naik tangga dan turun tak boleh. So doktor nasihatkan untuk buat lah lebih bagus. Apa itu kecederaan ACL untuk bagi yang tak jelas, bawah ni adalah sedikit penerangan yang aku ceduk dr Mr. Google. Sendi lutut merupakan gabungan 2 tulang iaitu tulang Femur (peha) dan tulang Tibia (betis).Selain itu,Ligamen merupakan elemen penting dalam memegang struktur tulang sendi lutut ini.Bagi sendi lutut sendiri,terdapat 4 ligamen yang memegang untuk mengukuhkan sendi lutut.Ia adalah

Hoshino Coffee outlet Pertama di Malaysia kini di Mid Valley

Image
Diasaskan pada 2011 di Jepun, Hoshino Coffee ialah kemuncak menu makanan yang unik dicipta oleh sistem Restaurant Nippon yang memiliki lebih daripada 30 makan malam jenama dan kopi berkualiti tersendiri dibawa oleh Doutor Coffee, yang menjalankan rantai kopi yang terbesar di Jepun dan mempunyai lebih daripada 50 tahun sejarah pembakaran kopi. Sinergi besar ini diterima baik oleh orang ramai dan ia hasil boleh dilihat di pertumbuhannya bagi lebih daripada 180 buah kedai di Jepun. Usahanya keluar kepada dunia telah sampai Singapura, Korea Selatan, China dan sekarang, Malaysia. Buat Caffeine junkie and dessert enthusiasts berita gembira buat anda Hoshino Coffee akhirnya mendarat di Malaysia!!!Nikmati pengalaman makan anda dalam satu persekitaran Cafe Jepun selesa. Menawarkan serta menyediakan menu yang bakal membuatkan anda teruja dan tidak sabar untuk nikmati keunikkan setiap hidangan. Persekitaran yang sangat cozy juga exclusive namun masih dalam range mampu bayar, pasti anda tidak

Fernleaf Menyumbang Semula kepada Masyarakat 500kg Nutrisi yang Lazat untuk 10 Rumah Amal

Image
Selangor, 15 Disember 2017 – Jenama tenusu, Fernleaf menyumbangkan sebanyak 500 kilogram (kg) susu tepung kepada kanak-kanak di 10 buah rumah amal, bermula dengan Agathians Shelter di Petaling Jaya hari ini.  Kerja amal ini adalah hasil daripada kempen Goodness Feeds Greatness Fernleaf, di mana jenama tersebut telah bekerjasama dengan rakan perniagaannya, Mydin untuk menyeru kepada para pembeli untuk menyokong usaha jenama tersebut dalam menyumbangkan kelazatan dan nutrisi susu kepada kanak-kanak yang memerlukannya. Bermula daripada 15 Oktober hingga 15 November, Fernleaf menjemput para pengunjung Mydin untuk menyokong kebaikan dan usaha jenama tersebut dalam menyediakan nutrisi dan pemakanan susu kepada kanak-kanak tersebut. Bagi setiap pek susu tepung Fernleaf yang dijual di Mydin sepanjang tempoh tersebut, 50g tenusu penuh nutrisi akan disumbangkan kepada kanak-kanak di rumah amal yang terlibat dan pusat perlindungan di seluruh negara. Encik Jose Miguel Porraz-Lando,

Bio-Oil®, produk untuk merawat kesan parut & regangan kulit yang utama di dunia kini lebih hebat. Sangat menakjubkan!

Image
Malaysia, 15 December 2017 - Pakar dalam penjagaan kulit yang disayangi ramai, Bio-Oil ® kini tampil dengan wajah baru. Selepas kehadirannya selama sedekad di Malaysia, minyak pelbagai guna ajaib ini mendedahkan wajah yang lebih segar, kontemporari dalam pembaharuan terkini. Produk ini sangat disukai ramai kerana keberkesanannya dan merupakan produk No. 1 untuk merawat kesan parut dan regangan kulit di lebih 24 buah negara termasuk Malaysia (Nielsen, 2016), UK, Australia dan New Zealand. Bio-Oil ® mempunyai campuran vitamin A & E dan minyak tumbuhan semulajadi seperti lavender, kalendula, rosemary dan kamomil, bersama dengan ramuan unggul PurCellin Oil™ yang membolehkan ramuan aktif diserap ke dalam kulit dengan sempurna tanpa meninggalkan kesan berminyak. Dengan mengekalkan ciri-ciri keunikan warna putih dan oren Bio-Oil ® , kini peknya disertai pula dengan maklumat ringkas mengenai manfaatnya di atas kotak. Sebagai satu produk yang dikenali ramai dan mendapa

Lazada Online Revolution Blogger Contest.

Image
Wah dah nak hujung tahun lah, macam biasalah mesti sana sini tengak sibuk dengan jualan murah sana sini. diskaun yang buatkan mata sesiapa sahaja jadi besar. Tahu tak, dengan kekangan masa yang sangat terhad, dimana peruntukkan masa perlu di uruskan. Dengan trafik sana sini. Kat mana biasa nya korang akan mendapatkan barang keperluan. Contohnya aku sendiri hadapi masalah yang sama, bila duit ada, bila mood shoping datang, mengenangkan trafik jam kat jalan raya yang sesak, terus hilang mood. Dalam kepala dah set nak se situ dan kesini mendapatkan barang yang di idamkan, nak-nak bila promosi jualan secara besar besaran. Jadi secara automatik jalan raya, mall, laluan pejalan kaki akan sesak tak pasal. Sebab semua orang berebut dan tak nak ketinggalan dalam mendapatkan jualan murah secara besaranan ini. Lagi lah pula jualan hujung tahun yang mana, ramai bakal membelanjakan bonus yang baru mereka terima. Walau kurang dari sepuluh barang pun korang kena beratur seperti memb

Sahabat, BFF, Friendship Goal dari (2011-2017)

Image
Macam mana nak mula yer?. Detik perkenalan kami bermula semasa kami masuk blaja kat Perlis dulu. IKM Berseri. Wah berseri seri gitu. Masa tempoh jadi junior tu biasa lah freshy kan tentu saja jadi bahan tumpuan, Terutama Rai lah. Macam aku plak datang selepas second intake. Paha jela bila freshy, kau akan di mark sebagai junior, dimana junior kena hormat kakak senior. Puii..menyampah aku. Zaman junior aku dulu sengsara tau tak. Aku dan Rai boleh dikatakan dua student yang sepanjang masa kena panggil dengan senior. Bencinya!!!! Senior pulak kalua panggil bukan kes lain tak bukan, warning kami berdua supaya jangan kacau orang mengatal dengan boyfriends diorang. Hello kami datang nak belajar lah kakak senior!!! Part paling tak boleh belah bila aku kena panggil masuk bilik. Dikumpulkan semua ladies student pahtu minta aku sebut nama aku. Lepas aku mentioned nama penuh. Ditazkirahnya pulak aku. Cakap nama aku tak sesuai dengan aku. Hanattnya diorang ni. Susah payah mak p

Ber "Bubble di Tasek Titiwangsa.

Image
Hujung minggu yang lepas, azriel berpeluang main bubble kat titiwangsa park. Dah lama dia nak ke sana, aku bukan apa, tempat orang ramai kalua nak bawa Azriel kena betul-betul bersedia. Dia ni boleh dikatakan terlebih gula, sehyper hyper aku, hyper lagi dia. Bila dia mula start buat muka comel dan meminta untuk bawakan dia ke taman, kita sebagai mak-mak mana mampu tengok je. Selalunya akan aku bawa dia ke taman dalam Mall. Alasannya sebab tak crowd sangat dan masih boleh kawal kalua dia berlari sana sini. UIks Azriel macam Watson yambek tau.. laju ya amat. Kalau dia lari, siap lah macam pergi sauna lah mommy dibuatnya. Sekarang dah masuk musim tengkujuh, so cuaca memang belah petang akan hujan lebat disertai guruh kilat bagai. Dah 3 kali plan asyik tak jadi sebab factor cuaca, sabtu minggu lepas plan keluar awal, awal tak la awal sangat jam 5 petang. Memandangkan cuaca cantik. Azriel ? jangan cakap lah dia punya excited sangat sampai tak berheni bercakap. Bingit pula