Skip to main content

11street Melancarkan Kempen Akhir Tahun untuk Memacu Pertumbuhan Perniagaan yang Mampan menerusi Pengukuhan Kepelbagaian Produk Yang Ditawarkan

Photo 2_LowresPhoto 3_LowresPhoto 5_Lowres
  • Jumlah tempahan untuk produk global meningkat secara ketara, iaitu dua kali ganda pada tahun ini berbanding 2016
  • 11street menjangkakan peningkatan sebanyak 50% dalam nilai dagangan kasar (GMV) dan tempahan perdagangan merentasi sempadan sepanjang kempen berlangsung
    KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2017 – Arena perdagangan elektronik (e-dagang) telah membawa kepada peningkatan persaingan dalam industri e-dagang di Malaysia, memberi gambaran bahawa pertumbuhan pasti akan dialami operator tempatan. Lantas itu, 11street – pasaran dalam talian nombor 2 di Malaysia – memacu inisiatif untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaannya dengan memperkenalkan pelbagai produk tempatan dan antarabangsa, sekaligus menyumbang kepada industri e-dagang negara. Photo 1_Lowres Chuljin Yoon, Ketua Pegawai Operasi 11street berkata, “Dengan kepesatan pendigitalan ekonomi, kami melihat dunia perniagaan semakin terhubung. China, Jepun, Korea dan Amerika Syarikat berada dalam senarai teratas kadar penembusan e-dagang yang aktif. Oleh itu, tidak hairanlah negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, merupakan pasaran seterusnya bagi perkembangan sektor e-dagang yang pesat. “Sebagai sebuah pasaran dalam talian, 11street berperanan untuk menyediakan kemudahan membeli-belah dalam talian dengan penawaran kepelbagaian produk, sama ada tempatan mahupun antarabangsa, pada harga kompetitif kepada para pengguna dan pada masa yang sama mengembangkan sektor e-dagang di negara ini.” Yoon menekankan, sejak tahun 2016, perdagangan merentasi sempadan (CBT) di Malaysia mengalami pertumbuhan eksponen. Bagi 11street Malaysia sahaja, jumlah tempahan bagi produk global telah meningkat secara ketara iaitu sebanyak dua kali ganda pada tahun ini berbanding 2016. Cross-Border Trading Scene in Malaysia “Ditambah pula, jumlah tempahan produk dari China meningkat sebanyak 9 kali ganda pada tahun ini dengan lebih 70% pembelian merangkumi rangkaian produk memperbaik kediaman dan penjagaan peribadi,” Yoon berkata. Antara produk-produk global yang mendapat permintaan tertinggi adalah kamera kenderaan, beg alat solek, beg mengembara dan gajet elektronik. Berbekalkan maklumat ini dan kajian pasaran yang kami jalankan, 11street mampu melaksanakan kempen-kempen yang berorientasikan pelanggan dengan kepelbagaian produk ditawarkan sambil menggalakkan sektor e-dagang di Malaysia. Memenuhi permintaan tempatan menerusi Kempen ‘Shocking? YES!’ Rentetan kajian pasaran 11street yang lepas, pengguna nyatakan harga sebagai faktor utama dalam pertimbangan pembelian mereka; faktor lain yang mempengaruh mereka adalah penawaran produk yang meluas dalam setiap kategori termasuk jenama antarabangsa. Yoon berkata, “Rata-rata pengguna membeli-belah dalam talian untuk dapatkan harga yang lebih rendah. Oleh itu, 11street komited 11street dalam menyediakan pasaran dalam talian yang holistik kepada pengguna tempatan, membolehkan mereka merasai pengalaman membeli-belah yang lebih seronok dengan diskaun menarik dalam satu lokasi. Kelebihan street yang ingin kami sampaikan secara khusus adalah kemudahan.” Lebih daripada 100,000 Tawaran Harga Terendah yang Dijamin dan Penghantaran Percuma untuk pembelian melebihi RM29 Pelancaran kempen beli-belah dalam talian akhir tahun 11street - ‘Shocking? YES!’ melihat kerjasama dengan ribuan jenama terkenal tempatan dan antarabangsa, – untuk memperkenalkan 100,000 Tawaran Harga Terendah yang Dijamin dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM29 mulai 1 November 2017 sehingga 31 Disember 2017. Sepanjang tempoh kempen, para pengguna akan menikmati rangkaian produk daripada jenama-jenama global yang mengambil bahagian, khususnya Globalegrow (sebuah jenama tersenarai awam di Bursa Saham Shenzhen dengan pemodalan pasaran melebihi AS$3 bilion), Anker dan Aukey (penjual terkemuka Amazon di peringkat global dalam kategori pengecasan peranti, barangan elektronik serta aksesori teknologi mudah alih di lebih 20 negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah), Hada Labo (losen wajah No. 1 di Jepun – dengan satu botol terjual pada setiap dua saat), OLENS (pembekal kanta kosmetik No. 1 di Korea), MamyPoko, Samsung dan pelbagai lagi. Jenama-jenama lain yang turut mengambil bahagian termasuk Banila Co., Bluelans, Banggood, Caring Pharmacy, CJ WOW Shop, Courts, Lotte, Mamonde, Nongshim, Skechers, Tesco, UEB Technology dan lain-lain. 11street Menjangkakan Peningkatan 50% dalam Keseluruhan Perniagaan Yoon berkata, “Seiring dengan peningkatan pembelian dalam talian pada musim jualan akhir tahun, 11street mengunjurkan peningkatkan 50% dalam nilai dagangan kasar (GMV) dan tempahan dagangan merentasi sempadan kami. Kempen ‘Shocking? Yes!’ disasarkan untuk mengubah definisi pembelian dalam talian dengan menawarkan pelanggan lebih banyak kepelbagaian dan promosi yang mengujakan. Sebagai pasaran dalam talian nombor 2 di Malaysia, portfolio perniagaan 11street kian berkembang dan kini mempunyai lebih daripada 40,000 penjual dengan lebih 13 juta produk tersenarai pada kadar purata 16 juta kunjungan sebulan. Turut hadir untuk menyaksikan pelancaran Kempen ‘Shocking? YES!’ adalah Tan Sri Datuk Ter Leong Yap, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM); Akira Kajita, Pengarah Urusan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) Kuala Lumpur; Yeon Sung Whan, Pengarah Agensi Promosi Perdagangan-Pelaburan Korea (KOTRA) dan Adam Tan, Naib Presiden Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Kempen ‘Shocking? YES!’ dan series Tawaran Mengejutkannya, sila layari www.11street.my. About 11street (www.11street.my) 11street is a trustworthy and convenient online marketplace that offers a great variety of products at competitive prices. It strives to revolutionise today’s consumers’ online shopping experience by making it more personalised and engaging. 11street has a diverse selection of product categories which are tagged on Fashion, Electronics, Groceries, Health & Beauty, Kids & Baby, Leisure & Sports, Home & Living, and Books & Services including deal offerings like E-vouchers. 11street is also an optimised marketplace where its merchandising ecosystem, education and training programs can fully support sellers regardless of the size of their businesses. Established in Korea since 2008, 11street is now one of the top global e-commerce marketplace providers with 400,000 sellers serving over 30 million consumers worldwide. 11street also has a presence in Turkey and Thailand, known as n11 and 11street respectively. For more information, please visit http://www.11street.my.IMG_1440IMG_1442IMG_1450   IMG_1425 IMG_1457


Comments

Popular posts from this blog

Resepi Mi Sedap Goreng Pedas Kaw-Kaw!!

Sekarang aku kemaruk makan meggi goreng pedas kaw-kaw. Yang pasti meggi goreng tu bukan dari kedai tapi dari air tangan aku sendiri. Sejak pertama kali adik aku buatkan meggi goreng, sampai sekarang masih teringat kat meggi goreng dia. Itu pasal lah gigih aku belajar masak meggi goreng ni. Pemilihan brand meggi apa pun penting tau. Dan aku memilih Mi Sedap. Tahlah sebab tekstur mi die tak kembang selepas direndam kot. Lepas tu kebanyakkan kedai makan memang guna Mi Sedap untuk Goreng-goreng. Ada je yang guna MAGGI tapi untuk jenis masakan berkuah atau sup suai lah kot.
Cara-cara nak masak tu senang lah sangat.
Rendam Mi Sedap dengan air panas dalam 2 minit .Bahan rencah tu dah sedia ada ketepikan dulu.Tumis bawang putih sama bawang besar sampai naik bau.Campurkan segala rencah yang memang sedia ada dalam 1 pack Mi Sedap tu.Gaulkan kesemua bahan dan masukkan cili api (mengikut tahap kepedasan)Masukkan Mi Sedap (yang telah ditapis airnya) gaulkan sekali jalan dan kemudian tambahlah kica…

Review :LA BOURSE LABOURSE SHAMPOO TREATMENT SYAMPU & Essential Tonic Conditioner

Hi korang. harini aku tergerak hati nak share pasal satu shampoo ni, yang aku baru beli bulan lepas. Ok ada perkara menarik yang aku nak sharekan bersama korang tentang kebaikkan shampoo ni. Tapi sebelum tu meh nak tanya apa masalah utama kaum wanita. Tahu kan rambut tu mahkota wanita. Tapi kalau dah rosak, kesan dari chemical yang ada dalam produk rambut yang diguna setiap hari memang parah lah kan. Sama lah kes macam rambut aku. Secara jujurnya, aku sangat suka warnakan rambut. Terlalu suka. Cuma lately ni bila rambut dah haruk teruk, kelam kabut lah nak kena cari solution untuk baik pulih balik rambut kan.


Antara masalah wanita dan rambut, bila ada anak kecik. kata orang tua-tua, bila bayi kita menyembur atau dalam pahaman lain, anak suka sembur-sembur air liur, rambut si ibu automatik akan gugur. Tak tahu lah mitos tu betul ke tidak. Macam aku dulu alhamdulillah, azriel sembut patplohkali sesaat pun tak ada gugur. tapi rambut kering dan kadang susah nak urus. Ada yang bermasakah ra…

Braces Part 1 kena tahu dulu info baru start dengan journey ok.

Hi Korang. Lama nya tak borak pasal hal diri sendiri ni. yela sejak jadi mak mak ni. macam ni lah life. banyak benda ditumpukan sepenuhnya untuk menguruskan anak. Yer urusan sendiri pun ada. cuma tak diceritak dalam ruangan ni macam kebiasaan aku buat.


Korang yang lama dulu yang setia tegar terjah blog aku ni, mesti ingat macam mana rupa gigi (stuktur dan susunan ) gigi asal aku kan? Huh yer.. memang tak cantik lah. bersiong sana sini. Belum senyum dah terjulur si taring. Senang cakap bila nak borak dengan orang atau nak ketawa, tangan aku dah get ready nak tutup mulut. Takut diorang terkejut tengok Predictor senyum.
Aku ni kalau nak diikutkan tak takut lansung dengan doktor gigi ni. Tapi kalau doktor kesihatan tu yang mula nak merangkak panggil makpak atok nenek sebab takutkan jarum yang tiba-tiba menusuk kat liang urat dengan tak rela. (ishh tak suka betul masa tu) sakitt!! Ok jom berbalik kisah pasal gigi aku ni.
Ok tengok je awek cun senyum dengan senyuman yang membuatkan semua m…