Skip to main content

Cradle Family day 2017 "World Of Cartoon"



Hujung minggu lepas, berlansungnya satu majlis makan malam bertempat di Thistle Port Dickson 3hari 2 malam, untuk syarikat yang aku bekerja sekarang. Setiap tahun semestinya kami akan melalui detik rengsa' dimana pilihan tema yang ditetapkan menjadikan kami tertanya tanya pakaian apa yang bakal dan sesuai digayakan. Memandangkan tahun lepas tema Ocean n festival takdalah struggle sangat nak cari dan dandan. Untuk tahun ini recreatin club dah announce theme bagi tahun ini adalah @World of Cartoon@ . Nampak?!! tengok budak-budak office semua nya kiasu, taknak kalah dan masing-masing memang bagi sepenuh effort untuk berdandan masa malam dinner tu.


Untuk aku at first, play nak jadi kak Rose dr rancagan kanak-kanak Upin Ipin je. Tapi dengar ramai plak yang nak jadi kak ros, mungkin sebab mudah dan tak perlu invest. Selama aku kerja di syarikat ni. Aku sendiri tak pernah nak invest untuk baju dinner. Maybe melihat pada kesungguhan masing-masing, kawan2 aku yang paling tak leh blah, gigih juga pergi costume shop, fitting baju... Ini macam tak boleh jadi. kalau semua nak jadi someone from character of world of cartoon, aku kena lah juge. nak-nak azriel mesti suka.

Terdetik pula nak jadi raksasa, memandangkan Azriel kan tengah in sangat dengan altramen. Aiiyooo madang minta mommy jadi raksasa, sebab nak laser katanya. Hmmm... Hentamlah so pergilah cari costume altramen, memang susah lah xda pula jual. Kalau ada pun baju tido, pahtu topeng ringkas saja. Sudahnya bermula lah detik kesungguhan meluangkan masa untuk mencari costume yang sesuai. Sebab semua orang sungguh-sungguh dan sanggup spent, apa salahnya selepas 7 tahun kerja kan.. spent lah sikit, rasanya tak rugi. Kenangan untuk Azriel sama.

So macam biasa, fairygodmother aka scandal aku Sabrina adalah tunjang dan juga fashion advisor aku akan datang sambil membantu memberikan komen untuk setiap costume yang aku sarung. So banyak pasang yang aku duk try, dan kedai yang aku pergi (nampak tak nak juga jadi kiasu) memandangkan semua siap buat reseach nak jadi ape nanti malam dinner. So gigih lah layankan kehendak sabby untuk aku sarung semua baju yang ada. Mula-mula aku plan nak jadi Queen Ravena, mak tiri snow white.. Yela mengenangkan status mak-mak, haruslah cari watak yang garang, dan tegas.. Mak tiri jahat macam sesuai je. Hahaha.. sarung lah aku baju Ravena. Sayang.. boobies aku tak lah semeriah kardashian, akur dan aku tak pilih. Bukan apa, silap hari bulan, tengah berjalan terpijak kain kang terlondeh pulak. haru.. So diminta pula aku cuba Maleficent. Fuhh memang nampak kekejaman dan kegarangan dari gaya baju yang dipakai. Tapi aku naik risau, kalau-kalau Azriel taknak atau takut pulak dengan mommy. Ada banyak baju yang sabby minta cuba, dan yang aku cuba last sekali baju cinderella. Padahal baju ni yang aku mula-mula nampak masa tengah belek album. Tapi sabby cakap macam style baik-baik suci nauw. Tapi apakan daya hati dah terpikat dan akhirnya keputusan dibuat.


cantik kan baju ni.. OMG!!! tak sangka.. aku terpanggil untuk pilih dan pakai baju ni..


Ok ni gambar masa fitting, sebab tulah huru hara belakang tabir tu.. setelah di edit untuk effect cahaya kelip-kelip tu..



Ok bertapa kiasunya sebab duk belatih setting sanggul rambut. memandangkan bab sanggul aku fail sebab aku kurang suka atau jarang ikat rambut. ( sebelum lupa. Aku takda plan pun nak menang best dress. Tapi sebab aku tak pernah nak spent untuk beli costume termasuklah untuk Azriel, gigih lah bersiap) dah alang-alang nak cecantik kan . Biar cantik betul-betul.

Finally during the dinner ...


Hihi camna? cantik tak kami anak beranak? Azriel haruslah jadi Prince Charming mommy dunia akhirat. Cinta nyawa mommy tanpa batasan untuk selamanya.




Maaflah banyak gambar mommy sebabnya Azriel taknak layan gambar. Dia lebih berminat dengan Minion maskot dan kawan-kawan baru yang dia baru kenal malam tu.


Nampak tak? susah gila nak bergambar dengan si hero ni. Adoiyai.. stress mommy sebab mommy susah nak bergerak.  Tapi takpa Azriel macam bagi chance kat mommy untuk pose dengan character yang lain while he can play around dengan new friends.


























Kenapa gambar kami dengan penyampai hadiah yang berlainan dan sampul berlainan..




taadaaaa.. sebab kami menang besar. Best dress female (voucher Poh Kong worth RM300) best dress kids (ToyRus RM250) and lucky draw (Air Fryer Phillip) Alhamdulillah rezeki Azriel lah ni.. Terima Kasih Allah, terima kasih Azriel..


Gambar sekitar malam dinner.





















tidakkah mereka apak amak yang sangat comeyyy.. kihkihkih..

Oklah malas nak upload dah.. banyak sangat sebenarnya gambar- gambar ni.. apapun layan lah Video sepanjang family day ni kat bawah yer..










p/s : selama aku pakai dress ni, bermula masuk lift jalan ke lobby dan turun ke hall dinner 3x jatuh sebab terpijak kain, kasut tertanggal. insiden yang memalukan jatuh depan orang ramai. hambik kau verangan sgt nak jadi cinderella kan.. kahkahakah




Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a comment

Pinkygroupsaid

Popular posts from this blog

Resepi Mi Sedap Goreng Pedas Kaw-Kaw!!

Sekarang aku kemaruk makan meggi goreng pedas kaw-kaw. Yang pasti meggi goreng tu bukan dari kedai tapi dari air tangan aku sendiri. Sejak pertama kali adik aku buatkan meggi goreng, sampai sekarang masih teringat kat meggi goreng dia. Itu pasal lah gigih aku belajar masak meggi goreng ni. Pemilihan brand meggi apa pun penting tau. Dan aku memilih Mi Sedap. Tahlah sebab tekstur mi die tak kembang selepas direndam kot. Lepas tu kebanyakkan kedai makan memang guna Mi Sedap untuk Goreng-goreng. Ada je yang guna MAGGI tapi untuk jenis masakan berkuah atau sup suai lah kot.
Cara-cara nak masak tu senang lah sangat.
Rendam Mi Sedap dengan air panas dalam 2 minit .Bahan rencah tu dah sedia ada ketepikan dulu.Tumis bawang putih sama bawang besar sampai naik bau.Campurkan segala rencah yang memang sedia ada dalam 1 pack Mi Sedap tu.Gaulkan kesemua bahan dan masukkan cili api (mengikut tahap kepedasan)Masukkan Mi Sedap (yang telah ditapis airnya) gaulkan sekali jalan dan kemudian tambahlah kica…

Review :LA BOURSE LABOURSE SHAMPOO TREATMENT SYAMPU & Essential Tonic Conditioner

Hi korang. harini aku tergerak hati nak share pasal satu shampoo ni, yang aku baru beli bulan lepas. Ok ada perkara menarik yang aku nak sharekan bersama korang tentang kebaikkan shampoo ni. Tapi sebelum tu meh nak tanya apa masalah utama kaum wanita. Tahu kan rambut tu mahkota wanita. Tapi kalau dah rosak, kesan dari chemical yang ada dalam produk rambut yang diguna setiap hari memang parah lah kan. Sama lah kes macam rambut aku. Secara jujurnya, aku sangat suka warnakan rambut. Terlalu suka. Cuma lately ni bila rambut dah haruk teruk, kelam kabut lah nak kena cari solution untuk baik pulih balik rambut kan.


Antara masalah wanita dan rambut, bila ada anak kecik. kata orang tua-tua, bila bayi kita menyembur atau dalam pahaman lain, anak suka sembur-sembur air liur, rambut si ibu automatik akan gugur. Tak tahu lah mitos tu betul ke tidak. Macam aku dulu alhamdulillah, azriel sembut patplohkali sesaat pun tak ada gugur. tapi rambut kering dan kadang susah nak urus. Ada yang bermasakah ra…

Braces Part 1 kena tahu dulu info baru start dengan journey ok.

Hi Korang. Lama nya tak borak pasal hal diri sendiri ni. yela sejak jadi mak mak ni. macam ni lah life. banyak benda ditumpukan sepenuhnya untuk menguruskan anak. Yer urusan sendiri pun ada. cuma tak diceritak dalam ruangan ni macam kebiasaan aku buat.


Korang yang lama dulu yang setia tegar terjah blog aku ni, mesti ingat macam mana rupa gigi (stuktur dan susunan ) gigi asal aku kan? Huh yer.. memang tak cantik lah. bersiong sana sini. Belum senyum dah terjulur si taring. Senang cakap bila nak borak dengan orang atau nak ketawa, tangan aku dah get ready nak tutup mulut. Takut diorang terkejut tengok Predictor senyum.
Aku ni kalau nak diikutkan tak takut lansung dengan doktor gigi ni. Tapi kalau doktor kesihatan tu yang mula nak merangkak panggil makpak atok nenek sebab takutkan jarum yang tiba-tiba menusuk kat liang urat dengan tak rela. (ishh tak suka betul masa tu) sakitt!! Ok jom berbalik kisah pasal gigi aku ni.
Ok tengok je awek cun senyum dengan senyuman yang membuatkan semua m…