Posts

Showing posts from October, 2017

Memastikan anak saya mendapat makanan berkhasiat setiap masa, di mana jua

Image
Naluri kasih sayang seorang ibu sememangnya tiada tandingan. Setiap ibubapa sentiasa ingin memberikan yang terbaik dan lebih lagi buat anak-anak mereka – lebih masa, lebih perhatian, lebih kasih sayang dan semestinya lebih nutrisi. Sebaik sahaja seseorang wanita menimang cahaya mata dan bergelar ibu, ia merupakan satu perjalanan yang sungguh bermakna baginya. Memilih makanan berkhasiat adalah penting untuk tumbesaran kanak-kanak kerana nutrien yang cukup sangat penting dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawal pemakanan yang diambil oleh anak-anak mereka kerana segala aspek bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan yang ditunjukkan sejak mereka kecil lagi. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk gaya pemakanan yang sihat kepada anak-anak mereka. Sejak Azriel dilahirkan, walaupun tak cukup bulan, memang seronok dapat melihat Azriel membesar setiap hari – pelba