Posts

Showing posts from June, 2017

OOTD Raya 2017

Image
Assalamualaikum, nak update pasal raya 2017. Tahun ni takdalah semeriah mana. Cuma sediakan yang wajib. tentu sekali paling win adalah untuk Azriel. Memandangkan dia satu satunya hero pujaan dalam keluarga. Haruslah segala kelebihan untuk dia. Sebab suka tengok dia gayakan apa sahaja baju. Badan dia yang tegap tu alahai anak bujang kenapa lah cepat sangat besar sayang oii. Sekarang kalau dia minta dukung, kena 2,3 kali pikir. Bukan apa untuk kanak-kanak seusia 4tahun Azriel memiliki berat badan yang sangat berat kott. Sebab berat dia 20-21KG kot. Boleh silap urat kalau dukung tak kena masa. Apa pun meh lah nak share ape yang dah sempat mommy belanjakan untuk anak bujang ni. Seperti biasa mommy memang suka belikan kasut, sandal untuk Azriel. Nampak kasut ni macam comel je.. tak dapat nak tahan tengok tersambar plak.. Nak raya kan, rambut tu dah macam gegirl sangat so we decided to cut his hair, ikut trend lah sangat kan... End up with this look..

Hero kesayangan jatuh.. kesian anak mommy.

Image
Sakit-sakit juga tapi henpon tu tak penah tinggal tau.. Itulah kata orang tua-tua, kalau tak jatuh, kalau tak luka dan kalau tak berparut, bukan anak jantan. Dah benda nak jadi, dalam duk berjaga pun masih juga nak jatuh. Gara-gara tak nak dengar cakap. Kesian anak kesayangan mommy, pertama kali aku tengok sendiri luka berdarah dia. Tula pertama kali setelah sekian lama tak dengar dia menangis sekuat hati. Pagi tu azriel cakap excited nak pergi school, sambil nyanyi lagu petikan dalam DiDi & Friends. Wah semangat ni. Aku pun dah lama tak masuk office, kira lagi bertambah semangat. Tapi sekelip mata. budak ceria ni meraung kesakitan sebab jatuh tersembam ke lantai jalan tar hitam tu. Tak sanggup nak bayang sakitnya macam mana. Hari tu mommy amik EL sebab luka Azriel nampak teruk sebab banyak sangat darah keluar. Tapi tak sampai 10 minit Azriel berhenti menangis dan mula bagitahu aku tanpa henti macam mana dia jatuh, kata dia, batu tu sekat kaki die, Padahal